Asam Garam Kehidupan: Bole bukak agensi cari jodoh kekdahnya.

Nuffnang

Pages

22 Feb 2016

Bole bukak agensi cari jodoh kekdahnya.

Dalam dok bercerita masalah anak bongsunya yang tak pernah habis tu, uncle Rajan bukak plak topik anak lelakinya yang nombor dua, dah nak kawen, dah ada makwe, tetiba makwe tak nak kawen dengan anak uncle ni. So uncle risaula, anaknya yang bekerja sebagai driver lori tu, kerja jauh-jauh, kadang bawak lori sampai ke Singapura. Kalau boleh uncle nak anaknya tu kerja dekat-dekat je.

Tapi orang India ni nak kawen kena tengok keturunan, ala..kasta kot.

So, saya pun teringatkan Goki, ticer India saya tu, umurnya dah 33, menurut citer dia, dia nak kawen masa umur 21, tapi takde calun. Jadi dia dah berjanji depan dewa dia, kena kawen juga menjelang umur 33 ni, kalau tak dia tak dapat kawen sampai bila-bila, aiyokk..dahsyat juga diorang ni kan.

Saya pun cubalah kenen-kenenkan Goki kepada  uncle Rajan. Eh, tak sangka uncle setuju. Cuma tulah, saya masih dalam misi penyiasatan, saya kena amik gambar Goki, cari tarikh lahir dia, tanpa membuat dia syak apa-apa. Yelah uncle memang suka, saya dah cerita yang Goki ni memang baik, bertanggungjawab, bersungguh-sungguh bekerja, pendek kata saya pun suka, bole jadi calun menantu, wakaka...
Oh ye, syak yang dia nak dijodohkan dengan anak uncle, kang dia dah suka, anak uncle plak tak mau, nanti ada plak hati yang terluka..

Anak uncle tu bole tahan hensem, Goki kurang sikit, anak uncle tu putih gak, Goki gelap sikit, satu lagi..umur Goki lebih tua dari anak uncle, tua empat tahun, tapi macam saya cakap tadi, uncle tak kisah, tapi manalah tau anak dia yang kisah..

Ada satu kali uncle mintak saya tanya Goki keturunan apa, uncle keturunan kaundher ( entah betul kr tidak ejaannya ), jenuhla saya nak memahamkan apa benda keturunan yang uncle msksudkan tu, mungkin macam kita orang melayu ada keturunan jawa, keturunan bugis, ...kot. Tapi saya tak tau nak tanya camane...

Dan ada satu lagi misi mencari jodoh, untuk my adik ipar, umur 32, lelaki, sape nak jadi calon? Wakaka..

14 comments:

  1. Waah... adik kakak ni dah macam jadi agen cari jodoh ye hihi... tahniah! Manalah tahu misi baik terlaksana. Org pun suka. Tak kisah apa pun bangsa membantu hal begini pun org appreciate kan.

    Adik Azi lelaki kena carilah sendiri. Kakak tak ada calonlah pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mana tau ada jodoh dorg, saya pun tumpng happy, yelah sape takmo kawen kan, ;)

      Alaa, kzakie tak bole ke tlg carikan,,

      Delete
  2. Haha boleh tu, bagus terfikir untuk kenalkan..saya pun cuba hari tu anak jiran parents saya dengan insurance agent, cuma tanya bole bagi tefon no. mcm tu ja. Tapi agen tu cakap dengan en suami apa tah..pada mula memang mencari hari kami sembang esok tu dia baru tahu yang ada a girl suka dia, jadi dia tak nak call apa la.bagus la berterus terang.

    ReplyDelete
  3. WAH DH JADI PERUNDING PERKAHWINAN NOR...SEMOGA BERJAYA MENJODOHKAN PASANGAN TERSEBUT...

    ReplyDelete
  4. Kalau jodoh mereka berdua.. tahniah buat mereka berdua. Moga kekal hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  5. tahniah buat Nor sebab berjaya menyatukan dua hati.. mulia tu..moga adik ipar Nor juga beroleh jodoh yang sepadan.

    ReplyDelete
  6. Kikiki...kalau ko berjaya jodohkan dia mak, lepas ni sesapa yg masih single bolehlah daftar ngan ko mak...

    Banyak pahala ko mak membantu org menyatukan dua insan bercinta hihi....
    Kalau Goki kawen, sure ko jadi pengapit nya mak. Bawak batang tebu nanti elok elok sikit hihi...

    ReplyDelete
  7. Kikiki...kalau ko berjaya jodohkan dia mak, lepas ni sesapa yg masih single bolehlah daftar ngan ko mak...

    Banyak pahala ko mak membantu org menyatukan dua insan bercinta hihi....
    Kalau Goki kawen, sure ko jadi pengapit nya mak. Bawak batang tebu nanti elok elok sikit hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha, bawak batang tebu yek, camana rupa aku ye mak;)

      Delete
  8. saya serik dah menjodohkan orang ni...

    hinggakan anak saya sendiri saya suruh dia cari sendiri...

    ReplyDelete
  9. wah boleh buka blog pencari Jodoh.my hehehe

    ReplyDelete
  10. assalam kak Azie...JM datang ni

    ReplyDelete
  11. ahaks...kak Azie ada talent

    ReplyDelete
  12. Jm, lamanya menyepikan diri. Sihat hendaknya ye.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign