Asam Garam Kehidupan: Nak membubur pulut hitam plak hari ni.

Nuffnang

Pages

22 Jun 2016

Nak membubur pulut hitam plak hari ni.

SalamNuzul Quran, salam 17 Ramadhan.

Hari ni cuti sempena Nuzul Quran. So pagi ni dah redup-redup cuaca, kalo dilayan nafsu nak tidoq tu alamat rugilah saat-saat berkat dalam hari ni kan. Perbanyakkan zikir, doa pada yang dah bercuti wajib macam ai ni, dan banyak-banyakkan lah membaca Al Quran, moga ada nilai ibadah di sisi Allah swt, ameeenn.

So, apa pogem hari ni mak Okje, kakzakie ku sayang, dear Fair, knor cinnamon yang masig bizi dengan tempeyek, knoor yang masih berhoneymoon dengan anak-anak di London sana, mama yan yang masih sibuk dengan tempahan eskrimnya....in shaa Allah moga dalam berkat dan kasih-sayang Allah semuanya.

Saya punya pogem...misi memasak bubur pulut hitam sebanyak 3kg untuk hidangan moreh di surau kami. Doa-doakan moga menjadi buburnya yea, almaklum saja tak pernah hayat hidup masak bubur pulut hitam banyak macam ni, pernah buat pun sepot rice cooker tu aje.


Surau kami setiap kali Ramadhan akan susun giliran masak juadah berbuka ikut giliran. Giliran tu dibuat ikut jalan, macam kami 1/15 gilirannya hari ni. So kami buat kutipan rm30 satu keluarga, menu terpulanglah ikut kretif memasing, macam kami nak masak nasi jagung, kari daging, jelantah sebagai hidangan utama, morehnya karipap frozen tinggal gorengnya. Dan saya, tulah dianya nak masak bubur pulut hitam tu, dah rendam dah, kasi lembut cepat masaknya nanti.
Atas tu moreh yang ditaja oleh krt taman kami pada 15 ramadhan baru ni, boleh tahan ramai orang datang.

9 comments:

  1. Bagilah knor smgkok ye.....lama nawwww tak mkn bubur pulut hitam ni.....kita tak beli lagi bju raya..kita pakai bju lama...yg msih baru...tau awakkk..hihi😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh datang sini, hihi.
      Oo, samalah kita, pakai aje baju lama yg masih baru, apa ada hal kan, baju baru utk anak2 je.

      Delete
  2. Bagilah knor smgkok ye.....lama nawwww tak mkn bubur pulut hitam ni.....kita tak beli lagi bju raya..kita pakai bju lama...yg msih baru...tau awakkk..hihi😅😅

    ReplyDelete
  3. Bagus program surau tu...erat silaturrahim sesama jiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, yg tak kenal bole saling kenal, almaklum bukan selalu dpt jumpa

      Delete
    2. Betul, yg tak kenal bole saling kenal, almaklum bukan selalu dpt jumpa

      Delete
  4. kaknoor pun nak dua mangkok zimah
    mmg lama sangt tak makan bubur pulut hitam ni
    dahla lama lagi nak berbuka ni

    ReplyDelete
  5. Hihi knoor buat lawak, cian knoor, kat London mesti tak jumpa pulut hitam, kalo tak mesti knoor dah buat kan?

    ReplyDelete
  6. Aku mengukur jalan mak hihi...hari ni tak masak, beli aje.
    Ohhh surau ko gitu yeh mak...ngeri gak tu nak masak kalau banyak, akulah tu. Aku mana terer masak banyak gitu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign