Asam Garam Kehidupan: Kerana pencungkil gigi.

Nuffnang

Pages

18 Mar 2016

Kerana pencungkil gigi.


                    

Kisah ini berlaku di zaman Nabi Isa as. Suatu hari sedang baginda berjalan merentasi satu kawasan perkuburan tiba-tiba baginda terdengar jeritan kesakitan yang amat kuat dari sebuah kubur. Lantas tentu saja baginda ingin mengetahui apakah yang berlaku sebenarnya. Seperti yang kita ketahui Nabi Isa as dikurniakan mukjizat boleh menghidupkan semula orang mati.

Lantas baginda menadah tangan memohon ke hadrat Allah swt supaya menghidupkan kembali orang yang menjerit kesakitan itu. Dengan izin Allah tanah kubur tadi merekah dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat keadaan lelaki itu baginda bertanya apakah lelaki itu tidak solat sehingga diseksa sedemikian. Lelaki itu memberitahu dia tidak pernah meninggalkan solat. Baginda bertanya lagi apakah dia tidak berpuasa, jawab lelaki itu dia berpuasa bahkan melakukan semua perintah Allah. Jadi apakah kesalahannya sehingga diazab sedemikian?

Lelaki itu memberitahu baginda semasa hayatnya beliau bekerja sebagai seorang penjual kayu api. Pada suatu hari datang seorang pembeli menyerahkan wang dan memintanya membawa kayu api itu ke rumahnya. Kayu api yang sudah diikat dipikul dan dia terus menuju ke rumah lelaki tadi.
Di pertengahan jalan, dia merasa lapar. Beliau berhenti untuk makan bekalan yang dibawanya. Selesai makan dia meneruskan perjalanannya.

Tetapi dia merasa ada sisa makanan yang terlekat di celah giginya yang membuatnya rasa tidak  selesa. Dia cuba mengeluarkan dengan lidahnya, tetapi gagal. Dicungkil dengan kuku juga gagal. Lantas dicungkilnya serpihan kayu api menggunakan kukunya untuk dijadikan pencungkil gigi.  Usahanya berjaya.

Sesampainya di rumah lelaki tadi dia terus menyerahkan seberkas kayu api tadi tanpa meminta halal akan perbuatannya mengambil sedikit kayu api untuk dibuat pencungkil gigi itu. Dia menyangka Allah mengabaikan perbuatannya yang sedikit itu. Tetapi rupanya dosa yang disangka kecil itulah yang membuatkan dia diazab begitu selama 70 tahun. Masya Allah...
..
Jom kita ambil iktibar dari riwayat ini. Apakah ada kita mengambil barang-barang yang bukan kepunyaan kita hatta sekecil klip kertas, pensil, pemadam untuk digunakan secara peribadi atau kita bagi anak-anak kita guna? Jika ada jangan ambil mudah untuk minta halal dari yang empunya. Mahukah kita diazab seperti lelaki di atas...?

Pssssst..korang cuba perati masa kenduri kawen, ada orang ambil makanan sehingga penuh pinggannya, tetapi akhirnya..tak habis pun makan. Tu maknanya apa? Membazir, mengambil hak orang lain, mengikut nafsu...jangan ambil mudah yea...semuanya akan dihisab dan dipersoalkan di hadapan kadhi Rabbul Jalil...
..

Image result for gambar pencungkil gigi
kerana dosa kecil yang dipandang ringan

13 comments:

  1. Betul tu kak Azi...walau sebesar kuman yang kita ambil, akan di hisab di sana kelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah semua orang berfikiran begini, kan Suriaamanda

      Delete
  2. Tapi kita ni selalu lalai dan ambil ringan
    Walhal balasannya tak tertanggung oleh diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, kita selalu pandang ringan seolah-olah tiada apa salahnya, padahal ada yang sentiasa memerhati..

      Delete
  3. Dulu emak guna pen yang ditulis hak kerajaan di pejabatnya, so tak boleh bawak balik kan.. kena berhati-hati kan NA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mmg digunakan utk kegunaan kerja kita itu tak menjadi kesalahan, tapi bila digunakan utk kegunaan peribadi itu yg salahnya Fair.
      Alhmdulillah emak alert ttg hal ini kan .

      Delete
  4. sebut makan kenduri, biasanya secara automatik perut terasa kenyang, lagipun biasanya sebelum pergi, dah makan kat umah

    Biasanya ambil sikit sgt nasi, lauk sejenis & sayur.. cukuplah..janji x membazir

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka gi kenduri kawen ni, dapat makan nasi sedap sbb saya tak pandai nasi sedap2 tu, he he.
      tapi beringat2 sbb ada hak org lain di situ.
      Dah settle kene urusan keje kt luar tu UA? Rindu entri baru.

      Delete
    2. Urusan luar dah siap tp esok mau gerak kuar daerah lg, ada mjls apc..

      harap2 kesihatan dah ok sbb slps balik dr keja luar, badan x sihat, mgkn dek bahang kepanasan melampau kt sana kot..

      Entri baru?? urmmm mood kelaut, byk gambar2 dak tecik kami tapi dah basipun..

      Delete
  5. Sibuknya UA, takpelah selesaikan dulu urusan keje tu kan, sok dah lega, bolelah sambung berblog kan.

    Bykkan minum kosong, he he..cam same je nanasihatnye kan.

    ReplyDelete
  6. Semoga UA cepat sihat yea, bykkan rehat.

    ReplyDelete
  7. Semoga UA cepat sihat yea, bykkan rehat.

    ReplyDelete
  8. Nampak kecik ek mak....tp impactnya sungguh besar. Kat dunia tak nampak tap kat akhirat tunggu jerlah balasan Allah...padahal cuma sebesar pencungkil gigi huhu

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign