Asam Garam Kehidupan: Cerita anak-anak tadikaku

Nuffnang

Pages

3 Feb 2016

Cerita anak-anak tadikaku

Semalam, pagi selasa, sedang nak ajar solat dhuha diorang, seorang anak murid ku yang comel, datang mengadu sambil tunjukkan kedua-dua tangannya yang nampak kemerahan, berbiji-biji dan bengkak. Gatal katanya, sambil tak habis-habis digaru-garu menambahkan merah dan bengkak. Alamak..first aid box dah kosong, my boss tu dah nak bersalin semuanya lupa, padahal sudah kuingatkan supaya membeli semula isinya. Aku nak belikan katanya dia dah beli cuma lupa nak bawak.

Alamak, apa nak buat ni...

Ok....try je, try dengan penuh yakin dan harap..pada DIA.

Kupegang kedua tangannya, mulakan dengan Bismillah, selawat berulang-ulang, hembus ke tangannya, baca Al Fatihah, hembus. Begitulah kuulang buat dua tiga round. Rasanya adalah 3 kali Fatihah kubaca dengan niat minta Allah sembuhkan penyakitnya.

Alhamdulillah, sehabis dhuha, kulihat tangannya sudah hilang merah.

Tapi...

" Ticer, kaki pun gatal ni." Katanya sambil menggaru kedua kakinya pula. Alahai...dah kul 9, nak sarapan, nak masuk kelas.

"Ok, nanti ticer buat lagi lepas ni" dia tersenyum dan melangkah tanpa aduan lagi untuk ke dewan makan. Dan Alhamdulillah, sampailah waktu tidur diorang kul 2 petang tu, dia dah tak sibuk dengan kakinya gatal, merah pun dah tak ada.

Aku ni kira garang juga, tapi bebudak ni selalu nak apa-apa, aku yang dicari, hatta aku tengah masak kat dapur( my turn masak on friday, offer diri, kekonon nak masak spesel sikit setiap jumaat, nasi ayam, nasi kuning ayam masak merah, spesel lah juga kan) diorang cari aku juga. Ada sorang budak darjah satu ni parentnya bekalkan minyak wangi untuk aura semangat katanya, kena sapu di pergelangan tangan, pun aku yang dicari, kadang aku tengah sibuk dengan latihan solat bebudak tadika, padahal ada je ticer lain. Ermmm...selagi larat layan je..

Pssst...kzakie tq bagi idea..

8 comments:

  1. Wah NA, bestla tentang budak-budah kat sekolah, kadang tu mereka nak perhatian kan.. tambah ticer muslimah, budak2 suka :)

    ReplyDelete
  2. Mmg semuanya nk perhatian Fair, kalo sorang ngadu, siaplah nnt semua nk mengadu, smp tk larat nk dengar.

    ReplyDelete
  3. Budak sayangkan kita dia tak cakap Azi tapi dari perlakuan dia kita boleh nampak. Kalau dah anggap ticer dia macam mak dia tu dah kira sayanglah. Berkat ticer doa dan kepercayaan penuh budak tu alhamdulillah sembuh kan..

    ReplyDelete
  4. CIKGU NI WALAU NAMPAK GARANG TAPI ANAK2 KECIL ANGGAPNYA SPT IBU MRK JUGA N SELESA MENGADU APA SAJA...TAHNIAH NOR DH BERJAYA SBG GURU SEBENARNYA.

    ReplyDelete
  5. Alahai baik utajah ni.....garang tk pe tpi jgn ckp kasar n menengking kt budak2..

    Cikgu klu ckp kasar ngn anak murid mk bpk dia pun boleh sentapppp

    ReplyDelete
  6. Dalam garang ada lembutnya tu yg bebudak sayang tu mak hihi...
    Mesti wajah ko penuh wajah keibuan mak...cayalah
    Wah lepas ni jadi dukunlah ko mak hihi

    ReplyDelete
  7. Dalam garang ada lembutnya tu yg bebudak sayang tu mak hihi...
    Mesti wajah ko penuh wajah keibuan mak...cayalah
    Wah lepas ni jadi dukunlah ko mak hihi

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign