Asam Garam Kehidupan: Ada je yang jadi perhatian mereka.

Nuffnang

Pages

3 Feb 2016

Ada je yang jadi perhatian mereka.

" Ticer tu apa?" Dia menunjuk je arah tahi lalat di pipiku.

" Oo, ni tahi lalat."

" Macamane dia bole ada kat situ?" Agak dah, akan keluar soalan macam tu. Tahi lalat ku ini dari dulu menarik minat anak-anak muridku. Ada sorang anak muridku berpindah dari tadika lain ke tadika ku kata maknya sampai ajak pergi buang tahi lalat atas bibirnya sebab kena ejek, bila pindah ke tadika ku, dia jadi seronok sebab dia ada geng. Katanya..." Takyah buang tahi lalat ni, ticer pun ada tahi lalat," tu cerita maknya. Aku tumpang bangga dengan jasa tahi lalat ku ini, hi hi..

" Ada lalat terbang, eyong..eeyong..puk dia berak kat sini," saja aku nak tengok soalan dia seterusnya.

" Oo, bole bukak tak?" Matanya masih melekat di wajahku. Kubukak cermin mata, suruh dia pegang, dia enggan, geli kot, sebab tahi..ha ha..

" Tak boleh bukak," kataku.
" T....k Qalish boleh bukak," tungkahnya mengundang gelak besar. Ha ha, sakit perut aku gelakkan dia.

Tulah dia perbualanku dengan budak ni sebab nak pancing dia supaya mau belajar membaca. Budak-budak lain saling berlumba nak baca banyak, bangga je bila dah baca lebih dari kawan, dapat star lagi seronok, tapi ini budak, haaa...tak jalan semua tu, dalam kepala dia lebih nak bermain jer. Sabo jelah.

Cerita anak murid lagi, hu hu...

5 comments:

  1. Kakak suka baca entri tentang anak-anak Azi
    Budak kan curious apa pun yg dia nampak
    Apa lagi dikatakan tahi, hairanlah dia kenapalah lalat tu dok membuang kat muka ticer yg dia sayang pulak tu:)

    ReplyDelete
  2. Tu tahi lalat kzakie, tu blm yg menempek kt paha tgk kita mkn apa, tgk kuku kita ada inai dia pun sibuk nk pakai inai, mmg menghibur hati, sbb tu kot saya kekal ngajo tadika dari muda lagi, lagi best bila dpt hadiah byk, kecik2 come cam pasu bunga, frame, ada mak2 yg baik hati bg kain...seronok

    ReplyDelete
  3. Comel la pemikiran mereka ni :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign