Asam Garam Kehidupan: Mengimbau kenangan 30 tahun lepas..

Nuffnang

Pages

27 Sep 2016

Mengimbau kenangan 30 tahun lepas..

Bila toklaki takdo ( outstation ke Cameron, nak ikut tak dapek, si Nadhrah tengah pekse PSRA minggu ni ) den ada lebih masa nak melingkau, masak pun malas, nak rilex lelebih sambil selongkar album lama, pastu senyum sorang-sorang..
Mesti korang tertanya-tanya apsal ada dua orang je budak perempuan dalam kelas ni kan. Alkisahnya saya dan kawan saya ni baru berpindah ke sekolah ni. Kat sekolah lama ramai budak perempuan yang ikut kelas sains pertanian, tapi kat sekolah baru ni hanya budak lelaki je yang ikut kelas tu, so bila kami berdua pindah ke sini, takde pilihan, kamilah penyeri dalam kelas tu. Ada dua kelas. Kelas yang satu lagi lansung takde budak perempuan. Nak tau...jenuh saya menepis serangan cinta dari bebudak ni, terutama dari budak kelas sebelah. Cer teka, mana saya? Kiri ke kanan..mwehehe..
Yang ni plak masa saya tingkatan lima. 5 sains 1. Cuma ada 4 orang jer budak melayu dalam kelas ni. Selebihnya budak cina. Diorang terer gila belajar. Yang budak melayu terutamanya saya terhegeh-hegeh, terutama subjek add math, aduhaiii...dari awal tahun masa tingkatan 4 saya mintak tukar ke aliran sastera, tapi cikgu tak kasi sebab nakkan juga budak melayu duduk dalam kelas sains. Sudahnya selalu fail add math, kalau lulus pun cukup-cukup makan jer.
Okeh...dalam gambar ni, saya yang duk sebelah budak lelaki tinggi yang hitam manis tu. Saya ingat namanya Yahya bin Muslim. Budak ni repeat spm. Tengok muka saya masam tu nak tau kenapa? Saya nyampah duduk sebelah budak tu sebab budak tu selalu nak usha saya, padahal sebelum- sebelum tu saya dulu dok menggatai nak ngurat dia. Bila dia dah respond saya plak yang juai mahal, adoiii...kelakar betul zaman bebudak.

Tapi saya ingat lagi, kalo zaman kami dulu, walaupun ada cinta monyet gak, tapi kami takdelah sampai berani berjalan berdua, dok konon study berdua. Kami tau batas-batas yang perlu dijaga. Bebudak sekarang ni dah berani sangat, takde malu dah, berjalan berdua, berbual mesra, bergurau senda dalam kawasan sekolah...ishhh, tak pelik sampai ada kes yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Haaa, satu lagi..mesti korang pelik, kata saya orang Terengganu, nape sekolah kat Johor. Ermmmm...saya duk dengan mak sedara kat Batu Pahat, dia tanggung persekolahan saya.

Bila mengimbau nostalgia ni, teringat plak kat dua orang cikgu masa saya form one. Korang percaya tak kisah cikgu bercinta dengan anak murid? Ada yang sampai kawen dengan anak murid. Masa ni saya bersekolah di Pahang. Dua orang cikgu ni saya perasan dok suka mengusik saya. Sorang cikgu sastera, sorang lagi cikgu sains pertanian. Cikgu-cikgu kat sini muda-muda, mungkin baru grad dari maktab perguruan. Masa tu saya bodoh-bodoh lagi, tak reti nak layan, naik rimas adalah, dok asyik panggil nama saya, asyik nak gurau-gurau dengan saya, nak buat adik angkatlah, kalau dalam kelas asyik lalu tepi saya, berenti lama kat meja saya, eiiiiiiiiww..tak suka.,tak suka. Tapi cikgu berdua ni boleh tahan hensem gak sebenarnya. Entah manalah cikgu berdua ni sekarang? 

Kepada anakandaku Muhammad Danish yang bakal mengadap SPM bulan novembar ni. Semoga berjaya. In shaa Allah berjaya cemerlang macam trial baru ni, 10A dalam tangan. Kacang je ya Danish, syukur banyak-banyak nak, Allah beri ko otak bergeliga, tak macam ibu, jenuh berhempas pulas, SPM cukup makan jer. 

8 comments:

  1. Akak comel..itu yang jadi pujaan tu.bestkan mengimbau kenangan dulu2..

    ReplyDelete
  2. Oh... kakak dulu masa form 1-3 pun ambil sains pertanian Azie. Sekarang dah tak ada lagi kot.

    Oooo...Azie dulu sekolah kat BP kisahnya.

    ReplyDelete
  3. hihi...saya pun suka tengok gambar2 lama lepas tu terimbaulah kenangan mengusik jiwa dan gelak sorang2.

    kiranya, kak azie ni merantau jauh bersekolah lah ye. banyak negeri tu belajarnya.

    kpd Muhammad Danish, good luck!

    ReplyDelete
  4. Patutlah banyak masa ko ye mak...
    Rupanya boipren tak de. Tak dapat nak teka mana satu ko mak. Bila nak zoom je gambo tu terus beralih entry. Belah kanan kot....

    Ko mesti femes ye mak dulu.....yelah sampai cikgu mabuk asmara dgn ko. Kawan aku ada sorang kawen dgn cikgu.

    ReplyDelete
  5. Patutlah banyak masa ko ye mak...
    Rupanya boipren tak de. Tak dapat nak teka mana satu ko mak. Bila nak zoom je gambo tu terus beralih entry. Belah kanan kot....

    Ko mesti femes ye mak dulu.....yelah sampai cikgu mabuk asmara dgn ko. Kawan aku ada sorang kawen dgn cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Danish.....semoga dpt kekalkan kecemerlangan. Biar terbela nasib orang Islam. Rezeki tu mak anak anak pandai....sekurang kurangnya ko dah terlepas daripada keseraman dah...

      Delete
    2. Tahniah Danish.....semoga dpt kekalkan kecemerlangan. Biar terbela nasib orang Islam. Rezeki tu mak anak anak pandai....sekurang kurangnya ko dah terlepas daripada keseraman dah...

      Delete
  6. Thanks much for that praise...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign