Asam Garam Kehidupan: Janganlah korang berhutang dengan along.

Nuffnang

Pages

10 Oct 2016

Janganlah korang berhutang dengan along.

Saya kena stayback hari ni. Biasa saya stayback hari jumaat. Kadang-kadang bila ada emergency ada ticer yang tetiba ada hal, saya akan stayback sampai pukul 5.30 petang balik dengan my toklaki lah. Kalo balik kul 2.30 saya balik naik van sekolah van sekolah uncle Rajan.

Rasa cam nak pencen lah korang. Penat tau, dengan umur yang dah masuk senja ni bekerja dengan bebudak, jawatan penyelia tapi kena ngajar, sekarang takde tukang masak, kena plak masak. Tapi..kalo pencen dok nganga kat rumah takde duitlah plak. My toklaki bukan Datuk terlajak laris, kalo dato terlajak laris kompem den pencen arini jugak.

Tulah korang bahaya meminjam dengan along ni. Tak pasal-pasal den pun terlibat dalam cerita ni. Ni cerita ticer Goki, ticer India kat tadika saya tu. Adik dia  berhutang dengan along, hutang bulan ogos baru ni, diorang sekeluarga pun baru dapat tahu bila geng along datang buat lawatan mengejut ke rumah diorang. Terkejut sakan dibuatnya, hutang rm10k campur bunga dah jadi rm20k. Mana nak cekau duit nak settlekan dalam masa terdekat ni. Kalo tak adalah musibahnya...janji si along.

Selama ni saya tau bahaya pinjam along ni dari bacaan je. Hari ni jadi depan mata. Walaupun dia tak seagama tak sebangsa tapi dah bekerja di bawah bumbung yang sama, sikit sebanyak tempiasnya terasa juga. Contohnya hari nilah, ticer Goki tu terpaksa amik EL nak settlekan masalah hutang adik dia tu. Bila tak cukup ticer murid-murid pun berterabur. Time kelam-kabut macam ni ada plak parent datang nak survey tadika untuk anak dia tahun depan. Harap-harap settle secepat mungkin, aduihhh, tak larat nak stayback hari-hari. Den ni monjak dah tetuo ni manjo bona, tido tongahari dah macam wajib, tido plak tu nak suasana sunyi sopi baru dapat lena, tak macam zaman mudo maren, lotak kepalo jap bising memokak camano pun den boleh yo leno. Haih...tulah kan Allah dah tarik nikmat hidup sikit demi sikit..dah makin laju langkah ke sana rasanya...

Tulah yang den nak membebel hari ni. Sajo yo, kang kalau tak cari-cari cerita, lansung hilang mood nak membebel tu. Terimakasihlah yo, sudi singgah, sudi baca, sudi komen, heh,heh..
Bukan tak nak tolong, duit simpanan saya
pun tak sampai 10k lagi, huhu..
Masa muda-muda dulu, dapat landing macam ni
pun bole lena, ni dah tuo, kemain lagi nak tido siang kejap pun nak kena selesa baru bole lena.
Ni tengah cari mood nak lena jap pun jadilah, kalau tak dapat lena nak masak dinner tu pun rasa macam nak pejam je, menguap sampai berair mata. Korang tak buasa tido siang ek? Tido sebelum masuk waktu zohor walaupun setengah jam sebenarnya satu sunnah tau. Haih, baiknya Allah, tido pun Allah beri pahala..

5 comments:

  1. Hai kak, saya datang ni...tido ke?
    Mmg lah, kalau meminjam pada along ni risiko nya sangat buruk. bukan saja pada diri kita malah pada anak dan pasangan. Sebelum berbuat apa-apa dgn along ni, lebih baik fikir habis-habis. byk lagi cara lain boleh diusahakan!

    ReplyDelete
  2. Betullah Azi. Along jgn main-main. Kenapa tak report polis aje. Susah nak setel tu. Sedihnya pinjam 10K aje pun. Kenapa tak pinjam dari adik-beradik aje kan senang...

    Bila dah tua ni kakak pun sama sebelum solat zuhor tu mesti nak nap sekejap. Kakak kat tempat kerja ni dpt 10 minit pun cukup.

    ReplyDelete
  3. kesian juga orang zaman sekarang ni sampai terpaksa hutang dengan along. mungkin kena fikirkan kaedah lagi

    ReplyDelete
  4. Alahai kesian jugak ye kawan ko tu mak. Tp kita nak tolong pun bukannya kita ni berduit. Kotnya dia pun tak dapat bayo. Habihlah duit simpanan yg ado tu...

    Tak taulah mak ....takut bila Allah uji time kita susah pulak, macamanalah agaknya.

    Aku ni pun sekarang dah mcm terlelap jugak mak tengahari tu....Tp nasiblah tak lama lelapnya.

    ReplyDelete
  5. Alahai kesian jugak ye kawan ko tu mak. Tp kita nak tolong pun bukannya kita ni berduit. Kotnya dia pun tak dapat bayo. Habihlah duit simpanan yg ado tu...

    Tak taulah mak ....takut bila Allah uji time kita susah pulak, macamanalah agaknya.

    Aku ni pun sekarang dah mcm terlelap jugak mak tengahari tu....Tp nasiblah tak lama lelapnya.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign