Asam Garam Kehidupan: Open house sudah mari.

Nuffnang

Pages

13 Jul 2016

Open house sudah mari.

Elok dah sebulan puasa, kawal nafsu makan, kawal hati jangan ngata orang, pendek kata mujahadah habis-habisan. Tapi bila musim raya je, dengan open house sana-sini, tak pergi serba-salah dah dijemput, bila pegi tulah dia...tengok macam-macam jenis makanan, nak-nak jumpa plak makanan idaman hati, dah lama tak makan, mampu ke tolak..?

Banyak makan bukan je beri kesan buruk pada jasad lahir, tapi....ia adalah juga satu penyakit batiniah yang amat merbahaya.

" Makan oleh kamu akan makanan dan minum oleh kamu akan minuman dan jangan kamu membanyakkan makan dan minum, bahawasanya Allah tidak kasih akan orang yang membanyakkan akan makan dan minum,
"
Banyak makan juga memberi kesan yang besar pada akal dan hati.

1* Makan hingga terlampau kenyang akan mengakibatkan kurang akal, buta hati dan mematikan hati.
2* Kenyang akibat banyak makan akan membuka pintu neraka..begini...bila terlampau kenyang timbullah penyakit-penyakit batin seperti lalai, berseronok sahaja sehingga lupa Allah, perut berat, solat pun jadi malas.
3* Kenyang membuatkan kita lupa orang yang lapar di dunia.
4* Zunnun Al Misri berkata, " kenyang menyebabkan aku bercita-cita untuk membuat maksiat."
5* Imam Al Ghazali berkata, "Banyak makan, banyak minum dan banyak tidur akan memendekkan umur, luput solat tahajjud, mengurangkan akal dan mengeraskan hati.Banyak tidur akan mematikan hati iaitu punca segala kebinasaan."
6* Rasulullah saw bersabda, " Perut yang penuh dengan makanan itu punca segala penyakit. Kosong perut itu punca segala ubat."
7* Banyak makan kenalah banyak duit, nak cari duit banyak langgar pula syariat yang mengakibatkan dosa dan Neraka.

Golongan muqarrobin hanya makan untuk memelihara hidup, memelihara akal dan memelihara ibadah.Saidina Umar misalnya hanya makan tujuh atau sembilan suap sehari semalam. Kita..nan hado, kita makan tujuh atau sembilan kali sehari semalam, ye tak...?

Orang-orang soleh makan hanya sehari sekali, orang mukmin biasanya makan dua kali sehari dan yang parah makan melebihi tiga kali sehari dah sama cam siapa..? Pikir sendiri yea.

Habis camano? Takkan taknak pegi open house, orang dah jemput. Eh, sape lak kata tak boleh pegi, pegilah. Tapi sebelum ambik makanan tu pikir dulu.

1. Makanan yang amik banyak-banyak ni habis ke aku makan, tak habis membazir, membazir kawan syaitan, kawan syaitan masuk api neraka.
2. Aku amik banyak-banyak ni, ada hak orang lain yang datang, amik hak orang, berdosa lagi...
3. Guna pinggan atau mangkuk kecik je, so tak boleh amik banyak, kalo tak cukup nak tambah lagi cer pikir orang dok tengok kita makan bertambah-tambah, malu weyh..
4. Pegi open house yang jauh-jauh, so tak sempat nak pegi banyak open house, heh heh..
5. Satu lagi pada yang sanggup la...puasa..asal gi open house je puasa, asal puasa je open house, amacam..ada bran?

Selagi nyawa dikandung badan, selagi masih ada kesempatan, jom kita berusaha menjadi wanita cantik yang bebas dari masalah kegemukan, juga wanita solehah yang tajam akal dan hatinya sentiasa celik dan hidup.

Makan berjemaah..kelebihannya, dapat
pahala, dapat makan banyak tanpa dihisab,
perhatikan cara duduk bebudak ni, duduk di
atas kaki kiri, kaki kanan ditegakkan bagi
menekan perut, nilah cara duduk yang betul
waktu makan yang diajarkan oleh Rasulullah,
supaya lutut tu dapat tekan rongga perut, jadi
ruang perut pun taklah terbuka, takdelah nak
makan banyak.

11 comments:

  1. Bukanlah tak boleh makan kan Azi. Makanlah, pergilah sebab org dah jemput tapi kenalah fikir sejauh mana ia selaras dgn kemampuan perut dan kesihatan diri.

    ReplyDelete
  2. Ya kak, kesian kt perut, kalo mampu bercakap dia dh cakap dah...napelah tuan aku ni tak pikir aku yg kena bekerja keras ni, kalo aku sakit sape yg susah, huhu..
    Kan...

    ReplyDelete
  3. Ya kak, kesian kt perut, kalo mampu bercakap dia dh cakap dah...napelah tuan aku ni tak pikir aku yg kena bekerja keras ni, kalo aku sakit sape yg susah, huhu..
    Kan...

    ReplyDelete
  4. makan berpada-pada sudah..jgn main sumbat je,,huhu

    ReplyDelete
  5. Betul, beringat2, kalo dpt 3 rmh, dah berapa byk makan tu.

    ReplyDelete
  6. Betul, beringat2, kalo dpt 3 rmh, dah berapa byk makan tu.

    ReplyDelete
  7. makan berpada-padakan kak, bukan tak boleh makan, udah dijemput perlulah pergi dan makan hehehe

    ReplyDelete
  8. Baru Reen tahu duduk di atas kaki kiri.. Reen selalu kaki kanan macam dalam gambar kat atas waktu makan.. Cme kaki kiri, Reen silang macam tengah duk bersila.. Uhuhuu

    ReplyDelete
  9. Masa ammara dlm perut sakan p open house sana sini...sktang ammara kecil lagi...p pon tak banyak mcm dlu...haha

    ReplyDelete
  10. Mmg betul cakap ko tu mak... mak ni mmg susah nak kawal makan. Makanan yu kalau tak sedap pun, jalan....apatah lagi yg sedap hihi ....

    Ayooo aku ni tergolong mana tah.....setiap jam makan huhu.... Nak puasa ganti dlm bulan Syawal ni pun jenuh berperang dgn nafsu sendiri weyh....

    ReplyDelete
  11. bleh gi.
    but makan skit skit.
    jamah2 kata org :)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign