Asam Garam Kehidupan: Melingkau dia kat situ.

Nuffnang

Pages

7 May 2016

Melingkau dia kat situ.

Masya Allah, terkejut sampai geli-geleman, nasib baik kecik je. Tapi tak sempat amik gambar, laju je dia nyusup lari ikut bawah pintu.
Tulah, jangan pikiaq rumah korang tak boleh masuk ular macam saya pikir. Tambah lagi dah hujan hari-hari sekarang, takdelah risau. Eh, rupanya yang tak disangka tulah yang jadi, nampaknya lepas ni kena lebih berhati-hati.

Masa dok panas tak hujan-hujan baru ni kan heboh orang tunjuk gambar ular dalam lubang tandas tu, masa tu nak membuang tu kalau selagi boleh tahan, tahan...punyalah seram terbayang dok tengah-tengah membuang tu, dia menyambar, aduhaiiii..... Membuang pun tak puas sebab seriau nak mencangkung lelama kat situ, pastu mata pun nak melilau je kat lubang tu, tapi nampak plak benda yang tak sepatutnya, gelap hati tau korang tengok benda kotoq ni. Haaa, surelah sangat lepas ni trauma semula nak membuang....

Sorilah korang, den ni kalau tak update entri sari dua, mulalah datang malas tu, nak update malas, nak bw malas..bila dah malas, entri merapu camnilah jelah yang termampu olehku..

Kertas soklan budak tadika pun tak settle lagi nih. Ni nak menggosok baju jap sebab esok nak ikut mylaling ke Kuantan amik barang kakak yang baru habis semester, nak masuk semester baru. Tapi kakak belum ikut balik, nak pi Sabah dulu, jenjalan naik belon.

Kak PI,sedih ni tak dpt komen blog akak, templete baru akak tu tak mesra henpon kot, tak dapat cari kotak komen,  saya ni banyak update kat henpon je. Tapi saya tetap jadi pengunjung setia kat blog akak.
Ni saja tempek, takde kaitan ngan entri pun, heh..heh

7 comments:

  1. Thanks NA mention masalah kotak komen di blog sis PI. Sebab saya hadapi masalah sama.Mungkin tak mesra hp saya jugak kut.

    Bestnya NA gi Kuantan, dengan laling ..cantik pic tu lomantik sekali

    ReplyDelete
  2. wah nor nk naik belon ke sabah ya bestnya...patutlah blog kak sepi je dari komen kwn2 rupanya ada masalah kotak komen ya...xpalah nor, yan tu lama2 oklh kot...BLOGGER PROBLEM tu tah apa yg mrk sdg update

    ReplyDelete
  3. Seramnyaaaaa rumah masuk ular. Rumah mama siqah pun pernah masuk ular kecik. Siap panggil bomba. Huhu.

    ReplyDelete
  4. hai sape tak seram kak dengan benda tu, baru ni rumah jiran masuk ular,seram sejuk dibuatnya, nak ke dapur pun takut, sebab rumah jiran dikampung ular duduk belingkar melepak bawah sinki, seuk kot kat siti, entah berapa lama dah dia duduk situ, huh risau saya, sekarang ni nak kedapur pun mata melilau je...masih takut walaupun dah tak panas sangat skrg nih

    ReplyDelete
  5. Wahhh.....ko mak, bukan main lagi kan, sesekali posing, melekap kat bahu haha..

    Aku seram jugak mak kalau sebut pasal tu. Moga dijauhkan hendaknya.

    ReplyDelete
  6. Wahhh.....ko mak, bukan main lagi kan, sesekali posing, melekap kat bahu haha..

    Aku seram jugak mak kalau sebut pasal tu. Moga dijauhkan hendaknya.

    ReplyDelete
  7. alamak! aida sejak viral ari tu kisah si dia yg melingkau, memang tiap hari cek ceruk umah tangga ni.
    mana ler tau kan.
    geli geleman satu, satu lagi takut kan anak2 cedera...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign