Asam Garam Kehidupan: 3 jenis tidur.

Nuffnang

Pages

17 Mar 2016

3 jenis tidur.

Seronok tidur ni.Hadiah dari Allah kerana Dia Maha Tahu keperluan kita sebagai hamba yang lemah, perlu rehat, perlu makan, perlu tidur barulah dapat menjana balik tenaga yang hilang, Subhanallah...ruginya kalau kita tak sedar dan tak tau mensyukuri kebaikan Allah ini.

Tidur malam itu sudah semestinya satu yang fitrah, cukup masa otomatik mata mengantuk otak tak dapat fikir lain dah melainkan bantal je. Macam Umar Zikri, kalau dah penat sangat almaklum dah sekolah pagi petang, so lepas maghrib je, tak sempat isya pun ( ok..ibu yg pepandai bagi xcuse takyah solat isya sebab baru 7 tahun, pelan-pelan ajar, kalo tak ngantuk tak penat memang kena paksa solat juga ), dia dah pengsan, terpaksalah abang kakak papah naik ke bilik, kekadang tak sempat naik katil, depan pintu bilik pun jadi. Haa, parah tak parahnya budak sorang tu.

Selesai bab tidur malam. Tapi ada lagi tidur yang lain rupanya...ok, nak tau, baca seterusnya.

1. Qailulah.
Tidur sekejab ( nap ) dalam setengah jam sebelum waktu zohor. Ini memang disunatkan dengan niat semoga Allah beri kita kekuatan untuk bangun bertahajjud di malamnya. Dan yang bestnya juga qailullah ni salah satu cara untuk awet muda, amboiii, korang teruja je kan kalau bab awet muda tu. Berkenaan dengan qailullah sabda Nabi.
" Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah "

Tapi jangan terlajak qailullah plak yea, ingat..setengah jam je tau, bukan dua jam, he he..

2. Hailulah.
Haa, yang ni memang menjadi kesukaan ramai, saya pun kekadang, eh..kekadang je bila dah penat sangat. Ni tidur yang sangat dibenci Allah dan Rasul iaitu tidur selepas subuh. Burung pun tak tidur lepas subuh tau. Berterbangan bertawakkal dia mencari rezeki segenap alam.  Malu kita kat burung yek.

Orang yang tak bangun solat subuh pun termasuk juga. Hailullah ni pun rezeki menjadi mahal dan tak berkat.

3.A'ilulah.
Ni lagi bahaya kalau menjadi amalan, antara punca penyakit mamai dan gila. Tidur selepas asar. Saya ingat satu peristiwa masa saya sekolah rendah dulu tertido lepas asar. Bangun-bangun je mengingau menggagau capai tuala capai beg sekolah ingatkan dah subuh nak pergi sekolah. Satu lagi badan kita akan jadi lesu selesu lesunya bila tidur lepas asar ni. Ni adalah juga teramal masa bebujang dulu, sekarang tak dah.

Jadi, jom manfaatkan tidur kita, cari tidur yang berpahala. Bestkan..tidur pun dapat pahala, dahlah dapat rehat, dapat reward lagi. Baiknya Allah pada kita, kita je yang selalu tak sedar betapa baiknya Dia pada kita. ...

15 comments:

  1. seronoknya tengok baby tu tidur tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ka aryan, tenang je baby tido, tkde sebarang masalah.
      Tq aryan dtg sini, in shaa Allah bls kunjung

      Delete
    2. Ha ka aryan, tenang je baby tido, tkde sebarang masalah.
      Tq aryan dtg sini, in shaa Allah bls kunjung

      Delete
  2. Kakak pernah buat entri sebab tidur kes yg ke3 tu Azi. Betul memang mamai sebab kakak pun sama ingat nak pergi kerja. Tengok anak depan tv kakak ingat anak tertidur belum solat subuh. Abang pergi servis kereta masa tu perasaan kakak abang pergi solat subuh kat masjid tak kejut kakak. Betul memang mamai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak tetbaca tu, memang naya kan, org tengok kita pun naik hairan, apasal la ni, rupa2nya mamai, haa, tulah sape suruh tido senja2

      Delete
    2. Ada gak tetbaca tu, memang naya kan, org tengok kita pun naik hairan, apasal la ni, rupa2nya mamai, haa, tulah sape suruh tido senja2

      Delete
  3. Alhamdulillah ada anak-anak tak sempat tido sangat kan

    ReplyDelete
  4. saya amik masa kejap utk tido siang, kalau tak saya ngantuk cepat sangat sebelah malam.

    ReplyDelete
  5. Tak smpat tidur bzlah plkkkkk

    ReplyDelete
  6. Zaman jahiliah dulu selalu jugaklah mak tido lepas subuh .... teruk betul rasanya. Nasiblah dah tua gini mata tak boleh tido lagi kalau lepas subuh mak.

    Lepas Asar tu mmg sedap tidur ek mak....mau mimpi mcm mcm tu kalau layan hihi....

    ReplyDelete
  7. Zaman jahiliah dulu selalu jugaklah mak tido lepas subuh .... teruk betul rasanya. Nasiblah dah tua gini mata tak boleh tido lagi kalau lepas subuh mak.

    Lepas Asar tu mmg sedap tidur ek mak....mau mimpi mcm mcm tu kalau layan hihi....

    ReplyDelete
  8. lepas asar, kalau waktu weekend, memang mudah aje mata ni lena.
    letak je kepala kat bantal, sure terlena.
    kena elak dah ni...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign