Asam Garam Kehidupan: Selagi boleh kupakai..

Nuffnang

Pages

19 Sept 2016

Selagi boleh kupakai..

Kawan-kawan sanggup ke pakai lagi baju camni...?
Rasanya usia baju ni dah 20 tahun lebih. Memang dah buruk sangat, bertahi lalat, ada kesan kunyit sana-sini, dah terbuka jahitan, tapi kujahit kembali, terbuka lagi, tapi tetap ingin kupakai selagi boleh kupakai.


Ada sehelai selimut kain kapas. Pun dah terkoyak sana-sini. Gigih kujahit. Sayang nak buang, bila berselimut di dingin malam, masih mampu menghangatkan..

Ada juga kain batik, seluar panjang, blouse, baju kurung, bra, ketip kuku yang masih kumanfaatkan sehingga kini, moga pahalanya sampai kepada empunya asalnya..

Empunya asalnya adalah almarhumah ibuku. Baju kelawar merah di atas pernah dihadiahkan kepadaku. Pernah dipakainya sambil mendukung anak sulungku yang masih kecil waktu itu. Pernah juga kupulangkan kembali kepadanya dengan alasan aku tidak menyukai coraknya. Dia menerimanya kembali tanpa sepatah kata. Mungkin terguris hatinya. Tapi aku tidak sangat menghiraukannya. Tapi bila kukenang kembali hatiku seakan terhiris pilu sehingga terkadang  menyesak dadaku. Awal pemergiannya, kuselongkar almari bajunya, baju kelawar ini masih cantik dan baru coraknya, warnanya masih merah hati yang cantik...terus kuambil kembali untuk kupakai dan sehingga kini aku masih memakainya..

Entah kenapa saat ini sayu benar hatiku, terkenang ibuku...saat mendengar pemergiaan Allahyarham Dr Haron Din, suasananya hampir sama..mereka lahir di tempat lain, tapi tanah kuburnya ditakdirkan di tempat lain. Bagi ibuku, bila pemergian tak dijangkanya diketahui saudara-mara di kampung, mereka meminta aku membawa pulang jasad ibuku untuk dikebumikan di kampung kelahirannya di Terengganu, malah tanah kuburnya hampir siap digali, kerandanya pun sudah dicari, tapi aku tak sanggup menyakiti jasad ibuku dengan perjalanan yang jauh itu, maka keputusanku tetap satu, kusemadikan jasad ibu di mana dia meninggal..

Ma..moga suatu hari jasadku bersemadi di tanah Haram..

11 comments:

  1. Subahanallah alfatihah untuk arwah yang amat di sayangi ini..

    ReplyDelete
  2. Sedih baca cerita akak nih, ye lah kadang kita tanpa sedar mengguris hati emakkan, begitu juga saya..mungkin mak dah lupa dan memaafkan tp sendiri tak boleh lupa...arwah mak akak berada ditempat yg suci...al fatihah, moga arwah emak kita berada dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  3. Allahu Rabbi, sedihnya baca kisah akak.. Al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  4. Kat rumah saya, masih tersimpan beberapa helai baju arwah mak yang sengaja ditinggalkan bila datang bertandang suatu ketika dulu.

    Elok tersimpan, saya pernah pakaipun semasa kuar daerah bersama rakan2 berkursus tapi apabila di rumah, suami melarang sebab saya seakan2 'klon' arwah.

    Cuma kain telekungnnya masih saya gunakan sehingga kini..

    ReplyDelete
  5. alfatihah utk arwah mak akak.. meninggal kat mekah ea?

    ReplyDelete
  6. Tak E'in, meninggal di Hospital Kajang, kebumi di Sg Kantan, tak bawak balik ke Terengganu pun.

    ReplyDelete
  7. Sedih & sayu baca coretan ni... makchaq pun adakain batik mak yg mkchaq masih pakai..rindu kat mak...
    Semoga roh mak kita ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..

    ReplyDelete
  8. Sedih & sayu baca coretan ni... makchaq pun adakain batik mak yg mkchaq masih pakai..rindu kat mak...
    Semoga roh mak kita ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..

    ReplyDelete
  9. Rezeki
    Pakai sampai koyak itu tanda rezeki yg berkat
    Semoga arwah di tmptknn di klgan org2 yg solehah

    ReplyDelete
  10. Banyak mak.... Baju kelawarku semuanya koyak koyak haha..... Nak buang sayang sebab boleh pakai lagi weyh...Seluar hitam basahan pun kekadang zip dah tak boleh guna tp mak guna pin pulak hihi....Nak ganti zip tak pandai. Shhhh senyap senyap sudah....

    Alfatihah untuk yang sudah pergi.....
    Biasalah mak, ada masanya kenangan lalu memang cukup menusuk kalbu. Tambahan lagi kenangan itu dengan orang yg kita sayang....

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign