Asam Garam Kehidupan: Berjaya juga akhirnya..

Nuffnang

Pages

19 Mar 2016

Berjaya juga akhirnya..

بسم الله الرحمن الرحىم

Akhirnya...dah setahun bertapa dalam freezer, dah dua kali jemur, hampir rasa-rasa nak buang, Fair baby-pose bagi idea suh keringkan dalam oven..tapi hampir 3 minggu jugak kot bertapa dalam tu...semalam datang angin rajin, lagipun dah serabut mata nengok dia nonggok je dalam oven tu, akhirnya korang, jadi jugak kopi biji tamar, haaa...nama tu saya yang bagi.

Takla susah prosesnya pun, cuma penyakit مالس tu yang kuat sangat. Ok, dah kering betul-betul dalam oven tu, biji kurma tu jadi kehitam-hitaman, saya blend guna blender kering, tak sabar-sabar nak merasa kekawwannya. Not bad la. Ada rasa kelat sikit, macam rasa nescafe pun ada. Takla sekuat rasa kopi biasa tu. Yang bagusnya perut tak masuk angin minum kopi biji tamar ni. Saya kalo minum kopi biasa tu, siapla..erk, erk sendawa angin.

Yang kulit telur tu plak, untuk halau semut dan segala menatang yang melata tu. Keringkan kulit telur tu dalam oven jugak. Pastu blend. Pastu tabur jelah kat tepi-tepi dinding, dalam drawer, dalam kabinet, kat mana-manalah yang sesuai. In shaa Allah semut tak datang dah. Dapat petua ni dari sorang kawan. Dah jenuh sembur ridsect, tabur racun hablur gula tu, tak mau dia, harap-harap menjadi dengan kulit telur ni.

Ermmm...dah habis cuti sekolah seminggu, hari ni nak hantar abang besar balik asrama di SMAP Bentung. In shaa Allah jumpa lagi yea kengkawan.

بارك الله فيه.

16 comments:

  1. Air Tamar? boleh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi tamar UA, dari biji tamar

      Delete
    2. Kopi tamar UA, dari biji tamar

      Delete
  2. Alhamdulillah menjadi, cair skit kopi tu ye, mesti ada khasiatnya. kulit telur tu pernah dengar belum cuba, bagitau kalau semut tak da lagi..inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, cair sikit, anti oksidan tinggi, byk lagi khasiat dh lupa.
      Ni tgh perati ada tak lagi semut;)

      Delete
    2. Haah, cair sikit, anti oksidan tinggi, byk lagi khasiat dh lupa.
      Ni tgh perati ada tak lagi semut;)

      Delete
  3. Best NA selalu online :) online jugak tau walaupun tak cuti heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Online kt phone je Fair, malas nk ngadap pc, he he

      Delete
    2. Online kt phone je Fair, malas nk ngadap pc, he he

      Delete
  4. menjadi juga kopinya.
    Ni dah dekat nak puasa, makin banyak biji tamar..boleh simpan buat kopi tamar.

    ReplyDelete
  5. Hi hi, cuba jgn tk cuba, jgn ikut cam akk plak, dh simpan setaun dlm freezer baru jadi

    ReplyDelete
  6. akhirnya berjaya juga memproses biji tamar utk jadikan kopi yg berkhasiat.

    ReplyDelete
  7. cantiknya header baru sejuk mata memanndang.

    ReplyDelete
  8. Petua hilangkan semut boleh dicuba ni..

    ReplyDelete
  9. Akhirnyaaaa ek mak. Tahniah mak sebab ke akhir garisan....Dpd biji tamar jadi kopi. Mmg hebat ko!
    Aku ni mmg pemalas nak buat petua petua gini mak...

    ReplyDelete
  10. Akhirnyaaaa ek mak. Tahniah mak sebab ke akhir garisan....Dpd biji tamar jadi kopi. Mmg hebat ko!
    Aku ni mmg pemalas nak buat petua petua gini mak...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign