Asam Garam Kehidupan: Raya yang meriah.

Nuffnang

Pages

12 Sep 2016

Raya yang meriah.

Aku suka balik beraya di kampung suami. Meriah. Macam-macam acara mengejut bila dah berkumpul reramai tu. Tambah lagi bila anak memasing dah besar bujang, dah anak dara. Kami pun dah makin meningkat tua, kepala pun dah makin beruban, kepala aku tak nampakla, sebab aku pakai tudung memanjang, haha..
Cam semalam. Aku masak nasi tomato cadangnya untuk makan kami-kami je. Tetiba paktam( adik ipar) beli tempat bakar barbecue, mula nak bakar ikan je, ada plak yang cadang nak bakar kambing ( beli yang siap marinate jer, 30 hengget sepeket, mbik ko ), datang mak mentua aku lagi hebat, lansung dikumpulnya cucu, anak sedara yang sekampung datang kenduri terus, gabra gak aku takut tak cukup lauk ayam masak merah aku, tapi aku pun cuma dapat rasa kuah je. Jadilah.
Camane eid adha korang? Banyak dapat daging korban?
~~Labbaik, labbaik...bila agaknya aku dapat merasa panasnya debu dan bahang sebagai tetamuMu yang Kau jemput datang kepada Mu, berikan aku peluang itu sebagaimana tetamu-tetamu yang lain..
Naik pikup pi amik rambutan, Umar Zikri pun tak
lepas peluang, seronok kemain.
Tu dia, ranum sungguh, aku pi
pasar yang kulit lisut pun dorang jual rm5
sekilo tak kasi kurang lak tu, tak koso
nak boli.
Sedia menunggu tetamu, kenduri tergempar
pinggan mangkuk pun tergempar jugalah, rembat je mana ada.
Chef-chef tak bertauliah termasuklah mylaling tuh, tengah sibuk usha kambing bako, ikan bako
dah ready.
Ni sesedara dekat je ni, pun
boleh tahan ramai, ikut myMIL
tu mau gak dipanggil sekampung.
Ni pulak belah lelaki,
ada menantu, ada cucu, ada
cicit, lepas cicit apa ntah pangkatnya
pun myMIL dah ada.

7 comments:

  1. Wah meriahnya zimah
    Kaknoor tahun ni paling sunyi lah
    Sbb tkde pun panggil jiran tetangga sedara mara haji pun tkde sbb dok sibuk dgn cucu baru tk sempt nk jdi chef lah, insya Allah kalau ada umur yg pnjg tahun dpn lah kot kann

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur pada Allah. meriah rayanya ye. berkat rezeki tu inshaAllah cukup untuk sekampung he he he

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah meriahnya........

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah , meriah sangat kan :)singgah malam ke sini Azimah:)

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah meriahnya kak..

    ReplyDelete
  6. Meriahnya Nor sambut Aidil Adha. In sya allah, moga satu hari nanti Allah izinkan Nor menjadi tetamu nya.

    ReplyDelete
  7. Biasa biasa aje mak aku punya Raya....Laki aku korban 2 bhg. Dia korbankan aku sekali hihi....
    Aku malas kalau nak bercampur reramai gitu mak...lagilah nak kena masak dengan mengemas...lagilah bertambah malas weyh

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign