Asam Garam Kehidupan: Pengalaman bermalam di 'five star hotel'

Nuffnang

Pages

24 Jun 2016

Pengalaman bermalam di 'five star hotel'

Maaf kawan-kawan, belum sempat membalas komen kengkawan, tapi terimakasih di atas doa kawan-kawan semua, in shaa Allah...saya tak apa-apa...heeee..positif je kan.

Nak cerita pengalaman bermalam di ward ni. Check in pagi tadi dalam pukul 11, selepas melawat pusara bonda. Tapi nak cerita dulu pengalaman di pusara bonda, dah lama tak ke sana. Yelah...tak mudah nak mengheret mylaling ke sana, Alhamdulillah, sesekali tu sanggup la dia.

Sampai di tepi longkang yang memisahkan jalan dan tanah perkuburan, saya meluru dengan rasa rindu dan sebu di dada ke arah pohon kemboja yang ditanam supaya mudah nak mengecam di mana kubur arwah ma. Tapi saya naik cemas bila pusara yang saya tuju itu bukan pusara bonda, pusara orang lain.....menangis saya kat situ, berpusing-pusing sambil menyeru memanggil ma saya. Akhirnya dapat juga saya cari, rupanya pokok kemboja teduhan pusara ma saya dah ditebang,....dan yang menambahkan kesedihan saya, rumput yang ditanam juga habis kering mati diracun.

Sampai saat ni bila saya teringat saya tak dapat menahan air mata....

Petang tadi sekali lagi procedure yang menggerunkan kena saya lalui. Ambil darah! Doktor cucuk di permukaan atas tangan. Tapi darah tak keluarlah plak, sebab urat saya halus sangat, jadi kena cucuk kat pelipat bahagian dalam siku, ambil darah kat situ, nak kata sakit sangat tu taklah, tapi sakitlah juga dan ngeri tengok jarum!!!!

Selebihnya saya tido. Tido..dan tido lagi. Mylaling kena jadi mr.mama lah kan, katanya beli aje untuk berbuka. Takut malam ni dia tak bangun masak sahur je, almaklum selama ni bangun je semua dah ready atas meja, tinggal nak menyuap je.

Maghrib tadi, balik dari tandas, tiba-tiba tercium satu aroma yang menyengit lubang hidung, tak boleh bernafas!!!!
Rupa-rupanya aunty India depan saya ni sudah buat projek! Aduiiihh..
Tak mampu la saya kalo jadi nurse macam dua orang ni, sabo betul dorang melayan jerit-pekik aunty tu bila najisnya dibersihkan. Adalah dalam 15 minit kena menahan nafas, sib baik ada bawak kain batik arwah ma boleh buat tutup hidung.

Yang naik geramnya boleh plak aunty tu cakap orang islam yang kena buat kerja ni, maksudnya kerja cuci najis tu, geram tak? Geram kan.

Okla, jap lagi saya nak kena makan ubat tahan sakit dan ubat tidur, ubat tidur tu kata doktor supaya saya tidur nyenyak, tak stress, manalah tau kot saya asyik terkenangkan pembedahan esok sampai naik darah plak.

Sekali lagi terimakasih kerana sudi membaca catatan ini dan atas doa-doa kalian.
sorilah gambar amik guna sebelah tangan, nak tunjuk gak kan tangan yang kena cucuk ni.
Nilah dua orang nurse yang sabar je melayan kerenah aunty yang terjerit-jerit masa dibersihkan najisnya tu, dua orang patient cina betul-betul sebelah dia tu tutup hidung rapat dengan tuala, saya pun tak boleh tahan, salute pada dua orang nurse ni, selamba je, tak pakai tutup hidung pun, dah biasa katanya.

6 comments:

  1. Semoga semuanya dipermudahkan.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. PENGALAMAN DI WARD NI SADIS SAJA KAN NOR...TABAHLAH YA..PASTI ALLAH PERMUDAHKAN.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah NA, bila masuk ni. Moga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. InshaAllah. Tak berteman ye di hospital.. dapat lah berehat.

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan semuanya, aamiin..

    ReplyDelete
  5. Mulia tugas nurse ni kan, buat apa saja kerja cuci najis orang yangtak dikenali pun, kadang anak sendiri pun tak mahu cuci najis ibubapa, moga ada ganjaran buat mereka.

    ReplyDelete
  6. Al fatihah utk bonda ko mak. Aku pun lama tak gi kubur bapak aku mak huhu...
    Tulahkan ...mmg respect dengan kerja nurse ni....kalau aku pun tak sanggup rasanya mak. Yelah mmg elok sangatlah ko makan pil tidur tu mak.... bio ko tidur nyenyak.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign