Asam Garam Kehidupan: Kisah seorang isteri solehah.

Nuffnang

Pages

28 Mar 2016

Kisah seorang isteri solehah.

Dia adalah seorang wanita muda. Namun dalam usia yang masih bergetah itu dia telahpun bergelar seorang isteri. Tapi sayang..suaminya tidaklah setampan dan sekacak lelaki-lelaki yang sering menjadi idaman anak-anak gadis sepertinya. Meskipun begitu, berbekalkan iman dan sekeping hati tulus ikhlas dia tetap redha menerimanya sebagai ketentuan dari Tuhan.

Hari demi hari dia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Telah menjadi rutin hidupnya, akan membeli barang-barang di pasar. Maka selalulah ia berdepan dengan seorang penjual daging yang tampan wajahnya. Hari-hari dia tidak dapat mengelak dari memandang wajah penjual daging tersebut. Sehingga wajah itu menjadi hafalan dan ingatannya kini.

Syaitan-syaitan mula membisikkan kata-kata indah ke dalam nuraninya. Hatinya mula dihanyut oleh lamunan perasaan, kemudi imannya mula bergoncang kini. Kesetiaan dan kasih sayang terhadap suaminya kian pudar, diganti oleh wajah tampan membekas di hatinya.

Suatu hari, si suami pulang seperti biasa. Dilihatnya wajah isterinya muram kelam, sugul, kusut masai, seolah-olah sedang ditimpa musibah yang amat dahsyat. Lalu ia bertanya dengan penuh hikmah dan lemah-lembut...

" Wahai isteriku, apakah gerangannya yang amat mengganggu hatimu. Ceritakanlah kepadaku, agar masalahmu dapat diselesaikan dengan izin Allah."

Dengan nada teresak-esak, si isteri pun menceritakan kejahatan dan fitnah hati yang berlaku pada dirinya kini. Sambil meminta ampun kepada suamunya ia berjanji...

" Suamiku, demi Allah dengarlah ikrar dan janjiku pada hari ini. Mulai saat ini aku tidak akan menjejakkan kakiku keluar dari rumah kita ini melainkan dengan sebab-sebab yang sangat perlu.."

Suami tersebut tersenyum mendengar pengakuan ikhlas isterinya itu. Dan benarlah sejak wanita itu memingiti dirinya di dalam rumah, ternyata dirasakan suaminya yang paling kacak dan tampan. Begitulah berkat patuh pada ketentuan dari Ilahi dan ternyata pilihannya itu tidak sia-sia, kerana akhirnya Allah mengurniakan rasa rahmah dan saadah kepada pasangan ini.

9 comments:

  1. Keluar jugak together gether :) inshaAllah NA, dipermudahkan Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Berkat punya iman yg kental godaan syaitan tak mempan
    Itulah pentingnya iman menjadi pendinding diri dlm semua hal

    ReplyDelete
  3. moga kita diberi keteguhan iman dalam menjalani hidup ini

    ReplyDelete
  4. Semoga kita tergolong di kalangan isteri solehah yang mithali,

    ReplyDelete
  5. Tunggu rayalah minta maap..hihi..
    Kita dah buat terbaikkk dah..hrp redhalah semuanya...

    ReplyDelete
  6. Amin, aminnn, utk semua doa yg baik2, moga dengan adanya cita2 nk jadi isteri yang solehah tu Allah dah pandang.

    ReplyDelete
  7. Pergh!!!! Romantik weyh gambo bawah tu....i loike!! Tapi nak tanya sikit ni...Ko sapu apa tu mak haha....

    Betullahkan mak semakin luas perjalanan kita diluar sana, semakin besar dugaan yg harus kita hadap. Nasiblah dah kilauan dah tak sapa yg hingin hihi....

    ReplyDelete
  8. Tu aku saou peyut laki aku nk tgk nampak moncit ke tak, baru habis makan kt luar suatu hari tu..

    Oiih jgn cakap mak, kilauan tak kilauan, kalo dah suka, pastu syaitan menjalankan jarumnya, bole je jadi...nauzubillah...

    ReplyDelete
  9. Tu aku saou peyut laki aku nk tgk nampak moncit ke tak, baru habis makan kt luar suatu hari tu..

    Oiih jgn cakap mak, kilauan tak kilauan, kalo dah suka, pastu syaitan menjalankan jarumnya, bole je jadi...nauzubillah...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign