Asam Garam Kehidupan: Bergembira menyambut Ramadhan, sedih menghantarnya pergi.

Nuffnang

Pages

29 Jun 2016

Bergembira menyambut Ramadhan, sedih menghantarnya pergi.

Takpe tau camane nak gambarkan perasaan bila Ramadhan dah makin ke hujung. Rasa baru sangat menyambut ketibaan Ramadhan, tiba-tiba dua tiga hari lagi dah nak raya. Entah apalah yang saya dapat sepanjang bulan berkat ni, Al quran tu kalo yang baca sorang tu memang tak khatam, kecuali yang ikut kumpulan tadarus, sedekah tak sebanyak mana, terawih lebih kurang aje, hu hu...sedih..
.
.
.
.

Ya Allah...moga Kau rezekikan aku bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan. Dan Ramadhan yang masih berbaki ni, Kau berikan aku kekuatan untuk mengisinya sebaik mungkin, rezekikan aku dengan Lailatul Qadr yang sangat berkat itu, ajarkanlah aku bagaimana untuk aku meraikan tetamu agung ini...

Ya Allah, tetamu agung ini makin beransur pergi, walaupun aku belum meraikan ia sepenuhnya. Syawal yang bakal bertamu bererti bersyukur atas kemenangan yang kuperolehi dalam bulan Ramadhan. Kemenangan apa? Kemenangan kerana dapat mengisi Ramadhan dengan beribadah dan dapat menjinakkan nafsu untuk taat pada Allah, itupun kalau aku memperolehinya, maka aku layak merayakan. Jika tidak, ia tiada erti apa-apa padaku....

Untuk apa aku bergembira sedangkan aku gagal memenuhi tuntutan Ramadhan dan berada dalam kemurkaan Allah. Sungguh aku tak layak meraikan syawal. Syawal hanya layak untuk mereka yang menang, sedangkan aku tak menang apa-apa pun. Ya Allah ampunkan aku hambaMu yang kalah ini....

6 comments:

  1. RAMADAN SEMAKIN MENGANSUR DIRI MOGA DPT KETEMU LAGI...

    ReplyDelete
  2. Itulah harapan dan doa setiap dari kita..semoga direzekikan bertemu lagi dgn Ramadhan.

    ReplyDelete
  3. Amin....amin Ya Rabbal alamin atas doanya mak....

    ReplyDelete
  4. sedih juga bila kenangkan apalah sangat amal ibadah yang saya lakukan setakat ini di bulan yang mulia ini. Moga dapat bertemu lagi di bulan mulia ini pada tahun2 yang mendatang agar dapat diperbanyakkan amal dan ibadah

    ReplyDelete
  5. Semoga ALLAH temukan kita diramadhan yang akan dtg dengan sihat dan walafiat supaya beribadah kepadaNYA

    ReplyDelete
  6. Semoga ALLAH temukan kita diramadhan yang akan dtg dengan sihat dan walafiat supaya beribadah kepadaNYA

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign