Asam Garam Kehidupan: Sila jawab soalan saya ni.

Nuffnang

Pages

24 Oct 2016

Sila jawab soalan saya ni.

Kira-kira 400 tahun sebelum Nabi Isa, ada seorang raja di Negeri China.Beliau telah melantik seorang perdana menteri yang bernama Yang Ying.

Perdana Menteri Yang Ying ini telah mentadbir negara dengan begitu baik. Setelah tiga tahun mentadbir, Yang Ying telah menjadi begitu tidak popular di kalangan rakyat jelata.

Raja memanggil Yang Ying dan berkata.." engkau akan aku pecat daripada menjadi perdana menteri kerana engkau menjadi tidak popular."
Yang Ying berkata.." Tuanku, aku minta padamu tiga tahun lagi supaya aku boleh buat diriku menjadi popular,"
Raja berkata.." Baiklah, engkau perintahlah tiga tahun lagi,"

Maka Yang Ying pun memerintahlah selama tiga tahun lagi. Perdana Menteri itu menjadi begitu popular. Setelah genap tiga tahun, raja pun memanggil Yang Ying.

Raja berkata.." Yang Ying, aku nak sambung jawatan engkau tiga tahun lagi dan aku hendak beri hadiah kerana telah menjadi Perdana Menteri yang begitu popular."

Jawab Yang Ying, " Tuanku tidak perlu sambung jawatan saya, Tuanku juga tidak perlu bagi hadiah kepada saya, sekarang sudah sampai masanya Tuanku pecat saya, dulu tuanku nak pecat saya, saya tak nak dipecat. Sekarang tuanku kena pecat saya setelah saya popular."

Jadi kawan-kawan, saya cabar korang sila beri sebab mengapa agaknya Yang Ying suruh tuanku tu pecat dia setelah dia popular? Sedangkan masa dia tak fofular dia tak mahu dipecat. Pelik gak si Yang Ying ni.
Cepat, sila keluarkan buah fikiran korang yang bernas tu. Perah otak tu, kasi cair sikit., He he..
Sekian, selamat mencuba.
Gambar hiasan jer, saja nak enterprem..mwehehe..

9 comments:

  1. Tolong jawabkan.

    From:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tolong jawabkan.

    From:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Lhah, saya tya saya ke yg kena jawab?😂

    ReplyDelete
  4. Lhah, saya tya saya ke yg kena jawab?😂

    ReplyDelete
  5. takut bila makin popular akan lupa diri, tak pun bila dah popular dan pemerintahan bagus akan terus diingati walaupun sekejap je memerintah

    ReplyDelete
  6. Dia risau bila dh popular dia x dpt laksanakan tugas dgn iklhlas 😜

    ReplyDelete
  7. Rasa cam nak wat segmen jr, sape nak join kena follow dulu, pastu ada hadiah haha

    ReplyDelete
  8. Rasa cam nak wat segmen jr, sape nak join kena follow dulu, pastu ada hadiah haha

    ReplyDelete
  9. Hahahaa boleh je kak buat segmen. Idea yang bagus tu.. :D

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign