Asam Garam Kehidupan: Doa di kala hujan.

Nuffnang

Pages

20 Jun 2016

Doa di kala hujan.

Salam Ramadhan ke-13.
Sedar tak sedar kita dah lepas suku pertama fasa Ramadhan, dan dah sampai 15 Ramadhan dah, kita sambut Nuzul Quran pula.

Camana geng? Dah berapa kali khatam? Alhamdulillah, tahniah...moga semuanya ada nilai ibadah di sisi Allsh swt...In shaa Allah.

Pagi ni duk tengah sahur tu tetiba hujan lebat kan. Alhamdulillah, lagi sekali. Korang tak amik kesempatan berdoa ke? Rugi tau, rugi sesangat. Sebab antara waktu mustajab doa ialah waktu hujan turun, tambah lagi dalam bulan Ramadhan ni... ibu ngan anak-anak terus tak lepaskan peluang keemasan camni.

Nilah perbualan kitorang sahur subuh tadi.

" Ee,..hujan.."
" Aah, hujan, lebatnya.."
" Hujan-hujan ni kena doa banyak-banyak, sebab masa hujan macam ni doa kita mustajab, cepat..Nadrah nak minta apa?"

Nadhrah mestinya mintak nak lulus peksa upsr dia...aminnn.

" Baby nak minta apa?"
" Ermmm....nak minta mainan.."

Hahaha..

" Lagi? Takkan minta mainan je.."
" Bi nak minta matilah.."
" Hesh, ada plak minta mati.." marah kakak Nadhrah.
" Eh, takpe..dia takde dosa, terus masuk syurga.." ibu positif, walaupun hati menolak..
" Wah, bestnya.."
" Iman nak minta apa?" Si abang tengah sengih je. Abah diam..dalam
hati tak tau apalah doanya.

" Ibukan kalo ibu banyak duit ibu nak buat Rumah jagaan orang tua tau, daftar bawah JKM kan bah,..." abah angguk je.

" Ibu nak beli rumah kosong depan rumah kita ni, buat cantik-cantik, ada swimming pool..."

Memang saya ada cita-cita nak buat pusat jagaan harian orang tua, macam taska, ibubapa hantar anak-anak mereka waktu pagi dan pegi kerja, amik anak petang waktu dorang balik kerja. Samalah konsepnya macam tu, bukan macam pusat jagaan orang tua yang ada sekarang, anak-anak tinggalkan ibubapa, jenguk sesekali, jenguk setahun sekali atau tak jenguk lansung, tinggal ibubapa kesedihan, kesunyian terutama saat menjelang Syawal...

Lagipun boleh juga saya menumpang kasih dengan mereka, menjaga mereka macam saya jaga arwah ma saya, buat amal bersama-sama,...ermmm, bestnya....tapi ofkosla setiap kerja yg kita buat tu ada cabaran dan ujiannya..in shaa Allah doakan saya, manalah tau saya dapat rezeki terpijak ke, bolehla saya realisasikan impian saya ni.

5 comments:

  1. Setiap kita tak kira berapa pun usia tetap ada harapan dan impian Azi. Mana tahu tak dpt sekarang kelak bila anak-anak dah besar impian menjadi kenyataan. Kita merancang dulu kan..

    ReplyDelete
  2. moga impian kak imah tu tercapai, saya pun ada hasrat juga nak buat macam tu, moga Allah makbulkan.

    ReplyDelete
  3. Laaa...silap faktala lak, arini dh 15 ramadhan, nk sambut nuzul Quran 17 ramadhan..harap maaf yea.

    ReplyDelete
  4. Laaa...silap faktala lak, arini dh 15 ramadhan, nk sambut nuzul Quran 17 ramadhan..harap maaf yea.

    ReplyDelete
  5. Moga dimakbulkan hasrat NA.. macam maksu saya pun ingin menumpangkan kasih ibu jadi beliau bagi wang bulanan kepada emak saya kerana beliau tak sempat memberi kepada maktok saya.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign