Asam Garam Kehidupan: Ini jawapannya.

Nuffnang

Pages

12 Feb 2016

Ini jawapannya.

Bagi yang belum baca kisah anak Syeikh Abdul Qadir Jailani, sila baca dulu supaya faham persoalannya. Saya cuba huraikan kenapa ucapan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang biasa-biasa saja tetapi dapat membuat para hadirin menangis.

Sebabnya inti ceramah bukan terletak pada susunan kalimat, tapi pada kesucian hati dan sifat siddiq si pembicara. Sewaktu Syeikh Abdul Qadir berbicara para hadirin menangis kerana memahami dan membayangkan kucing dalam cerita beliau itu sebagai syaitan yang mencuri amal ibadah anak cucu Adam dengan cara menimbulkan sikap riya, ujub dan sombong.

Ada yang menangis kerana mengibaratkan cerita itu dengan keadaan suul khatimah. Dibayangkan seorang yang memiliki amalan yang banyak, tapi usianya berakhir dengan suul khatimah. Mereka menangis kerana merasa sangat takut kepada Allah. Ucapan Syeikh Abdul Qadir itu membuatkan mereka berfikir, menerbitkan cahaya di hati mereka berkat cahaya yang memancar dari hati Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Dan ilmu yang masih ada unsur riya, ujub, sombong dan merasa dirinya paling benar sekalipun bersumberkan Al Quran dan hadis maka semuanya adalah sia-sia di sisi Allah swt.

4 comments:

  1. YG MEMAHAMI ILMU DGN PANCARAN HATI NURANI ULAMA TERSOHOR...

    ReplyDelete
  2. Menimba ilmu keranaNya..

    ReplyDelete
  3. Hati yg hidup, yang tidak sakit, insyaallah akan mudah menghayati cerita cerita cenggitukan mak tp tulah....manusia ni mudah lagho sebenarnya

    ReplyDelete
  4. Hati yg hidup, yang tidak sakit, insyaallah akan mudah menghayati cerita cerita cenggitukan mak tp tulah....manusia ni mudah lagho sebenarnya

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign