Asam Garam Kehidupan: Open house makin kurang dua tahun ni.

Nuffnang

Pages

24 Jul 2016

Open house makin kurang dua tahun ni.

Sebelum dua tahun ni, hari sabtu ahad kami jarang lekat di rumah di bulan raya ni. Mesti ada memenuhi perut di mana-mana open house, jauh dan dekat. Kadang satu hari dapat dua, tiga jemputan. Kat taman perumahan kitorang ni pun macam sunyi je. Kalau tak, ada je road block sebab tuan rumah pasang kanopi depan rumah. Ermmmm...nampaknya semua orang memikirkan bajet poket sekarang ni. Macam kami makpak marhaen ni, memang dah lama nau tak buat open house, cuma kalau ada yang nak datang dan beritahu siap nak datang, masaklah apa patut.
Acar ikan dengan bendi. Lauk tengahari kami.



Resepi mudah. Diajar oleh arwah mak. Ni ajar kat kawan-kawan yang sudi plak. Ishh...apalah..cerita pasal open house, tetiba nak ajar masak. Lost in space la ko ni azimah oii.

Takde, dah takde gi memana, kenalah masak ye tak? Pastu kotla ada yang tetiba nak datang makan malam ke kat umah korang, tengah buntu mikir nak masak apa, cer lah try resepi mudah ni.

Btw, yang kurang dapat jemputan open house tu saya je kot. Dah stalk jap tadi kat blog kengkawan yang bukan dalam bloglist, ramai je yang jalan-jalan memenuhi jemputan open house. 

Back to the point. Resepi acar ikan dengan bendi.
Ikan.( tak kisah ikan apa pun, dapat tenggiri lagi best )
Bawang, bawang putih, cili- diblend.
Halia- racik.
Sedikit gula, garam dan cuka.
Bendi- potong dua atau tiga.

Cara masak:
Ikan digoreng garing. Ketepikan.
Tumis bahan yang diblend tadi hingga garing. Masukkan halia. Masukkan gula, garam dan cuka. Masukkan sedikit saja air. Acar ikan ni kita masak agak kering, so tak perlu letak banyak air. Setelah rempah agak kering, masukkan bendi, biarkan bendi masak. Last sekali baru masukkan ikan. Gaul rata. Siap.
Haa..ringkas dan mudah dan sedap.

Minggu depan saya akan sibuk dengan last preparation for sport day, so tak dapatlah nak ngomehkan laman yang tak seberapa nih. Maaflah kalau lambat dapat balas kunjung ke rumah kengkawan yang sudi singgah sini. Dan terimakasihla pada yang menyudikan diri ke sini ye.

9 comments:

  1. erkkkkkkk yg ni namanya acar ikan ya? sy selalu masak cara gini, men campak2 ikut sukahati, sedap...

    ReplyDelete
  2. Ya, acar ikan kalo ikut arwah mak lah, resepi kita ni mmg ikut dan je, tak sukat2 pun.

    ReplyDelete
  3. baca entry akk ni pukul 11 lebih,baru tadi irda makan ikan masak asam di rumah in law,bila tengok ikan akk ni terus irda rasa lapar balik...wuaaa

    ReplyDelete
  4. Hihi irda, esok masak sendiri ye, tu akk dah kasi resepi, cuma bendinya dh habis kena mkn, kalo ada bendi warna hijo, merah sambal lagi tak bole tahan, haha

    ReplyDelete
  5. kalau kat sini makin nak habis syawal makin banyak openhousenya zimah
    sana sini raya raya raya

    ReplyDelete
  6. Apa pun resepi kalau dari tradisi keluarga memang memikat hati kita.
    Mesti rindu pada arwah mak kan Azi. Kakak gitulah selalunya. Cuba buat resepinya nanti ingat kat dia..

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak kongsi resepi mudah ni...nampak ringkas tapi mesti sedap...

    ReplyDelete
  8. Sedap tu mak... Mcm masak sambal ek tp buh halia ngan cuka. Aku confirned mmg tak pernah buat ni. Aku mmg jarang masak buh cuka mak. Entah kenapa.

    Cuka beli dari tahun 2010 pun rasanya tak tersentuh hihi... Tapi tahun 2010 tu aku belasah jer, aku pun tak ingat tahun bila aku beli...

    ReplyDelete
  9. saya setiap tahun pun jemputan open house tak banyak, ada 1,2 je hehehe

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign