Asam Garam Kehidupan: May 2016

Nuffnang

Pages

30 May 2016

Menghitung hari..

Si bongsu ambe yang soleh (sila aminkan><) pun dah mula membilang hari menunggu puasa. Bila ditanya apa yang best tentang puasa, katanya sebab dapat minum air dulu masa berbuka, pastu dapat raya. Hehheh..yang bab sebab dapat raya tu dah agak dah. Bukan si bongsu ambe ni sorang ajeh nunggu raya, rasanya anak mama yan, si abang adam tu pun sama, depa sebaya tu.

Dua minggu cuti ni, dapatlah ambe cuti seminggu, awainya nak amik minggu ni, tapi kansel minggu ni, tukar minggu depan, sebab minggu depan dah mula puasa. Anak-anak kebetulan semua ada minggu pertama puasa tu. Hajat hati ibu nak meraikan anak-anak berbuka puasa dengan juadah kegemaran mereka.

Kepada semua teman alamaya yang dikasihi, Salam Ramadhan in advance yer, mohon ampun maaf segala salah silap ambe sengaja mahupun tidak, terutama mak Okje, sebab ambe selalu ngaco dia, mak..sori mak ek.
Tak lupa kzakie, knor cinnamon, Fair baby_pose, mama yan, knooriahnaim, kak PI (sori masih tak dapat tinggal komen, nak buka pc,nak connect wifi..ermmm..banyak naw stepnya, tu yang on9 kat phone je ), ampun maaf semuanya.

Jom ulangkaji puasa sikit bersama ustaz Don.
Dengan kedatangan Ramadhan memberi kesempatan kepada kita;
1) memberi peluang kepada kita yang sentiasa sibuk ni untuk beramal ibadah. Pahala ibadah pula dilipat gandakan. Baiknya Allah pada kita hambaNya yang banyak dosa ni.
2) memberi peluang untuk mereka yang dah biasa beribadah seperti mak ayah kita, orang-orang tua untuk menambah amal ibadah. Imam as syafie contohnya kalau bulan-bulan lain sehari khatam Quran 3 kali, tapi di bulan Ramdhan sehari khatam 6 kali.
3) moga-moga dengan kedatangan Ramadhan dapat mengangkat martabat kita di sisi Allah kerana kegigihan kita menambah amalan, in shaa Allah..( seeloknya kita beribadah bukan semata-mata mengejar fadhilat atau pahala, tetapi kerana ketaatan kita kepada Allah swt )
Ramadhan kareem.
Umar Zikri yang xcited menunggu Ramadhan..
Mudah-mudahan Ramadhan tahun ni penuh
berkat buat kita semua, aminnn..

29 May 2016

Beza betul la korang.

Tak sakit. Seyes tak sakit. Tak macam pengalaman 5 kali sebelum ni. Bayangkan dalam tempoh 7 tahun 5 kali dah buat. Tapi semuanya hampeh. Harap-harap ni last, terakhir kalinya gitew, kalau tak jadi juga, tobat kena cabutlah kau.

Hihi..

Apa crite tuh?

Camni, masa ngandungkan si bongsu, ada gigi saya jadi ngilu, jumpa doktor kat klinik ibu mengandung, saya check up kat klinik kerajaan je, kat situ ada sekali klinik gigi, yelah masa ngandung mudah naw rosak gigi sebab kurang kalsium kan. Jadi bila jumpa doktor bagitaulah ada gigi ngilu, tapi yang peliknya gigi lain yang lubangnya kecik je, gigi tu yang ditampal, gigi yang ngilu tetaplah ngilu juga.

Tapi nak jadi cerita, tampalan tu tercabut. Bila nak tampal kena korek lagi, makin besar lubangnya. Pastu tercabut lagi, tampal lagi, koho beso lubang tampalan tu. Aduhh..frust dan sakit aty boto..

Pastu tak buat dah kat klinik tu. Terbuka tampalan kali keempat dan kelima, tampal pulak kat hospital Dungun, ada adik kerja kat situ.
Tapi kan, kan..korang pun tau nak agak, pandai korang memang tercabut juga, last terbukak tampalan masa sambutan ticer's day 24/5 baru ni, soda-soda dah berlubang bosa.

Nasib baiklah mylaling tu cian kat den. Sabtu maren dia ajak pergi klinik gigi swasta.Dia bayarkan. Hihi..nak tebus salah hari jemahatla tew.

Tapi, cam den cakap awal tadi. Memang tak sakit. Awalnya berdebar juga, sebab pengalaman sebelum ni kat klinik kerajaan, dah cucuk ubat kebas pun terasa gak sakit. Dahla rasa kebasnya kalau tak tengok cermin tu rasa macam bibir tebal macam kena gigit tebuan.Eh..tak pernah plak kena gigit tebuan.

Tapi kat klinik swasta ni, doktor tu dahla muda, encem plak tuh, hehheh..mampuih, kalo mylaling tau..kerjanya cermat sangat, takde pun nak nyembang sakan dengan nurse, cakap pun lembut je, hilang takut, rasa cam bole tidur plak. Bila siap, dalam sejam jugakla..haa..cermat tak cermatnya, bila rasa gigi tu tak rapat dibetulkan semula sampaila rasa selesa. Masa buat kat hospital kerajaan tu, tampalan tu rasa tinggi, tapi kita tak boleh sesuka hati nak suruh doktor betulkan balik, tak sempat..kat luar kat ramai menunggu. Tu yang bila bawak juga mengunyah, akhirnya pecah, lastnya tercabut habih tampalan tu.

Nak tau berapa kosnya? Rm150.
Sebatang. Mahal? Entahla. Dua puluh tahun lepas ( ek ele..lamanya ) pernah tampal kat doktor swasta gak, elok sampai sekarang, tak tercabut pun, masa tu baru dalam rm45 sebatang, tak silapla.

Ni ada geraham bongsu tumbuh melintang, tak dapat keluar habis. Rasa nak buang gak nih, kena buat minor surgeri gak nak membuangnya. Dah ada pengalaman tak sakit nih, ermmm..in shaa Allah nak buang dalam masa terdekat.

Den bukan nak buruk- burukkan hospital kerajaan, den paham, doktor tu bukan nak tampal gigi den sorang, cuma yang terkilan sebab masa awal jumpa doktor tu, gigi lain yang bermasalah, gigi lain yang kena. Cian gigi den yang tak bersalah tu tau, jadi mangsa sampai berlubang bosa macam kawah gunung berapi rupo eh.

Den tampal kat klinik gigi Saleha Suhaimi kat Semenyih. Alhamdulillah ada doktor melayu yang setanding mahirnya dengan doktor bangsa lain. Tumpang bangga.

27 May 2016

Sampai hati..

Ada ke bole dia ingat dah balik rumah, padahal setiap jumaat memang den balik ngan dia. Huhuhu...tunggu punya tunggu punya tunggu, bila tepon kato eh dah sampai umah. Nak kono tepon jo tiap jemahat yo, nak hangin satu badan pun tak berguna, den paham bona laki den tuh..

Aikk, dah tu tunggu jelah pas maghrib kang..Malam ni den masak nasi, goreng tolo dada taruk kicap yo.

Ni entri nak lopehkan hangin jek. Masih terpoghap kat tadika  nih, nak nanges dah nih, huaaaaaaaaa...

25 May 2016

Masih sibuk cikgu tadika nih!

Habis minggu exam, last week, sibuk isi report kad plak, ermmm,...bizi tak bizinya ticer nih,  pastu hari sabtu ni nak ngadap parent nak story2 sikit pasal perkembangan anak-anak dorang, so...sorii ek kengkawan, tak sompek lae nak nyibuk kat umah korang, mwehehe..

Ada sorang anak murid ai ni, mak dia citer, hari-hari balik dari tadika dok desak belikan hadiah untuk ticer, kawan-kawan lain semua dah bagi, dia sorang je belum, sampai nangis-nangis..
Padahal kami tak minta pun, cuma ramai yang dah bagi masa 16 Mei tu, banyaknya bagi coklat, so kami pesan, bawakla 24 nanti( semalam la) sebab hari tu nak buat besday party diorang dengan sambutan Hari Guru sekali.

Terharu korang atas ingatan bebudak nih, walaupun sekadar pin tudung, mug, frame...
Berplastik-plastik haa. Kotak hadiah eh besar- besar.
Ni masih dalam kotak, tak sabar nih nak bukak.
Dah bukak, ha..tengok tu, ada tupperware, ada
mug, ada tudung instant, ada frame, frege
magnet, macam-macamla, yang mana agak
boleh simpan untuk next year punya hari guru
anak-anak ai, hi hi..simpan elok-elok, save belanja..
Shhhhh...jangan pecah rahsia tau.;)
Bessday boy and besday girl.Ni
Besday boy and girl dari jan hingga
Jun, tu yang ramai. Makanan
pun berlambak, tapaw jangan 
tak tapaw, he he..

20 May 2016

Hadap jelah.

Banyak lagi procedure yang saya nak kena lalui sebelum tahu keputusan samada betul kanser atau tidak. Hari ni cuma check up biasa je, bak temuramah gitew, tanya anak berapa, umur berapa, ada rasa sakit ke tak, ada ahli keluarga yang ngidap kanser ke, ada amik minuman keras ke, dadah ke, rokok ke ( jangan marah kome, tu dah tugas doktor )...maka jawapannya opkosle idok, ngidu asap rokok pun dah nak termuntah, apatah lagi nak merokok..

Saya kena pergi lagi ke hospital Kajang tu 13/6 nanti untuk amik darah, check jantung dengan x ray.
16/6 jumpa doktor pakar bius sebab doktor tu nak pantau saya ada masalah ke dengan bius, pastu 24/6 kena admit hospital, 25/6 baru buat colposcopy tu, so dua harilah saya kena berumah di hospital,  tapi keputusannya tak taula bila bole tau.

Yang jenuh kalau ke hospital ni..terlampau ramai orang, saya sampai kul 8 pagi, amik nombor, tunggu punya tunggu kul 12.30 baru dapat jumpa doktor. Boleh je nak ke klinik swasta, sediakan kosnya dalam rm500 lebih, tapi kalau tak dapat keputusan yang pasti saya kena buat balik kat hospital kerajaan juga, dah kena ngadap dua kali proses yang sama. Tu kata doktor di klinik swasta yang saya buat pap smear tu, dia nasihatkan saya buat je di hospital kerajaan, hospital terdekat yang boleh buat colposcopy tulah dia hospital Kajang. Ermmm...takpelah lambat sikit pun. Yang penting saya kena hadap benda tu supaya kompem keadaan kesihatan saya nih. Memangla pada saya, saya rasa ok je, takde kencing manis, takde darah tinggi semua tu, tapi manalah tau ada yang tersembunyi kan.

Cuma semua procedure tu saya kena hadap dalam bulan Ramadhan nanti, cian tau mylarling..
Mulanya doktor tu nak buat lepas raya, tapi bila jumpa doktor pakar, dia suruh percepatkan, tu yang kena buat jugak dalam bulan puasa tu.

Sabo jelah kan, Allah uji tu Allah sayang, sihat pun dah lama, hak Dialah nak bagi sakit ke, redha..supaya datang rasa kehambaan tu..

Haa, nak tau mana saya korek kertas pembalut hadiah untuk hari guru tu, hi hi..skrol le gambar bawah tu. Bukti kretip tak kretipnya cikgu tadika veteran nih..mwehehe..

Korang...entri ni bukanlah tujuan nak cari simpati, cuma sebagai kenangan..kalau negetif tu bolelah gelakkan diri sendiri yang cepat je menggelabah tak tentu arah..kalau positif tu, mungkin saya bole tulis proses perubatan yang perlu saya lalui untuk manfaat kita bersama..in shaa Allah..
Haa, ramai kan, kat ruang ni rawatannya untuk
ibu dan anak, dengan rawatan untuk penyakit
puan, samada kanser ke, nak buat pap smear ke..
Saya dok nadah telinga dengo bermacam bunyi
dan nada tangis anak-anak yang jemu menunggu
lama, nasib baik saya takde anak kecik, he he..
Korbankan kulit buku, ala..kulit
buku mesyuarat agung pibg, haha
dah terpaksa, takde stok pembalut
hadiah, kertas warna pun dah lesap
dalam tong sampah, so..pikio punya
pikio, nilah dianya jadi pembalut
hadiah, bagi mekap sikit nampakle
canggih juga, ala..janganla gelak korang..

19 May 2016

Alahai ciannya anak-anak den.

Semalam beli tolo, entah takdo jeki nak tunjuk skill kat cikgu sekolah, pelepup!! Jatuh sebab plastiknya koyak, sib baik duk dalam bokeh plastik tu, selamat gak tiga bijik, tapi tak cukup kuota eh, nak guna ompek biji, ado tigo, pesan kat tok laki, ermmm..dia pun dah kilauan gak kekdahnya, dua hari pesan, dua hari gak alasan eh, lupo..sudahnya tak menjadila apam susu den, huahhuah..
Cian anak-anak den, camano pun omak eh ni kono gak penuhi hajat diorang nak bagi hadiah hari guru kat cikgu dorang.

Korek punyo korek, pikir punyo pikir, haa..dapek gak idea, recycle hadiah..kan den ni cikgu tadika, banyak gak dapek hadiah. Tapi malang eh, pembalut hadiah pulak ilek, ada simpan kertas warna, tapi raso eh dah selamat masuk tong sampah oleh abah. 

So, pikir lagi, kek mano nak cari pembalut hadiah plak. Cer teka, mano den korek koteh pembalut hadiah..mesti korang tak terpikir punyalah.

Jadi esok dapeklah anak-anak den bagi hadiah kek cikgu dorang. Tengokla ha, hasil keras tangan den and anak den Nadhrah Hannani.
Ni hadiah anak murid tadika, den recycle bagi cikgu
sekolah Nadhrah dan Umar Zikri, nak pegi
beli hadiah lain manakan sempat lagi dah,
plus mylaling tu takdo lah dio nak kuar
memalam nak beli hadiah.
Haa, cer teka, mano den korek
kertas pembalut hadiah ni?
Ni pun recycle gak, tapi punyalah
bekerja keras mencarinya.
Tapi Alhamdulillah sampai gak
hajat anak-anak den nak bagi
hadiah kat cikgu dorang.

17 May 2016

Alhamdulillah, tak mau fikirkan sangat.

Alhamdulillah, walaupun fikiran saya asyik memikirkan  kemungkinan sakit tu, tapi taklah sampai teremosi berlebihan, takut tu memang ada, tak nafikan, tapi taklah sampai tak boleh nak teruskan rutin harian. Terimakasih sangat pada kengkawan yang bagi sokongan dan peransang.

Cuma lo ni tengah bizi dengan exam, minggu exam katanya, anak-anak saya exam, anak-anak tadika pun exam, tapi bw ke laman kengkawan tak bole tinggal, cuma tak dapek tinggal buah hati, eh..buah tangan;)

Jom tengok ucapan-ucapan yang saya terima, ada yang personal, ada yang dari grup wasap, comey-comey semuanya..

15 May 2016

Bagaimana saya nak menghadapinya...

Macamana kalau betul kanser?
Apa yang patut saya buat lepas ni?
Tak...
Mudah-mudahan bukan kanser...

Saya dah gunakan iucd tiga kali. Setiap kali untuk 3 tahun penggunaannya. Saya baru tukar awal Mei baru ni. Saya bagitau doktor selalu jadi pendarahan tapi tak seriuslah di luar waktu period, terus doktor suruh buat pap smear. Keputusannya doktor kata ada atypical squamos cell with atypical endocervical cell, bahasa mudahnya ada kelainan sel. Jadi saya sangat disarankan buat check up lanjutan, secara colposcopy, entah..nak cerita pebendanya saya tak tau, ada doktor terangkan, tapi otak saya dah tak boleh nak hadam dah, sebab hati dah berkecamuk..

Jumaat ni, 20hbMei saya akan ke hospital Kajang..

12 May 2016

Susahnya mendidik hati...

Tuhanku, inilah hambaMu yang hina, penuh dosa, tapi aku masih mengharapkan pengampunanMu yang Maha luas itu.

Tidak ada dalam hatiku niat untuk menyekutukanMu, tidak juga niat menderhakaiMu, cuma...kuakui, aku selalu tewas, nafsu ku terlalu jahat...

Tuhanku, izinkan aku memiliki hati yang begini...

Hati yang tawadhuk, yang mahu tunduk, yang selalu merintih, mengharap, mengadu dan meminta.
Hati yang tidak putus harap, hati yang terus mencuba dan mencuba berulang kali meminta cintaMu
....kerana aku tahu Engkau amat suka mendengar rintihan demi rintihan, keluhan demi keluhan dalam mengharapkan pimpinanMu, tanda merendah diri seorang hamba...
---------------------------------------------------------------

Tuhan, jika Engkau mentakdirkan begitu, kumohon berikanlah kekuatan dan ketabahan dalam menghadapinya. Aku tak kuat ya Allah, mendengarnya sudah mendatangkan walang di hati ku...

Ya Allah..aku takut...

10 May 2016

Begitu teruk sekali mencuci?

Haih, kalo dah namanya anak lelaki tak sah kalo tak berkerak kat bahagian leher tu. Tambah lagilah hero tengah melasak dan tengah membesar bagai johan macam Umar Zikri tu, sungguhla tak larat nak menyental daki kat bagian lehernya tu.

Korang ada masalah yang sama macam ai?
Ok..jom buat camni. Cam den ni tak koso membasuh hari-hari, so baju sekolah dia ada 3 pasang untuk 3 hari, yang dua hari lagi tu kena pakai baju koko dan baju rumah sukan.

Jadi kalo nak tunggu hari sabtu baru nak basuh, korang bayangkanlah betapa degilnya daki tu nak keluar. So den buat camni ha.

Letakkan mandian kat bahagian berdaki tu, biar mandian tu kering. Nanti daki tu jadi kembang so bila nak basuh tu just tenyeh-tenyeh je, in shaa Allah dah bersih, barulah masukkan dalam washing machine. Haa, kan senang.

Nak syer satu ilmu...jom kita buat kebaikan yang mungkin nampak kecil, tapi mana tau mungkin itulah yang boleh tolong topap amal kit di sana nanti..seperti kalau kita nampak semut yang terkial-kial nak lemas, kita tolong selamatkan, atau bagi sisa-sisa nasi yang tak habis makan tu kat burung, daripada kita buang dalam tong sampah, eh...banyak sebenarnya, tinggal kita je nak buat atau tak.

Kemuliaan Sya'ban.

Ada suatu kisah yang diceritakan oleh Muhammad bin Abdullah Azzahidi bahawa dia berkata:

  " Kawan saya Abu Hafshin Al Kabir telah meninggal dunia, saya ikut menyolatkan jenazahnya dan saya tidak pwrnah mengunjungi kuburannya selama lapan tahun. Lalu saya berniat untuk menziarahinya."

   " Ketika saya tidur di suatu malam, saya bermimpi melihatnya, dia telah berubah, mukanya menjadi pucat. Apabila saya beri salam dia tidak membalasnya. Laly saya pun bertanya."

". Maha suci Allah, mengapa kamu tidak membalas salam saya?" Dia menjawab...

".  Membalas salam adalah ibadah, sedangkan kami telah terputus dari ibadah."

Kemudian saya bertanya..

". Mengapa saya lihat wajahmu berubah? Padahal dahulu wajahmu elok."

Dia menjawab.." Ketika saya dibaringkan di dalam kubur telah datang satu malaikat yang duduk di sebelah saya dan berkata: Hai si tua yang jahat dan dia pun menghitung segala kejahatan saya, bahkan dia memukul saya dengan sebatang  kayu sehingga badan saya terbakar."

". Kubur pun berkata kepada saya, apakah engkau tidak malu kepada Tuhanku?" Kemudian kubur itupun menghimpit saya dengan kuat sehingga tulang rusukku bertemu dan bercerai berai dab saya terus disiksa sehingga malam pertama sya'ban."

" Pada ketika itu ada suatu suara yang berkata..hai malaikat, angkatlah batang kayumu dab siksaanmu kerana dia pernah menghidupkan satu malam di bulan sya'ban selama hidupnya dan pernah berpuasa satu hari pada bulan sya'ban."

". Maka Allah pun melepaskan aku dari siksa ini kerana pernah memuliakan bulan sya'ban."

Masya Allah, pernah sekali saja berpuasa dan menghidupkan malam di bulan sya'ban..maka Allah melepaskan siksaan kuburnya bila masuk bulan sya'ban...aduh...ruginya kalau yang masih diberi peluang berada di dalam bulan sya'ban sekarang ni melepaskannya begitu saja....jom kengkawan, kita hidupkan bulan sya'ban...

9 May 2016

Asyik ngantuk aje budak nih!

Sepanjang berlatih solat subuh dua rakaat tu dia mengantuk. Ditanya main game ke, haa..katanya, sampai kul berapa?sampai kul dua katanya sambil tunjuk jari dua, dua malam plak tu, ermmmm...padanlah ngantuk naw...berdiri ngantuk, rukuk ngantuk, sujud ngantuk, tahiyyat ngantuk...

Tapi kot budak ni ngantuk ada ampunnya, belum dikira solatnya...kot kita, siaplah...Allah campak balik solat tu ke muka kita, padan muka kita.....

7 May 2016

Melingkau dia kat situ.

Masya Allah, terkejut sampai geli-geleman, nasib baik kecik je. Tapi tak sempat amik gambar, laju je dia nyusup lari ikut bawah pintu.
Tulah, jangan pikiaq rumah korang tak boleh masuk ular macam saya pikir. Tambah lagi dah hujan hari-hari sekarang, takdelah risau. Eh, rupanya yang tak disangka tulah yang jadi, nampaknya lepas ni kena lebih berhati-hati.

Masa dok panas tak hujan-hujan baru ni kan heboh orang tunjuk gambar ular dalam lubang tandas tu, masa tu nak membuang tu kalau selagi boleh tahan, tahan...punyalah seram terbayang dok tengah-tengah membuang tu, dia menyambar, aduhaiiii..... Membuang pun tak puas sebab seriau nak mencangkung lelama kat situ, pastu mata pun nak melilau je kat lubang tu, tapi nampak plak benda yang tak sepatutnya, gelap hati tau korang tengok benda kotoq ni. Haaa, surelah sangat lepas ni trauma semula nak membuang....

Sorilah korang, den ni kalau tak update entri sari dua, mulalah datang malas tu, nak update malas, nak bw malas..bila dah malas, entri merapu camnilah jelah yang termampu olehku..

Kertas soklan budak tadika pun tak settle lagi nih. Ni nak menggosok baju jap sebab esok nak ikut mylaling ke Kuantan amik barang kakak yang baru habis semester, nak masuk semester baru. Tapi kakak belum ikut balik, nak pi Sabah dulu, jenjalan naik belon.

Kak PI,sedih ni tak dpt komen blog akak, templete baru akak tu tak mesra henpon kot, tak dapat cari kotak komen,  saya ni banyak update kat henpon je. Tapi saya tetap jadi pengunjung setia kat blog akak.
Ni saja tempek, takde kaitan ngan entri pun, heh..heh

4 May 2016

Nak jadi star wars, ticer ada baby eh?

Ni ubat gelak bagi hilang tension ticer, ticer tengah meroyan buat kertas soalan nih.

Semalam dia tak datang, hari ni datang dengan mata lebam sebelah. Ditanya kenapa, jawabnya..

" Amir main lompat-lompat dengan sedara Amir."

Ermmm, ni mesti kes terantuk, tak pun tercium dinding. Teruk lebamnya, sebijik macam  kena tumbuk dalam drama tu.

" Oh, Amir nak jadi zombi ek?" Aku menyakat.

" Taklah, Amir nak jadi star wars lah.."

Oo, padanlah sampai lebam camtu, nak jadi star wars rupanya.

---------------------+----------------------------------------

Tengah-tengah mengajar, seorang anak murid dengan tak sengaja tersentuh tummy ticer yang tak berapa kempis ni. Tak puas hati agaknya, dia letak tapak tangan pulak.

" Ticer ada baby ek?" Dalam dok nak gelak aku ia kan je.

" Oo, mama ayen pun ada baby dalam perut dia,"

Pastu aku terpikir, kang dia cerita kat mama dia pasal ticer pun ada baby dalam perut, tak ke naiya plak.

" Eh, taklah, dalam perut ticer ada cacing je, takde baby pun.."

"Oooo.." Panjang oo dia.

Sorilah kengkawan ye, tak sempat nak gi rumah kengkawan ni, kalau gi pun sempat singgah depan pintu je, tak dapek ngulur buah tangan..

Esok sempena isra mi'raj, jom kita hayati kisah perjalanan teragung Rasulullah itu, moga kita dapat mencintai Baginda, sebagaimana Baginda mencintai kita...

3 May 2016

Sambung kek umah yo.

Nak buek camano, tak sompek siap kat tadika, sambung kek umah plak. Poning palo laling ai tau nengok umah bersepah dongan koteh sano-sini, tu bolun laie tambah ngan kojo sekolah anak-anak kang, ponuh dopan tv tu ngan buku, koteh, pensel, pemadam..

Heh, heh...bertabahla yo laling oii, nak buek camano, dah dapek bini cekgu tadika...

Hu hu, sebona eh, den tongah bertungkuih lumuih nyiapkan koteh pekso bebudak tadika, pekso eh 16hb ni ah.

2 May 2016

Syaitan gagal mencari seorang pemuda beriman.

Diceritakan Zunnun Al Misri masuk ke dalam Masjidil Haram. Di situ dia melihat seorang pemuda yang bogel dan sedang meraung sakit di bawah sebatang tiang, dia menangis dengan sangat kuat dan bersedih. Melihat keadaan itu Zunnun pun berkata:
  " Wahai anak muda, siapakah kamu?"

Maka jawab pemuda itu dalam tangisannya:
   " Aku adalah seorang pengembara yang sedang rindu."

Pemuda itu terus menangis dengan keadaan yang sangat sayu, sehingga membuatkan Zunnun turut menangis. Kehairananlah orang muda itu, lalu bertanya:
   " Mengapa kamu menangis?" Lalu jawab Zunnun:
   " Aku juga adalah orang sepertimu."

Setelah itu orang muda itu menangis dengan amat kuat sekali sehingga sampai ajalnya, maka Zunnun pun membuka pakaiannya dan menutup jenazah pemuda itu, lalu dia keluar untuk membeli kain kafan untuk orang muda tersebut.

Apabila Zunnun kembali, dia melihat mayat pemuda itu tiada lagi di situ. Kemudian Zunnun mendengar satu suara...
   " Wahai Zunnun, sesungguhnya pengembara itu adalah orang yang dicari-cari oleh syaitan tetapi syaitan gagal menemuinya, dan dia dicari oleh malaikat Malik, tetapi malaikat Malik pun tidak menemuinya, dan dia juga dicari oleh malaikat Ridhwan dari syurga, tetapi malaikat Ridhwan juga gagal bertemu dengannya.."

Lalu Zunnun bertanya..." Jadi di manakah dia?"
Maka berkata suara itu lagi..." Dia berada di tempat yang disenangi di sisi Allah yang Maha Berkuasa ( Al Qamar ayat 55 ). Disebabkan cintanya, serta banyak ketaatannya dan cepat pula taubatnya."

Ada apa kat Ulu Bendul?

Nak gi bercuti jauh tak mampu weyh, jom pi Ulu Bendul jelah. Asalnya nak gi book fair kat Mines, tapi kansel last minit sebab mylaling malas nak ngarung jem. Ada apa kat Ulu Bendul? Ni sebenarnya kawasan hutan simpan, di daerah Kuala Pilah, boleh tengok ular, boleh mandi-manda, tapi kitorang tak mandi, just jenjalan amik angin hutan yang segar je.
Ada kucing manja, agaknya orang yang jaga kat
Sini membelanya, tengokla siap tertonggeng
Bila digosok badannya.
Ular sawa batik kekenyangan, tido je deh, ada
beberapa jenis ular lagi, tapi taklah
sebanyak ular kat Taman Ular lain,
tapi bolelah sekadar nak kenalkan
ular yang familiar kepada anak-anak.
Ada jambatan gantung.
Ramai yang datang bercuti, manda-manda, kitorang 
jenjalan je.
Sayangnya tempat ni tak diselenggara
dengan baik, harapnya lepas ni
pihak yang berkenaan boleh
membaikpulih tempat ni, sebab
tempat ni ada potensi untuk
jadi tumpuan ramai pelancung.
Lari-lari dalam hutan, amik udara
hutan yang nyaman.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign