Asam Garam Kehidupan: Jom ke hutan simpan Bukit Nanas.

Nuffnang

Pages

31 Oct 2016

Jom ke hutan simpan Bukit Nanas.

Jenjalan ke mana cuti Deepavali? Kalau belum pernah sampai ke hutan simpan Bukit Nanas ni, jomla keluarkan peluh di sana. Ada apa kat sana? Nak bagi maklumat detail tu takdelah sangat, sebabnya...masa tu tengah takde mood..bukan mood swing pun, saje je, bak kata mak okje, al maklum dah masuk umur kilauan ni, ada je silap sikit, mulalah keluar perangai antik tuh.
 
Apa yang dapat saya bagitau, tempat tu memang cantik. Yelah..mana nak cari hutan simpan kat tetengah Kuala Lumpur ni kan. Ada jambatan gantung setinggi tiga tingkat, tapi saya lepas takat tingkat dua je, haha..Tak larat, pakai baju tak proper, nak naik jambatan gantung, agak-agakla kan. Camane plak tak proper dress cik kak oiii, sebab tak pay attention masa mytoklaki habaq tuh, den donga nak pi hutan simpan je, jambatan gantung den tak donga, jadi den pakai kain, orang patut eh pakai seluar panjang kan.

Turun dari hutan simpan Bukit Nanas, kitorang menghala ke Suria KLCC, saja dah lama tak merayap ke sana. Tapi tak bestlah kat sana..
Rasa macam dok kat tengah kota raya Indon jer. Bukan warga Indon je, warga mat saleh pun ramai, tua muda, rasa duk kat tengah bandar London pun ada.
Tengah jalan-jalan tu, jumpa sorang pemuda India, terbaring lintang-pukang depan kedai, betul-betul macam orang mati, tapi rasanya mabuk kot. Jumpa gak orang gelandangan tidur tepi-tepi kaki lima kedai. Ishhhh...betul-betul warna-warni kota raya.
Saya ni nama je duduk sebelah KL, tapi jarang sangat masuk KL.

Jom ke sini
Ni kat tingkat satu.
Diorang lima beranak naik sampai
tingkat tiga.
Ni kat tingkat dua. Budak sorang ni
tak tau takut lansung.
Pemandangan pokok-pokok hijau
saya snap dari tingkat dua.
Hujan-hujan pun ramai je orang.
Abadikan gambar kat depan klcc.
Penatnya ngukur jalan, sabtu 29/10..kat klcc takde beli apa-apa pun, jamu mata je. Jadilah kan. Kita simpan duit nak gi Cameron plak. Harap-harap takde apa aral melintang, dah lama plan ni, asyik tak jadi je. Harap-harap kali ni jadilah.

Hari ni plannya nak kemas rumah, cuti 5 hari kot, takkan nak melingkau jr, kipas dah banyak habuk tuh, air pun dah kuat, nak basuh baju ada dua bakul tuh. Salam sayang, ampun maaf ye korang. 

12 comments:

  1. Masih cuti lagi bolehlah jenjalan mengukur jalan lagi Azi
    Kakak tak ada extend cuti pun. MRSM pun tak cuti tau. Budak India aje yg cuti.

    Kakak pernah ke Bukit Nanas dulu masa sekolah rendah. Masa tu ada cable-car lagi tau.

    ReplyDelete
  2. Tulah kak, ada cuti manfaatkan baik2 kan.
    Aah ya, lupa nak sebut pasal cable car, bestnya kalo masih ada, tkyah tunggu nk gi penang atau genting.

    ReplyDelete
  3. Kat mana tu mak? Ngape mak tak pernah tau. Tp kalau Bukit Nanas mcm pernah dengar. Kat situ dulu dulu ada kabel car kan ? Kalau tak silaplah....

    Aku duk rumah jer mak. Sambil sambil settlekan pasport anak dara dua org tu. Terlanjur ke Putrajaya tu jenjalanlah kawasan sekitarnya. Lakiku kerja mak hoho....

    ReplyDelete
  4. Kat key ell lah mak, tak jauh dah dari masjid jamek tu. Mmg dulu ada cable car, skrg dah takde, tali dia dah putus, hehheh..
    Laki aku pon keje mak, aku je cuti, hari sabtu tu je kitorg ugukur jalan kt key ell nun, org kita tk ramai, lengang je, yg ramai kt klcc nun, org depa saje, grung greng aku dengar.

    ReplyDelete
  5. saya, kalau sebut area KL mmg jarang dapat sampainya kak. lainlah kalau ada hal, bolehlah sekali harung melenjan KL.

    cuti deepavali, kami balik rumah mak dan mertua ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak duk key ell munasabahla jarang masuk key ell, cam akk ni dah sah3 duk tepi key ell, pun 10 tahun sekali masuk key ell, haha.
      Balik rmh mak dgn mentua pun best jugak.

      Delete
  6. best ek ke bukit nanas tu kak. saya belum pernah explore lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom explore Rai, keluarkan peluh, uji stamina.

      Delete
  7. Lama kak cuti 5 hari.. Hihi Sabtu dan ahad, Reen dan suami hanya pergi bercuti di PD kak.. Teringin nak pergi hutan simpan bukit nanas..

    Cuma tak de geng.. Encik suami sibuk dengan kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, sakanlah rehat, eh, rehat2 suri rumah reen, masak, ngemas kena buat juga.
      Akk plak dah lama tak pi PD, last pegi tahun lepas. Cuti2 ni tmpt riadah ramai je org.
      In shaa Allah ada masa bole pegi reen, tak jauh, selangkah je, hehe

      Delete
  8. huhu...klcc memang tak best nak jejak time public holiday.tapi ok lah kalau nak anggap tu cam cuti oversea.

    ReplyDelete
  9. Haha, cuti kat o be se yea..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign