Asam Garam Kehidupan: Kalau aku kaya.

Nuffnang

Pages

7 Aug 2016

Kalau aku kaya.

Kalau saya kaya...ada duit 10 juta...Masya Allah...banyaknya dah terfikir dalam otak ni, macam-macam nak buat, tapi kunun-kununnya nak pergi haji tu impian yang teratas sekali. Yang lain-lain tu rasa sama je dengan apa yang ada dalam pikiran korang...kan?

Mana datangnya duit 10 juta tu? Entah.. Dah namanya berangan.

Eshhh...takmolah kaya sangat. Bahaya. Banyak orang dengki. Yang lagi bahaya, hati saya sendiri nanti, susah oii nak kontrol. Pastu saya pun nak simpan kat mana duit bebanyak tu? Pastu nak pikir cukai pendapatanlah, zakatlah...eh..memacamlah..

Ermmmm...lagipun bila teringat satu hadis Nabi..yang mengatakan jika kita tidak memiliki kekayaan harta benda bila umur menjangkau 40-an, maka tak perlulah lagi berusaha untuknya, kerana dikhuatiri kita akan ketinggalan kedua-duanya..iaitu miskin harta,..dan miskin iman dan amal, maka amat rugilah orang yang demikian...

Santai petang ahad ye kengkawan. Terimakasih kerana sudi membaca.

Kalau ada duit banyak, sekurang-kurangnya ada rumah macam ni, kereta macam ni...kan?
Kalau tak tercapai angan-angan tu di 'sini' jom kita realisasikan dengan usahakan bersungguh-sungguh membinanya di 'sana' nanti. Kerana di sana nanti kaya itu pasti., bukan angan-angan lagi.

8 comments:

  1. Kena seimbang la kan dunia dgn akhirat..

    ReplyDelete
  2. betul kak...takut juga mengejar dunia.

    bukan kekayaan tapi macam dalam dunia blogging sekalipun kalau terlalu kejar nak berjaya kadang tu lalai dan leka dari tanggungjawab sebenar.

    bak kata ustaz..
    kejar akhirat insyaallah dunia datang bergolek

    ReplyDelete
  3. Apa apa pun kejarlah akhirat..pasti dunia akan mengikuti. Hidup kena kaya, sbb dengan kaya itu yg akan membolehkan kita berbuat amal jariah yg pasti akan bantu kita di alam barzakh dan alam akhirat nanti. Insha allah

    ReplyDelete
  4. Wahhhh..Kalo la kita dpt kaya gini kan?Kalo saya kaya, saya nk beli rumah mak dkt kampung & renovate cantik2 dgn kayu..Hrp2 angan2 jadi kenyataan..Amin.huhu

    ReplyDelete
  5. kalau aku kaya..hari-hari hari raya..hehehe macam2 nak buat tu kak kalau ada 10juta tapi hidup tak tenang lah, takut kena rompak kena samun pulak kikiki..tapi betullah kata akak tu yang paling takut dengan diri sendiri, masa tak kaya bolehlah cakap nak buat semua kebaikan tp kalau ada duit esok takut lupa diri pulak...minta dijauhkan lah kan.. kalau Allah bagi rezeki kaya moga kita jadi orang yang kaya harta disamping itu kaya iman dan takwa

    ReplyDelete
  6. Nasib baik berangan ni tak kena bayar kan Azi:)
    At least kita tak dapt di sini kita usaha utk dpt di sana. Ini kena ada dalam hati kita semua. Berangan nak kaya di sana kena ada kalau tak rugi dunia akhirat.

    ReplyDelete
  7. Sapa tak nak kaya mak...... sapa tak nak senang? Tapi nak buat macam mana dah hanya inilah yg mampu kita ada, maka bersyukurlah.... dpd mengharap benda yg tak pasti ....
    Alhamdulilah....seadanya weyh!

    ReplyDelete
  8. hadis kata cam tu ke kak..huhu..kalau dah umur 40 tak yah kejar kaya eh..adohai...irda xnak kaya kak..cukup dan serba cukup n kaya kesihatan je..aminn..n bahagia selalu..cukup..amin amin..irda puj doakan akk n family kaya bahagia n sihat selalu..amin

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign