Asam Garam Kehidupan: Terbalas kempunan den.

Nuffnang

Pages

15 Jul 2016

Terbalas kempunan den.

Masya Allah, lazis jiddan. Padan dengan rege dia rm8 sekilo, beli sebiji rm16.50, mbik kau.

________________________________________

Al kisah, bulan puasa baru ni singgah kat satu stall buah tepi jalan, beli buah pulasan dengan cempedak. Cempedak tu kecik je. Rm7 sebiji, jadilah..buat juadah berbuka cadang eh. Orang yang menjual tu bagilah tip, katanya kalau taknak goreng habis jangan belah, tapi potong separuh, in shaa Allah tak busuk. Kato eh lagi,...ni esok ko, luso ko bolehla goreng, suai bonalah..kato eh, den pun yakin seratus persen, yelah orang menjual buah bercakap, tentulah dia tau kan..

Den bungkus ngan surat kabar nak bagi cepat masak, tunggu dua tiga hari, tak bau- bau pun lagi, apo lak lambek bona masak eh...den dah tak sabar. Den nekad potong separuh, la..apo lak putih yo isi eh, cam cempodak mudo..

Den simpan. Sudah eh sampai seminggu, bukak-bukak, kosan eh dah hitam, dah tak buleh makan laei.

Apo nak buek kan, redha jelah. Tapi dalam hati nak marah jugak tuh..

Nak jadi joki orang kempunan, petang ni toklaki den bawak balik sebiji cempedak madu, rege rm16.50 sebiji.Isi eh bosa-bosa, pueh hati. Dengan tak menyompek laei den goreng petang ni jugak. Masya Allah....lazis jiddan, manis sesangat.

Ado la dalam limo koto den belasah.

Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan....

10 comments:

  1. teringat kenangan beli cempedak balik cameron...beli kat perak..punyalah bercinta beli n harum semerbak satu kereta..bila sampai kl..omak eh..bapa ulas je isinya...kesian family....sorang dpt seulas je..hihihi....tp bila akk goreng ni irda teringin nak mkn cempedak lah kak...hahhaa nak.sikkit kak..siyess terliur ni..adohai mana nak cari memalam ni..

    ReplyDelete
  2. Hihi, tak dapek den nolong eh, arini pilah cari ha

    ReplyDelete
  3. Hihi, tak dapek den nolong eh, arini pilah cari ha

    ReplyDelete
  4. orang nogori ko okak ni? tak pandai nak berbalas cakap den ni.
    yg dibeli tu, mesti cempedak muda yg belum cukup tu dah diambil dari pokok. tu yang diperam2 tak masak2 agaknya.

    mujurlah toklaki gantikan dgn yg lain ye. lepas kempunan yg sesangat tu kan. laziz jiddan pulak tu!

    eh kak, yg sebenarnya toklaki tu sapa kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk org teganung, suami@ toklaki orang nogori, tapi mcm dah seronok cakap nogori ni,hihi..
      Tulsh dia hai, memang cempodak mudo.

      Delete
    2. Akk org teganung, suami@ toklaki orang nogori, tapi mcm dah seronok cakap nogori ni,hihi..
      Tulsh dia hai, memang cempodak mudo.

      Delete
  5. ari tu ada mak sedara kasik.
    tapi isi dlm nyer x sedap.
    x dpt goreng kan... anak2 da tunggu.
    tapi buah cempedak nyer x menjadik :(

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign