Asam Garam Kehidupan: Sambung cuti ek?

Nuffnang

Pages

10 Feb 2016

Sambung cuti ek?

Kalo ikut yang diwartakan cuti sekolah agama hanya cuti pada isnin dan selasa je. Sekolah kebangsaan yang bercuti seminggu, raya sakan bebudaknya..mak ayah sekali amik peluang balik kampunglah, pergi bercutilah, memacam lah. Ikutlah poket memasing, banyak bajetnya jauhla langkahnya kan.

Hari ni selain yang kerja cikgu, dan murid sekolah rendah, semua dah start kerja semula. Tapi relaksla sikit, tak perlu tergesa-gesa cam hari-hari biasa, jalan tak jem, kalo tak, jangan mimpi nak kuar keje kul 6.30 am tanpa sangkut jem, pin pon sana- sini, betul tak?

Macam nilah suasana dalam van sekolah pagi tadi. Adalah 2, 3 kerat termasuk Umar Zikri. Sampai kat sekolah pun adalah 2, 3 kerat juga nampaknya.

`~~ dalam hatiku tertanya-tanya, kenapa pendidikan agama ni macam tak penting je, sesuka hati mak bapak kasi anak-anak bercuti, macam ada double standard je kan, padahal ini kan ilmu yang nak menjamin kita di akhirat nanti....?~~

7 comments:

  1. Bila dunia tak diseimbangkan beginilah jadinya Azi..
    Anak kakak yg bongsu pun sama kelasnya setiap sabtu aje pun tapi ramai dah yg tak datang katanya ramai dah cuti. Minggu ini tak tahulah macam mana..

    ReplyDelete
  2. Anak-anak saya bersekolah.. takde istilah ponteng.
    Letih..? Itu bukan alasan.. kalau tak nak letih tidur rehat lebih awal.. ;)

    ReplyDelete
  3. Tmpt Akk pun macm tu juga...sekolah Agamalah yg akan beralah bila ada koko di sekolah kebangsaan...sekolah agamalah yg akan sunyi tiap kali ada cuti pjg dan perayaan...brgkali inilah masa mak ayah nak balik kg jumpa atok nenek...

    ReplyDelete
  4. SETUJU DGN KOMEN KAKZAKIE MUNGKIN SISTEM CUTI SEKOLAH BOLEH DPERBAIKI LAGI CARA LAKSANANYA TU...

    ReplyDelete
  5. Mungkin ada ibubapa yang tidak ambil berat samada sekolah atau tak, mungkin juga was2 samada sekolah atau cuti

    ReplyDelete
  6. Alamak, terasa akak, akak la antara ibu yg sengaja memontengkan anak2 dr sekolah agama mereka... klu sekolah, ibu bapa kat kg, x kan anak2 kat rumah p sekolah kot? Sepatutnya sek agama yg kebiasaannya di bawah pentadbiran negeri, kena selaras ngan sekolah kebangsaan, nanti time cuyi akhir thn sek agama cuti awal ke? Coz sekolah kbangsaan thn ni cukup 42 minggu persekolahan..

    ReplyDelete
  7. Sekolah agama tkde budak cina, he he.
    Biasa cuti lain selaras.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign