Asam Garam Kehidupan: Imaginasi ticer melayan si Qalish.

Nuffnang

Pages

3 Mar 2016

Imaginasi ticer melayan si Qalish.

"Haa Qalish, nape tumpahkan air, jilat air tu."

" kena jilat ke?" Dia tanya kawannya.

" kenala"

" Ala, nanti kawan-kawan jangan gelak ye"

" Tak jilat nanti semut datang,"

" Semut hitam ke semut black?"( idok ke sama, kompius jap ticer )

" Semut black, nanti dia gigit Qalish,"

" Nanti Qalish pukulla dia,"

" Mane bole pukul semut, nanti semut nangis,"

"Qalish panggil ayahla pukul semut,"

" Mane bole pukul, nanti dia pegi balai polis report kat polis, polis datang tangkap Qalish dengan ayah Qalish,"

" Alaa, bagila Qalish amik kain lap,"

Itu cerita sorang ticer saya dengan si Qalish, budak ngantuk masa tengah belajar ngaji tu. Seronok menyakat bebudak ni, pastu bercerita sesama kami, jadi bahan gelak, buat penghilang penat melayan kerenah diorang yang macam-macam tu. Ishhh...takdelah sampai kena jilat betul-betul, kang tak pasal-pasal masuk paper.

Jom layan gambar candid kat bawah. Tengokla macam-macam ragam diorang, ada yang gigit kuku kaki, ada yang hisap jari tangan, ada yang berkepit je sebelah saya, yang nangis tu, bila ditanya..nak papa, hu hu...

Macam kata kzakie, best sebab setiap hari saya dikelilingi oleh ahli syurga...saya je yang belum tentu ahli syurga, oh...

5 comments:

  1. Tu yg gigit kuku kaki pun ada Azi hihi...
    Betul-betul budak tak matang kan. Dalam pada pening melayang boleh senyum selalu tengok kerenah mereka kan:)

    ReplyDelete
  2. Kalau mak dengan budak kecik cenggini, best kalau tanya macam macam haha....tak pasal pasal kang nanti semua rahsia pecah mak hihi....
    Macam macam peel ek

    ReplyDelete
  3. HMM MCM2 KERENAH ANAK KECIL YG MENGHIBUR HATI KAN NOR...KDG RASA NK MARAH PUN XJADI.

    ReplyDelete
  4. Salute la NA bole layan anak-anak syurga ni, pandai bersambung komunikasi, asal becakap balikkan jawapan betul ke salah tak kisah biar laju dulu. Nak papa tu huhuhu.. :)

    ReplyDelete
  5. alahai :)
    moga ticer ijat sama mcm sis, rajin layan...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign