Asam Garam Kehidupan: Bermalam di Cameron.

Nuffnang

Pages

11 Nov 2016

Bermalam di Cameron.

Tak habis lagi citer Cameron ye, gasakla korang, nak baca ke taknak baca ke, ni den punyo citer, den maleh bona nak memerah otak mencari idea bernas sebernas beras bernas tu, so..sebelum semua kenangan tu berkubur tanpa nesan, biarlah den abadikan di sini untuk kenangan sok-sok yo.

Balik dari tawar-menawar jagung tu, kitorang singgah di Ladang Boh Sungei Palas, anak den tanya nape eja sungainya jadi sungei, entohla..den pun tak dapat menjawab soalan itu. Sempatlah bergambar di luar ladang je. Langit dah mendung semacam, dalam gambar pun nampak gelap. Nak masuk ke kilang Boh tu, sekali dah tutup daa.

Okeh.

Balikla ke rumah tumpangan Mardi di Tanah Rata. Sampai je dah pukul 7 petang. Uumak aiii...menggelatuk sejuk eh. Tak best betul gi Cameron musim hujan camni. Nak mandi pun tak sanggup, ada je water heater, tapi badan dah sejuk, nak bukak baju pun tak sanggup, nak mandi lagilah tak sanggup. Tak pelah, halal lah, tak masyem pun.

So, misi untuk makan malam. Saya memang ada bawak beras. Mytoklaki dah cakap rumah tu ada dapur bagai, cantikkkk. Ada bawak sambal sotong dah siap masak dari rumah, bawak tolo. Bukan apo do, dah jalan reramai ni, ekonomi nak kena pikir jugak. At least beli sejenis dua lauk siap pun cukup dah, jimat sikit. Itu pikiran den lah. Rupanya start lepas maghrib je, hujan turun lebat selebatnya. Haa..nasib baik dah ada lauk siap masak dari rumah. Kalo tak makan nasi berlauk garam je kot, tak pun, harus kena berpuasa je malam tu, tak pun makan jagung rebus je. Tapi memang ada rebus jagung pun.

So, makan lah dinner kitorang malam khamis tu seadanya saja. Alhamdulillah..kenyang juga.

Korang ada cam den tak? Yelah bila pi jenjalan tu suka bawak bekal makan? Takpelah bagi yang duit berkepuk kan, beli ajeh, singgah ajeh mana-mana, no hal, small the matter ye. Tapi bagi den, yang poket tak berapa nak tebal nih, memang suka bawak bekal. Cari rumah tumpangan atau homestay yang ada dapur. Boleh masak, then makan sesantai cam rumah sendiri.
Takpelah semua ada cara memasing kan. Yang penting dalam kita bergembira, kewajiban terhadap Allah swt jangan sampai terlepas. Solat pun kita boleh jamak qasarkan. Masjid, surau pun merata, even dalam kereta pun boleh solat, antara nak dengan taknak je. Baiknya Allah, Tuhan kita itu, dalam kita bergembira, diberiNya kemudahan dan keringanan bagi kita menunaikan kewajiban kita sebagai hamba.

Cheh...ustazah tak bertauliah nih.
Amik feel jadi tokeh ladang jap.
Yang sengih lebar depan sekali ni adik ipar den, bujang lagi. Tengah cari calon.

16 comments:

  1. KAK PERNAH KE CH SEKALI SEJUK MENGELATUK...RASANYA SEKALI JE KESITU...TEMPAT SEJUK SGT NI MMG XBERKENAN...

    ReplyDelete
  2. Tula kak, sejuk benaw bagi kita org yg dah biasa dipeluk kehangatan nih. Kena pegi bulan 5 ke, tapi masa tu susah sikit nk bwk ank2 ponteng sbb tgh byk belajar, sbb tu pegi hujung thn sbl cuti sekolah, tp hujanla plak.
    Kak PI tq selalu singgah sini, tinggal komen:)

    ReplyDelete
  3. irda dulu masa bercuti di cameron siap bawak kuali periuk pinggan kak,sebab takut nak guna perkakas tu..hehe duduk umah apartment facility bank,manalah tahu ada non muslim yang gunakan..huhu....tapi best sebenarnya kalau boleh masak ni,boleh makan dengan lebih kenyang,dan lagi sedap,boleh nambah2 apalagi cuaca sejuk gitu.aduhai nikmatnya dah lah sejuk n hujan..confirm2 teh o panas tk lari kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu irda, bila masak sendiri, kita boleh masak banyak, kenyang makan. Bersih dah tentu kan.
      Oo, irda pun suka cari rmh tumpangan yg boleh masak2 jugak ek, kita geng. Hehe

      Delete
  4. Bab bawa periuk belanga, dapur serba guna tu, mmg dah sinonim ngn saya, itu hnya ntuk percutian kami anak beranak

    Tapikan.. kalu family day, byk keluarga join, mmg liat nak masak, rela beli sikit sorang, ntah le apa punya peel daa...

    Pernah kami berprogram ramahdan di ch, seawal jam 3 pagi saya dah bangun, masak, pastu rakan2 dari bilik lain dtg berkumpul & kami bersahur ramai2, seronok sgt..

    Bukan mslh save bajet tp fikir kebersihan mknn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pstttt: hensem adik ipar kt depan tu, boleh le wt menantu.. (Cam le anak dara kita dah besau.. hi3)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Mmg le, kalo dah reramai sgt tu, kena pikir lainla plak. Kang asyik kita je kena masak susah juga.
      Tulah saya ckp, setiap org ada cara memasing, ikut kesesuaian keadaaan dan suasana.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Cepat isi borang, haha. Saoe cpt dia dpt.

    ReplyDelete
  7. Cepat isi borang, haha. Saoe cpt dia dpt.

    ReplyDelete
  8. Kat cameron saya stay kat strawberry park.
    Ok jugak situ.

    ReplyDelete
  9. Wah makan angin rupanya Zimah
    Bestnya jenjalan dgn family
    Mmg best klaau masak sendiri kan
    Sama mcm kaknoor gi kemana pun tetap jd tukang masak

    ReplyDelete
  10. Rumah Mardi dah tentulah untuk orang yg kerja Mardi je ek mak, untung ko mak dapat jimat kat situ. Musim hujan tu yg sejuk sangat tu....

    Mmg elok sangatlah bawak bekal kalau ramai mak, boleh tahan menggigil jugak poket kalau makan luar. Aku jarang masak mak, dah katanya pemalaskan. Kat rumah pun malas nak masak lagikan kalau berjalan hihi..... Aku sebenarnya tak kisah makan apa pun, roti pun on aje....

    ReplyDelete
  11. saya kalau berjalan ngan family memang bawak bekal..kalau ngan kawan2 bujang prefer beli je.

    ReplyDelete
  12. Nasib baik rajin bawa bekal. Kalau tidak memang kena puasalah dalam kesejukan CH tu. Mahu perut berkeroncong sampai ke pagi, habis mood holiday dibuatnya.

    Saya ni kalau jenjalan empat beranak memang jaranglah bawa segala barang makanan tapi beg mengalahkan Che Ta. Entah apa diisi dalam beg pakaian pun tak tahulah.

    Tapi kalau berjalan ramai-ramai, tetap juga tak bawa bekal dan tak masak. Tak kuasa nak cop dapur homestay tu untuk main masak-masak. Katanya nak berliburkan!

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign