Asam Garam Kehidupan: Pesan ustazah vs pesan cikgu.

Nuffnang

Pages

15 Aug 2016

Pesan ustazah vs pesan cikgu.

Ustazah/ticer tadika bagi nasihat kat cikgu sekolah
pasal anak eh. Ni cikgu yang open minded ni, boleh
terima kita tegur kesalahan anak dia.
Nadhrah Hannani memang hari-hari sibuk dengan home work. Balik sekolah lepas solat asar, rehat sekejap dah terus capai buku. Home worknya ngalahkan abangnya yang tingkatan dua tu, abangnya tu manjang takde homework, kalau ada pun yang den selalu nampak tulah seni visual, minat naw melukis. Si Nadhrah pandai gak nasihat kat abang eh.." usahalah Man, kalo ko tak usaha dari sekarang, besar sok ko menyesal.."
Si abang menempelak.." senyapla ko..". Haa..tulah dia gayanya.

Di tadika ( gambar atas) den kadang dipanggil ustazah. Mungkin penampilan den yang cam solehah ni kut. Mak pak budaklah yang panggil. Bebudak tu panggil ticer je. Ni gambar ustazah jumpa cikgu sekolah yang anak eh belajar kat tadika den tu. Memacam soklan pasal anak eh den kono jawab, bagi nasihat. Haa, tengok tu, khusyuk bona gayo eh kan kena donga nasihat ustazah.

Cam lari tajuk jer.

Gini ha nak citer, cer citer..cer citer.
Nadhrah tu balik sekolah satu hari dia cerita kat den tentang nasihat cikgu kat sekolah dan nasihat ustazah kat sekolah agama. Cikgu eh kata, kalo tengah buat homework, pastu omak panggil mintak tolong, cakap kek omak.." den tongah banyak homework mak, nanti den tolong." Itu terjomahan bahaso nesilan la kan.
Tapi kato ustazah eh..kalo omak panggil, beronti dulu buat homework tu, poie tolong omak dulu, perintah omak lagi wajib taat.

Haa..nampak? Kan bezo tu. Sebab tulah den hantar anak-anak den sekolah ugama. Ada mak pak bila anak eh nak upsr, tahun 6 kat sekolah ugama kono beronti dulu, tumpu kek pekso upsr je. Ada ke patut. Mano satu ilmu yang nak bawak je akhirat ni?

Den bukan nak kondemkan cikgu kek sekolah. Tapi nak bagi nasihat kat bebudak biarlah dengan ilmu. Kalau dapat budak yang tak berapa boleh nak pikir, atau yang tak poie sekolah ugama, kan dah salah ilmu bebudak tu terima. Tu yang jadi tak hormat ibubapa, tak berakhlak. Tapi bukanlah semua cikgu macam tu. Mungkin sorang dua, yang nak sangat anak-anak murid diorang berjaya cemerlang dalam upsr.

Alhamdulillah, Nadhrah tu kalo den tengah bersilat kek dapur pepotang hari tu, takat den mintak tolong siang bilis, siang bawang, dia buat. Dia tinggalkan dulu homeworknya. Den pun takdolah kojam bona nak selalu mintak tolong dia, kalau dia tengah sibuk sesangat tu takdo den panggil do, kecuali kalo den tengok dia sempat bebaring depan tv tu, siaplah den jorit dari dapur mintak tolong apa patut. Kenalah ajar kan, kang sampai bosar tak pandai nyiang bawang, tak laku lak anak daro den kang.

20 comments:

  1. Yang keliru anak2..hihi..pening yang mana nak diikutnya ya...tapi dulu ustazah dgn ustaz PC pesan pesan dulukan ibu ayh..biasanya ibu ayah pun fhm,,kalau tengok anaknya banyak kerja sekolah mereka tak ganggu...kalau mma PC buasanya tanya,,banyak kerja sekolah tak atau dah siap blm buat kerja sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyo boto, takdo do nak kacau kalau betul tengah byk h/work. Jadi cikgu/ ustazah atau sesapa sajalah ilmu agama kena ada kan.
      Tq PC.

      Delete
  2. irda terpaksa baca dua kali bagi paham bahas anogori akak ni..hehe apapun tahniah kak..ada anak yang suka membantu di dapur..doakan anak irda rajin macam nadhrah juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lhaa tak paham ko? Itu bahasa nesilan basic je tu, hehe..
      In shaa Allah, dgn didikan Irda sbg ibu yg byk ilmu dan kasih sayang, Alya jadi anak yg rajin.

      Delete
  3. anak den kan, daripado den minta tolong den buat kerja kat dapur baik biar dia cuci motor.

    buat menyakitkan hatinya. tambah lintang pukang la dapor tu nanti. den ni bukan reti nak membebel...

    lagipun anak den bukannya reti kojo dapor. anak jantan katakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, IM pun bantai cakap nesilan ye.
      Betullah tu, tapi chef terkenal ramai yg lelaki.

      Delete
  4. HEH..HEH..NOR PANDAI TULIS N3 BERAT MAKSUD DGN LUCU...SUKO DEN BACO...GURU2 KAT SEKOLAH MESTI TAHU SETIAP AJARAN MRK KPD ANAK2 MURID UMPAMA AIR YG MELEKUKKAN BATU...JGN BIAR ANAK2 KELIRU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kak PI pun.
      Baik guru, baikla anak murid kan.
      Tq kak.

      Delete
    2. Haha, kak PI pun.
      Baik guru, baikla anak murid kan.
      Tq kak.

      Delete
  5. Nak panggil ko ustazah jugaklah mak hihi.....
    Memang itulah kebanyakan pemikiran mak bapak sekarang Mak...lebih pentingkan ilmu dunia dpd akhirat. Tapi tak jugaklah mak, aku tengok mak pak sekarang ramai jugak yg hantar anak ke Tahfiz..... Lagi pun sekarang ni banyak jugak peluang kerja yg menanti bagi graduate lepasan agama nikan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko jgn ngengada ek mak, aku seligi kang.
      Mmg dah ramai ibubapa yg ada kesedaran agama, yg sedar tanpa didikan akhlak rosak anak2. Cuma ada segelintir la yg tak sedar2 lagi.

      Delete
    2. Ko jgn ngengada ek mak, aku seligi kang.
      Mmg dah ramai ibubapa yg ada kesedaran agama, yg sedar tanpa didikan akhlak rosak anak2. Cuma ada segelintir la yg tak sedar2 lagi.

      Delete
  6. Den baca entry ni siap dongan loghat nogori sekali ni ha..
    boto dah tu, budak yang jadi mangso, kalau dapek yang faham oklah.. kot dapek yang tak berapo nak paham, kang ontah jadi apo lak nanti..

    ReplyDelete
  7. Itulah Azi.. dunya..dunya..
    Takut juga. Jadi kita ni yg jadi omak kenalah tegas. Anak kita eh.
    Tapi jgn tak tahu anak sulung kakak dulu semua yg bantu dia dpt pilih ambik Law sebab keputusan dari aliran agamanya tau. UPKK pakai tau utk UPU tapi UPSR/PMR tak tengok pun. Dia tengok SPM aje.

    Fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam ank den si kakak, dah takdo basic bahasa arab kono lamo sikit buat asasi.
      Moga makin ramai ibubapa mendapat kesedaran kan kak.

      Delete
  8. dari kecik sebenarnya kena terapkan sikit-sikit nilai baik dan ilmu agama ni kan kak azi. kalau dah selalu dipesan dan diingatkan, mereka dah terbiasa mana betul dan tak betul.

    baik nadhrah, mahu dengar kata omak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi tggjawab kita sbg ibubapa kan KB, apa yg ank2 kita belajar kat sekolah, belajar dr kawan2 kita kena counter balik.

      Delete
  9. tanggungjawab sebagai ibu bapa ni utk pastikan anak2 kita dapat pembelajaran dan praktikkan agama tu

    ReplyDelete
  10. yang dgr terpesan2.. jd pening.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign