Asam Garam Kehidupan: Lagi cerita haji cilik.

Nuffnang

Pages

8 Sep 2016

Lagi cerita haji cilik.

"Seronok tak?" Tanyaku otw balik dari menunaikan ( hihi..sangat kan ).

"Seronok," jawab bebudak ni serentak.
" Apa yang seronok?" Aku agak diorang nak jawab seronok bertawaf ke, melontar ke, saie ke..cer teka apa yang buat bebudak ni seronok? Di luar kotak fikiran ticer, ish..ish..

" Seronok dapat makan ais krim," serentak je menjawab. Haaaa..kan?
Lalu terpaksalah aku as a ticer and ustazah mentarbiah atau mencuci balik otak bebudak nih. Ada kaa...?

Memangla kan, benda yang Allah suruh buat kita orang tua pun terpaksa berhempas-pulas bermujahadah bila nak buat, nak solat awal waktu contohnya, nak puasa sunat, ingat senang ke, seronok ke nak buat?? Cer tengok citer korea ke, shopping ke( siap bagi alasan konon therapi minda lagi, eh..mak...ko jangan terasa tau, aku tak ngata ko, aku pun suka gi shopping )

Jemaah cilik dari i brain islamic, Semenyih..xcited
tunggu tawaf perdana.
Hujan renyai, ticer lupa nak bawak payung, berpayung dengan beg sling, huhu..beratur nak dapatkan cop immigration 
Suasana di padang Arafah, pun
kena beratur nak dapatkan cop.
Mabit di Muzdalifah, eh...dah cukup ke
tiga biji batu..1, 2,3...ticer dah cukup.
Melontar jumrah, Allahu Akbar..saya nak buang
nakal, suka gaduh..ya Allah..tengokla semangat
anak-anak ni..
Dapat cop lagi..muka ticer
pun dah macam tikus mondok, huhu..letih.
Cop selepas saie.
Ticer...dah dapat cop lagi.
Bersesak nak dapatkan cop selepas
tawaf.
Selesai semua rukun baru dapat makan. Laparnya diorang makan pun tak menoleh kiri-kanan dah. Alhamdulillah...walaupun penat, as a ticer saya rasa gembira sama-sama dengan bebudak ni belajar sesuatu yang baru.

9 comments:

  1. Dah kata budak memanglah aiskrim yg dijadikan daya penariknya. Mak-ayah-ticer semua tu yg memangkin ilmu buat mereka.

    Kakak suka tengok gelagat mereka Azie.

    ReplyDelete
  2. KITA YG TUA NI KALAU DIBERI LATIHAN GITU PUN MESTI TERFIKIRKAN YG MUDAH SAJA APALAGI ANAK2 COMEL NI...MKN AISKRIM LAZAT SBG GANJARAN IBADAH BEST SGT TU BAGI MRK...SALAM IDILADHA NOR MAAF ZHR BATIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha juga buat kak PI. Kak, bole tak nk minta akk tukar template yg mesra hp cam dulu. Saya pc tk brpa elok dah, saya on9 kt phone je

      Delete
  3. makan aiskrim memanglah seronok kak. budak-budak.
    buat haji, sebab dalam proses belajar, mungkin belum tahu nak sebut seronok, agaknya lah ya.

    semua budak2 tu comel2 belaka!

    ReplyDelete
  4. Ohhh kiranya mmg budak budak ni complete buat Hajilah ni ek.....Haji keciklah hihi....siap cari batu lagi tu ha. Ticer pun perasan mcm petugas tabung haji jugaklah ni .....

    Kadang kadangkan mak aku bila tengok TV Salam Kaabah dengan Labaikallah.....sayu weyh!

    ReplyDelete
  5. Abguih2 dpt pngalaman macam ni..
    Anak fitri yahya ada juga akt sini..anak kecil teruja.

    ReplyDelete
  6. program haji cilik ni ada di banyak tempat kan...anak buah aRz pun pergi juga

    ReplyDelete
  7. Ya Arz, kelantan, Trengganu, Sabah..serentak.

    ReplyDelete
  8. Ya Arz, kelantan, Trengganu, Sabah..serentak.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign