Asam Garam Kehidupan: Buang rahim.....?

Nuffnang

Pages

27 Aug 2016

Buang rahim.....?

Ia hanya sekepal otot yang kenyal namun menakjubkan. Anugerah juga penghormatan terbesar dari Allah buat wanita. Terkurnianya ia menandakan, kaum yang lemah ini mendapat mandat melahirkan zuriat, menyambung umat. Tanpanya, tentu sahaja seorang wanita tidak dikatakan sempurna.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hasil minor surgery colposcopy dalam bulan puasa baru ni, semalam 26/8/2016, mengikut doktor chances untuk aku mengidap kanser pangkal rahim ialah 70%...dalam tempoh lima tahun...

Dan menurut mereka lagi memandangkan usiaku sudah 40-an dan sudah ada 5 orang anak, aku disarankan supaya...membuang rahim sepenuhnya......

Suamiku ada bersamaku waktu itu...aku tidak tau menebak apa yang ada di dalam hatinya...tapi buat aku sendiri..aku sudah hanyut dalam seribu satu kacau bilau bermain dalam fikiranku....

Mereka memberikan tempoh sebulan untuk temujanji selanjutnya, sebulan untuk aku berfikir dan membuat keputusan.......

Kata mereka lagi, jangan percaya dan bergantung kepada perubatan tradisional atau alternatif lain. Dikhuatiri makin teruk dan barulah aku seperti mereka yang lain datang lagi kepada mereka untuk mendapatkan rawatan....
.
.
.
.
.
Buang rahim?
Rahim yang dengannya aku menjadi sempurna..
Yang dengannya sudah kulahirkan lima permata hatiku...
Yang dengannya aku bahagia bersama suamiku...
Buang?
Ya Allah...
Ujian apakah ini...?
Aku tak mampu ya Allah...
Jika kubuang..
Aku tak sempurna lagi ya Allah..
Tolong ya Allah..
Apa yang harus kulakukan....?

Mungkin ini sebabnya mata kiriku asyik berkedip dari sebulan yang lepas hingga kini...
Maafkan aku kawan-kawan, aku akan menyepi buat seketika bagi mencari kekuatan diri....
Singgah di pusara bonda, airmataku tumpah sehabisnya. Sehingga saat inipun...

11 comments:

  1. Sabar ye NA..

    Allah sentiasa bersama, mohonkan petunjuk dariNya..

    Betul apa yang doktor katakan, akak setuju..

    ReplyDelete
  2. apapun takdir kehidupan, harus ditempuh. sesungguhnya kita hanya hamba Tuhan yang tahu atas segalanya...

    ReplyDelete
  3. kakak ipar saya menghadapi kanser payudara. dia telah membuang keduanya.

    saya fikir, apa yang dia rasa mungkin sama seperti apa yang awak rasakan.

    dugaan hidup kita walaupun tidak sama tapi memahami kepayahan menghadapinya...

    ReplyDelete
  4. Sabarlah ujian hnya pd yg mmpu.,knor yakin azimah mmpukn..ikut aje saranan doc..itu lbih..in shaa Allah ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  5. sabar ya kak...irda pun turut berdukacita dan merasakan apa yang akak rasa,,sesungguhnya ini adalah ujian berat untuk akak...dan akak adalah wanita yang terpilih..moga akak menemui pilihanyang terbaik...

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar, sabar ye kak azi.

    Saya rasa akak tak ada kekurangan sbg wanita apatah lg sbg emak dan isteri. Sudah berjaya melahirkan dan membesarkan 5 anak soleh solehah. Demi anak2 yg sdg membesar di dpn mata, kalau saya, akan setuju je dgn cadangan doktor tu.

    Apa2 pun akak bykkan bersabar ye, ingat Allah selalu dan yg paling penting lakukan istikharoh sbb Dia Maha Mengetahui.

    Ujian itu buat kita jd lebih kuat! InsyaAllah. Saya doakan moga akak tabah harungi apapun keputusan dan tindakan yg diambil.

    ReplyDelete
  7. Allah sayangkan akak tu, InshaAllah pasti akan ada jalan yang terbaik buat akak, saya doakan moga Allah mudahkan setiap urusan akak ye.

    ReplyDelete
  8. Usah pandang belakang lagi dik. Bersyukur Allah uji setelah Azie sudah punya 5 anak. Membaca titipan dan WA semalam buat kakak sebak tapi percayalah bertindak segera bagi mengelakkan melarat. Tabah dik. Betul yg menasihat mudah yg menanggung itulah yg berat.

    Moga ada hikmah disebalik setiap yg Allah uji buat Azi & keluarga.

    ReplyDelete
  9. Salam mak....aku tahu bahu yg memikul lagi berat dpd mata yang memandang mak. Sabar dan redho ye mak, insyallah semuanya akan OK. Cuba jumpa 2-3 orang doktor untuk dapatkan 2nd opinion. Kalau majoriti pendapatnya sama, kita ikut ajelah saranan dia, merekakan lebih tahu dan pakar dalam bab ni...

    Ataupun cuba ko baca blog atau tanya mereka yg pernah buang rahim. Mungkin boleh membantu.
    Jangan risau sangat ye mak....

    ReplyDelete
  10. Sabar kak....

    insyaallah kami semua pembaca blog akak akan sentiasa doakan untuk akak...

    Allah pilih kita satu satu ujian sudah tentu kita mampu hadapinya...

    Insyaallah akak kuat...

    ReplyDelete
  11. Kak jgn buang rahim..rahim bkn sekadar kilng buat anak je, tapi rahim ni berfungsi utk kawal kolestrol & asid urik dlm bdn seorg prmpuan. Tu sbb perempuan jarang ada masalah obesiti & gout. Kalau ada pun tak seteruk orang lelaki..

    Harap akak kuat, tabah utk hdpi ujian ni. cubalah dptkan rawatn alternatif yg terbaik. sbb ada stgh tu tak betul. cuba akk try buat rawatan dgn ceragem. tak perlu bayar dgn duit cuma perlu bayr dgn masa & kesabaran je..Benda free ramai org la kak.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign