Asam Garam Kehidupan: Kita halau tetamu yang bertandang..

Nuffnang

Pages

30 Jun 2016

Kita halau tetamu yang bertandang..

Kita ni ghairahnya nak menyambut raya sampai 2, 3 bulan sebelum puasa dah sibuk memikirkan persediaan berhari raya. Kat tv iklan sofa, baju raya, kain langsir belum pun masuk bulan rejab dah disiarkan. Sampai mentaliti kita ni pun macam dah terdidik raya mesti kena sambut meriah, tukar serba baru, sedangkan sepatutnya Ramadhan lah yang kita kena raikan, hias rumah cantik-cantik ibarat menunggu tetamu agung nak bertandang.

Tu satu hal. Cer tengok pulak dua minggu atau seminggu sebelum berlalunya Ramadhan. Segala pasaraya, bazar jualan meriah sungguh dengan orang ramai yang mencari berbagai persiapan menyambut raya. Selagi rasa tak cukup, selagi tak sempurna, sanggup menapak dari satu kedai ke satu kedai, hilang letih dahaga berpuasa tu, tabahnya membuat persiapan raya.

Cer bayangkan, kita didatangi tetamu, tak kiralah..mak mentua contohnya, baru duduk dalam dua tiga hari kat rumah kita, kita dah panas punggung dah, dah mula hint-hint supaya mak mentua kita balik. Apa perasaan mak mentua kita tu? Sedih, tersinggung..ye tak?

Macam tulah ibarat kita dan Ramadhan. Ramadhan tu tetamu agung kita, bukan tetamu biasa, dia datang dengan begitu banyaknya keberkatan nak diagihkan kepada kita terutama di sepuluh malam terakhirnya, tapi apa kita buat? Sepuluh malam terakhir tu kita begitu ghairah membuat persiapan hari raya, kita tak ambil peluang keemasan yang datang bersama Ramadhan, kita pandang sepi, kita lupa bahawa mungkin inilah Ramadhan terakhir kita....

Para sahabat, para tabiin terdahulu ada yang khatam Al Quran di antara maghrib dan isya dalam bulan Ramadhan. Rasulullah di sepuluh malam terakhir mengikat ketat kain Baginda dan meninggalkan katil tidak mendatangi isteri Baginda....tapi kita, sibuk dengan tukar langsir baru, cat rumah, buat kuih raya, bakar meriam buluh, tahajud depan tv tengok euro....jadi tak hairanlah kita dok camni juga, ahklak tak berubah, ibadah tak meningkat...sedang usia makin bertambah, kederat makin berkurang...

Ermmmm...cakap banyak pun tak guna aih,  selagi kita tak berubah.
Moga suatu hari Allah beri kita keinsafan dan kita mampu berubah..

15 comments:

  1. DIDIK NURANI AGAR TIDAK BERSIKAP BIADAB...

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya itulah perbandingannya Azi.
    Tapi sungguh kakak buat persediaan raya sebelum ramadhan. Cuma kuih aje kakak beli masa ramadhan. Misi utama kakak sebab nak rai 'tetamu' kakak yg dipanggil ramadhan ni dgn lebih baik. Itulah sebab tak mahu ganggu 'tetamu' istimewa. Jadi masa ramadhan betul-betul kalau boleh kakak nak concentrate dgn tetamu kakak. Moga Allah terima cara kakak dgn 'tetamu istimewa' kakak yg tinggal beberapa hari lagi nak balik dah..

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu akk buat sebaiknyalah tu, hias rumah cantik2, bersih2 utk raikan Ramadhan. Tak semestinya semua bertukar baru.

      Delete
    2. Tu akk buat sebaiknyalah tu, hias rumah cantik2, bersih2 utk raikan Ramadhan. Tak semestinya semua bertukar baru.

      Delete
  3. Huhu... macm mak jer tu.....
    Bila nak berubah entahlah mak....Namanya pun manusia suka buat persediaan last minit. Itulah jadinya.
    Moga Allah menerima ibadat aku yg tak seberapa tu mak....moga Allah ampunkan dosa dosa ku jugak huhu...
    Dah aku nak balik.....
    Selamat Hari Raya Maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ko jgn terasa mak, aku tk ngata ko, tapi kalau tempias tu mintak mahapla ye.

      Delete
    2. Mak ko jgn terasa mak, aku tk ngata ko, tapi kalau tempias tu mintak mahapla ye.

      Delete
  4. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
    (A-li'Imraan 3:8)


    Selamat beribadah, salam aidil fitri yang bakal tiba, maaf zahir dan batin kepada dear NA, moga berbahagia bersama keluarga di dalam bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear Fair, maaf zahir batin juga kalo ada yg terasa, komen2 yg tak tersengaja mrngguris hati, moga kita sentiasa dlm pimpinanNya.

      Delete
    2. Tq dear Fair, maaf zahir batin juga kalo ada yg terasa, komen2 yg tak tersengaja mrngguris hati, moga kita sentiasa dlm pimpinanNya.

      Delete
  5. betul sangat2 apa yang akak cakap tu..moga kita dapat berubah ke arah yang lebih baik, sepatutnya ramadhan itulah yang diraikan, sebab bulan untuk beramal ibadat dan setiap pahala kita digandakan.

    Mohon maaf kak andai ada komen saya dientri akak yg membuatkan akak terguris hati, didoakan juga moga Allah berikan kesihatan yang baik buat akak ya

    ReplyDelete
  6. Amin, aminnn....berkat 27 ramadhan, moga direzekikan Lsilatul Qadr.

    ReplyDelete
  7. Amin, aminnn....berkat 27 ramadhan, moga direzekikan Lsilatul Qadr.

    ReplyDelete
  8. Setuju gak tu...apa nak buat bkn lahir zaman nabi.skrg ni akhir zaman mcm2 benda2 yg dh termangtup dlm al Quran muncul dh bkn sikit dh byk sgt tanda2...
    Knor tak buat persiapan lgsung,bt utk org jer ni...di samping tambh pendptn masih sempat bca al Quran, masih smpt tahajud..jgn cari alsan mcm2 nak seribu daya tak nak seribu dalih..kn bkn nak tunjuk bgus,riak dn sbginya tapi kita hamba pergantungan kita hnya kpd Allah. Allahuakbar maafkn knor...satu hari knor dpt rasa lailatul qadr itu.😒😒

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign