Asam Garam Kehidupan: Nak kena cepatkan colposcopy.

Nuffnang

Pages

20 Oct 2016

Nak kena cepatkan colposcopy.

Tengah ajar mengaji kemarin pagi, aku dapat call dari hospital Kajang, minta untuk cepatkan colposcopy. Sepatutnya aku buat procedure tu on Disembar 5 ni. Tapi katanya kena cepatkan sebab operation theater tu ada hal apa ntah bulan 12 tu, jadi kena cepatkan tarikh. Cepat sangat sampai aku buntu nak buat keputusan.

Kalau nak tunggu tahun depan baru boleh proceed semula, tapi tak tau bulan berapa...

Jadi aku kena buat colposcopy tu pada hari sabtu minggu ni jugak.

Banyak alasan aku taknak buat lagi. Dengan budak tadika nak exam, pastu ada perjumpaan ibubapa, pastu nak latih budak-budak tu untuk majlis graduasi dorang..
Memang minor surgery je, tapi kesan sakit ngilu-ngilu dalam perut tu lama, sebulan jugaklah aku menanggungnya masa aku buat colposcopy sebelum ni. Jadi camane nak buat kerja-kerja kat atas tu...??

Lagipun ada plan nak gi bawak anak jenjalan ke Cameron, especially nak raikan Nadhrah yang baru habis upsr tu, nak gi Langkawi tak dapat, nak gi camping tengok kunang-kunang di Kuala Selangor pun abah tak kasi, kesian anak aku sorang tu, budak baik tu, tak merajuk pun..

Lagi satu, baru dalam 2 minggu kot rasanya aku makan satu produk shaklee tu, ratus-ratus gak aku berhabis duit.  Dua minggu mana ada kesan lagi kot. Rugi sangat rasanya kalau aku ada peluang untuk sembuh tetiba aku kena jugak buang rahim kan..??

Buntu-buntu
😢😢😢😢😢..

14 comments:

  1. Akak saya hanya mampu mendoakan akak dari jauh, moga segala kebuntuan akak dipermudahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  2. Moga segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. Sabar nor insyaAllah pasti Allah permudahkan semua urusan nor

    ReplyDelete
  4. Istikharah Azi. Cuba dptkan consultation boleh tunda sampai Jan 2017 tak? Betul juga baru cuba alternative lain mana tahu ok.

    Harap keputusan yg baik dpt dibuat.

    ReplyDelete
  5. Saya pun sependapat dengan kakzakie tu. Cubalah kak, mana tahu tiba-tiba keputusan berpihak pada akak.

    Saya doakan Allah permudahkan jalan utk akak.

    ReplyDelete
  6. semoga Allah permudahkan segalanya. amin ;)

    ReplyDelete
  7. smoga dipermudahkan kak..

    ReplyDelete
  8. moga semua dipermudahkan kak...:(

    ReplyDelete
  9. Yelah kan mak....bila berhadapan dgn benda macam ni pulak tu ada banyak benda yg nak kena settle mmg tak tenteram jiwa raga dibuatnya.

    Rasa ngilu ek mak lepas buat procedure tu.

    ReplyDelete
  10. Yelah kan mak....bila berhadapan dgn benda macam ni pulak tu ada banyak benda yg nak kena settle mmg tak tenteram jiwa raga dibuatnya.

    Rasa ngilu ek mak lepas buat procedure tu.

    ReplyDelete
  11. semoga dipermudahkan kak

    ReplyDelete
  12. Kanser rahim ke kak? Tahap berapa? Harap x serius n cepat sembuh aminnnn

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign