Asam Garam Kehidupan: Semut ekor tujuh..

Nuffnang

Pages

22 Sept 2016

Semut ekor tujuh..

     Ticer: membawa makanan sedang tujuh semut ekor.

Muhammad: sedang membawa makanan semut tujuh ekor. ( aku tergelak dah)

Adam: semut tujuh ekor sedang membawa makanan ( aku senyum je, pastu bagitau jawaban tu salah )
Alaaaaa....

Fawwaz: sedang membawa makanan semut ekor tujuh..

Hahaha...jawapan paling lucu sampai berair mataku gelakkan bebudak ni, sehingga aku terbayang camanelah semut ekor tujuh tu.

Bila aku gelak bebudak ni makin galak memberi berbagai jawaban sehingga kelas 6 tahun hingaq bingaq, riuh-rendah dengan gelak kami.

Akhirnya seorang budak perempuan dapat jawab dengan betul.
Hasya: Tujuh ekor semut sedang membawa makanan.

Yey....tepuk tangan untuk diri kamu sendiri..( clap..clap..clap..seronoknya bila dapat tepuk untuk diri sendiri, tepuk kuat-kuat plak tu )

Ticer nak lagi..amboihhh, seronok sampai mintak lagi tuh.
Okeh ( dalam hati...siap korang, aku nak bagi soalan susah-susah )

Ticer:  di sedang membeli sayur Puan Tan pasar.

Muhammad: sedang membeli sayur di pasar Puan Tan.
Ticer: Tak betul, lagi..

Adam: di sedang membeli sayur puan Tan pasar.
Ticer: Aiksss..tu awak baca yang ticer tulis tu.
Adam sengih nampak gigi rongak.

Danish: Puan Tan sayur beli di pasar.
Ticer: alaaa Danish, tak betul juga.
Danish yang pendiam duduk tak bersuara dah.

Fawwaz: sedang membeli di pasar sayur Tan Puan.

Ticer: Tan Puan Fawwaz? Hahaha..Puan Tan la.
Ticer: Puan Tan tu siapa?
Bebudak tuh: entahhhh.
( panjang entahnya )
Jawapan entah diorang tu buat aku gelak sampai keras perut berair mata. Tak ye jugak kan...siapalah puan Tan tu. Tapi aku ingatkan kotla diorang faham yang si Puan Tan tu orang cina, dan aku expect diorang akan jawab puan Tan tu orang cina..

Bebudak ni dah lancar sangat membaca jadi aku mau beri lebih input sebagai persediaan diorang je darjah 1 tahun depan. Antaranya aku ajar membetulkan semula ayat macam kat atas tu, ajar menjawab soalan karangan pendek, tapi bebudak nih memang bijak, ajar sekali dua dah faham dah. Alhamdulillah, seronok rasanya bila diorang faham ilmu yang kita ajar. Doa- doa pun sekejap je dah fahal. Membaca jawi pun dah fasih. Budak- budak kan, hati bersih. Sebab tulah kita kena bagi ilmu yang betul untuk bekalan mereka dunia akhirat.
Di masjid Besi Putra Jaya, ajar diorang bersedekah,
masukkan duit dalam tabung masjid.

10 comments:

  1. berkerut-kerut Eray nak jawab mula-mula tadi. kekdahnya ni kena pergi tadika balik kut. hahahhaha.

    ReplyDelete
  2. Haha,mehla masuk tadika balik.

    ReplyDelete
  3. Haha,mehla masuk tadika balik.

    ReplyDelete
  4. huhu seronok sebenarnya jadi budak2

    ReplyDelete
  5. wah bestnya budak-budak...

    akak pun best hari-hari dapat tengok anak-anak comel ni...ilmu pertama diorang dapat sebelum mereka nanti memilih bidang masing-masing

    ReplyDelete
  6. salam zimah
    kaknoor pun teringin nak masuk tadika lah
    dulu2 tk sempat nak masuk tadika terus je gi sekolah hahaha

    ReplyDelete
  7. bagus anak-anak kan sentiasa happy hihi

    ReplyDelete
  8. Manalah jadi cikgu ni tak banyak pahala
    Dahlah lingkungan budak tak ada dosa
    Mendidik bukan duniawi aje tapi juga ukhrowi
    Untung Azi...

    ReplyDelete
  9. salam kakzimah. semoga banyak pahala kak dapat kerana mengajar kanak2 ini

    ReplyDelete
  10. hihi, saya tengok tajuk macam pelik jer..
    lawaklah budak2 ni ya. dalam stess mengajar pun boleh buat terhibur juga.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign