Asam Garam Kehidupan: Dunia hanya tempat menanam.

Nuffnang

Pages

15 Jul 2016

Dunia hanya tempat menanam.

Kalaulah engkau sedar akan mati
Engkau akan bersedia hidup untuknya.

Jika engkau tahu negara abadi itu
Tidak akan ada usaha ikhtiar lagi
Nescaya engkau akan berusaha di dunia ini
Di sana engkau makan hasilnya.

Jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba
Mungkin hidup untuk esok pun belum tentu lagi
Nescaya urusan Tuhanmu tidak ada penangguhannya.

Jika kamu belum tahu apakah syurga
Atau neraka itu tempatmu
Nescaya tidak ada masa untuk kamu ketawa
Nescaya kamu akan bermandi dengan air mata.

Jika kamu kenal dirimu sendiri
Tidak akan sempat melihat kesalahan orang lain
Betapa pula untuk menceritakannya.

Jika kamu tahu tiap-tiap yang haram itu neraka padahnya
Yang halal pula akan diperiksa
Nescaya kamu akan berzuhud di dunia ini.

Jika kamu tahu penderitaan akhirat
Nescaya penderitaan di dunia ini tidak menyusahkan kamu.

Jika kamu tahu nikmat syurga itu
Kamu tidak akan terpesona dengan nikmat dunia.

( Sesungguhnya dari Allah kami datang, kepada Allah nantinya akan dikembalikan )

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

9 comments:

  1. betul tu kak, dunia ini ladang untuk amal ibadah akhirat nanti kita nikmati hasilnya kan..

    ReplyDelete
  2. Itulah sebabnya kena pupuk iman sedari dlm perut agar dlm diri sentiasa ada ingatan bahawa dunia ini sekadar tumpangan semata utk mencari bekalan di bawa ke sana.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    semoga kita sentiasa melihat ke akar diri & tidak mudah lupa

    ReplyDelete
  4. SALAM IDILFITRI NOR...PERINGATAN YG BAIK

    ReplyDelete
  5. Betul kak....kejar akhirat tu lebih menenangkan....selesai masalah duniawi

    ReplyDelete
  6. Betul tu Mak....kalaulah kita nampak nasib kita disana nescaya tak sempat kita ketawa kat dunia ni....
    Huhu....moga kita sentiasa beringat, moga Allah sentiasa membantu kita dlm mencari keredhoannya

    ReplyDelete
  7. betul tu kak akhirat jua yang kekal

    ReplyDelete
  8. Betul tu Mak....kalaulah kita nampak nasib kita disana nescaya tak sempat kita ketawa kat dunia ni....
    Huhu....moga kita sentiasa beringat, moga Allah sentiasa membantu kita dlm mencari keredhoannya

    ReplyDelete
  9. sama2 lah kita "menanam" dan "membaja" di bumi Allah..semoga kelak kita dpt hasil yg baik..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign