Asam Garam Kehidupan: Rintihan kepada Tuhan..

Nuffnang

Pages

18 Aug 2016

Rintihan kepada Tuhan..

Tuhanku..
Jadikan aku mampu bersabar
Dengan kesusahan
Kemiskinan
Kesakitan
JanjiMu pahala tanpa hisab bila
aku mampu bersabar..

Jadikan aku pemaaf
Terhadap kata-kata menghiris
JanjiMu..
Tinggi darjat bila aku mampu
Memaafkan..

Jadikan aku redha
Bilamana usahaku tidak berjaya
Kerana mencari redhaMu itu
Amat susah.

Jadikan aku mampu bertawakkal
Dalam setiap usahaku
Supaya aku dapat bersangka baik
Dan mendapat pahala mengharap
Kerana Engkaulah
Yang sepatutnya
Tempat kuletakkan
Segala harapanku...
Almarhum guruku..
Besar jasamu padaku
Banyak didikanmu sehingga kini
Jadi bekal hidupku...

3 comments:

  1. Semoga langkah2 kita langkah yg di redhoi NYA
    Boleh tau siapa nama almarhum guru zimah tu

    ReplyDelete
  2. Kami panggil dia Abuya..dia seorang yang pernah menjadi kontroversi dulu, pernah dituduh sesat, pernah ditangkap dan kena tahan ISA, tapi saya tetap yakin pada dia. Nama dia Hj Ashaari bin Muhammad.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah utk Abuya....
    Manusia tak sunyi dpd melakukan kesilapan.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign