Asam Garam Kehidupan: Kisah anak syeikh Abdul Qadir Jailani

Nuffnang

Pages

11 Feb 2016

Kisah anak syeikh Abdul Qadir Jailani

Diceritakan anak syeikh Abdul Qadir Jailani yang merasa hairan bila melihat ucapan ayahnya yang biasa-biasa saja, tetapi para hadirin sangat tertarik dan tersentuh hati bila mendengarnya. Dia merasa dengan ilmunya yang banyak dia mampu memberikan ucapan yang lebih baik dan menarik.

" Hrmmmm, jika aku diberi peluang memberikan ucapan dan tazkirah, aku akan sampaikan dengan lebih menarik lagi..." Itu bicara hatinya yang diketahui oleh ayahnya yang kasyaf.( kasyaf ni satu kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang berhati bersih sehingga dia mampu mengetahui apa yang terdetik di hati orang lain )

Lalu suatu hari ayahnya yang mahu mendidik anaknya memberikan peluang supaya dia menyampaikan satu tazkirah kepada hadirin. Dengan penuh yakin, dipenuhi dalil, hadis dan ayat- ayat Al Quran dia pun menyampaikan tazkirahnya. Tetapi ucapannys itu sedikit pun tidak berbekas di hati pendengar, malah mereka merasa bosan dan jemu pula.

Melihat keadaan itu bangunlah Syeikh Abdul Jailani memberikan satu ucapan pendek dan ringkas sahaja.

" Suatu hari isteriku Ummul Fuqoro memasak ayam panggang yang sangat lazat, tetapi datang seekor kucing melarikan hidangan itu."

Mendengar ucapan itu, ada para hadirin yang menangis, menjerit bahkan pengsan..

Hairanlah perasaan anak Syeikh Abdul Qadir melihat keadaan itu, kenapalah ucapan ayahnya yang sangat biasa itu menyebabkan ada yang menangis, menjerit sedangkan ucapannya yang dipenuhi ayat-ayat Al Quran sebaliknya mendatangkan jemu di hati pendengar.

Korang rasa camane? Apa yang ada di sebalik ucapan Syeikh Abdul Qadir Jailani itu?

7 comments:

  1. Betapa hebatnya org yg tinggi ilmunya sehingga mampu meraih semua org akur. Tapi yg ramai kini ilmu yg ada tidak dipraktikkan sekadar menyampaikan itu yg mampu.

    Kita pula dimana?

    ReplyDelete
  2. Hati yang bersih dan ikhlas yang diizinkanNya adalah satu mesej bermakna.

    ReplyDelete
  3. teringat tazkirah dari TGNA yang takkan jemu kita mendengarnya...

    Flsafahnya mudah difahami kerana dia menggunakan bahasa dan perumpamaan yang ada di sekeliling kita...

    ReplyDelete
  4. Setiap Insan Allah kurniakan kehebatan...2 kedai menjual ayam panggang yg sama...bahan perapan yg sama....nampak sgt serupa....telah dicuba keduanya...namun pilihan....bukan penjual yg tentukan...

    ReplyDelete
  5. Kzakie, Fair,IM dan kak eye-nee, in shaa Allah semuanya betul. Trmkasih krn memberikan pandangan.

    ReplyDelete
  6. Ye kdg ada juga somi knor komplen ustaz ni ckp mcm syok sndiri..ngantuk ktanya..bila ckp kelantan pekat sgguh sampi tk phmmmm..yg mndgr ni kdg mcm dgr tpi blik rumh tk praktikn pun,ada yg tk dgr lgsung dok main hp jer..ada yg mendgr n praktikkn....walh'lm

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa boleh buat dah nama manusia.. siapalah kita.. yang mampu sampaikan.. yang laen erti kata.. boleh dengar taknak dengar... boleh kentut jauh2.. πŸ˜„

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign