Asam Garam Kehidupan: Walau berat.

Nuffnang

Pages

7 Jan 2016

Walau berat.

Liat juga, macam-macam alasan juga, kadang katanya lapar, tak pun katanya abang tengah takmo tutup tv nanti dia gelak, atau pun menangis mendudu-dudu sebab dah mengantuk sangat bila kena paksa juga. Anak...ibu kena paksa dari sekarang, ajar dari sekarang, tekan dari sekarang kerana jika ibu tak laksanakan tanggungjawab itu, bukan saja tak selesai di dunia, malah lebih hebat, lebih berat ibu akan dipersoalkan di hadapan kadi Rabbul Jalil jika ibu pandang ringan, pandang remeh perkara ini.

Sebenarnya dari kecil kami sudah membiasakan dia dengan solat. Dia suka ikut solat berjemaah dengan kami. Antara kenangan yang sangat kuingat, masa tu umurnya belum mencecah dua tahun, dia cuba melipat dan menyimpan sejadah, bila tak berjaya meletakkan sejadah dengan elok kerana lipatan sejadah terbuka, dia cuba melipat kembali, berulang kali, tak berjaya juga, dia suruh abah lipat, ibu lipat, terburai juga...akhirnya dia menangis, sayangnya video tu tak sempat save dalam pc bila tepon rosak, hanya tersimpan dalam memori ibu je.

Tak terasa begitu cepatnya masa berlalu, 'bebi' ku ini sudah mencecah umur 7 tahun. Nabi kata ajarlah anak solat bila umurnya 7 tahun, dan jika dia enggan menjelang umurnya 10 tahun, rotanlah ia untuk mengajarnya. In shaa Allah anak, ibu akan laksanakan walaupun berat.

10 comments:

  1. Ye ke..tkpe ada ibu bapa yg hebat in shaa Allah
    Mengada lbih tu...anak mnja ni..

    Pelan2..menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, mmg manjanya lbh, anak abah plak tu, hi hi..
      In shaa Allah, tggjwb tu kena terus galas smp la saya menutup mata..

      Delete
  2. Alhamdulillah anak comel ni suka solat.. insyaAllah bakal jadi insan yang hebat ni.. cepat masa berlalu bila anak dah besar ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah, dlm terpaksa dia buat juga, hi hi..
      In shaa Allah AN, trmkasih atas doanya.

      Delete
  3. alhmdulillah..anak saya yg sulung pun 7 tahun..alhmdulillah sekarang mula mengikut solat belakang abah dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 2 kali ke sana, tk smpt nk drop komen, baca je..
      Tula, tak sangka abg Haikal sebaya umar zikri, bagusnya dah mula ikut solat.

      Delete
  4. Solat umur 7 tahun. akademic pun 7 tahun dah buat research tapi kita ikut Rasulullah saw saja ..inshaAllah boleh, saya doakan faiq mudah juga.

    ReplyDelete
  5. asalam adik sejuk mata memandang..aduhai adik ni besar nanti jadi lelaki beriman ya

    ReplyDelete
  6. dah lentur badannya..sempurna dah solat adik tu

    ReplyDelete
  7. Oklah tu NA, namanya pun budak. Liat sikit sikit tu biasalah. Kalau dah biasa solat dari kecik, insyallahlah tu...
    Mana mana mak bapak pun mmg risau pasal solat anak anak ni weyh

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign