Asam Garam Kehidupan: Betulke gas masak pun nak naik harga?

Nuffnang

Pages

7 Nov 2016

Betulke gas masak pun nak naik harga?

Aduihhh! Ngerinya nak bayangkan harga makanan kalau betullah gas masak naik harga sampai melambung rm7 sekali naik....
Tu ticer bujang kat tadika tu cakap roti canai bujang dah naik harga dari 80 sekeping dah jadi rm1.50, roti canai telur sekeping pun rm2.50, tu belum lagi harga makanan lain.
Harap-harap cuma rumors semata,
sebab dalam berita menafikan gas akan naik harga.
Yang ni memang konpem naik rm7, dulu 5kg baru rm13.20, semalam beli harganya rm20.30.
Ha, ni resit eh, tengok sendiri kalau tak cayo.
Saya lah generasi yang pernah merentasi 3 zaman, haa, caye tak? Saya kan orang kampung, guna kayu api macam ni pernahla sangat.  Fuh, fuh sampai terbatuk- batuk nak hidupkan api. Pernah ikut arwah mak kutip kayu dalam hutan getah. Sampai satu peringkat guna plak dapur minyak tanah, kira senang sikitlah dari dapur kayu, tapi kalau nak cepat kena ada dua dapur, sebab tungkunya satu je, kalau minyak tanah habis kat kedai guna balik dapur kayu.

Pastu tak silap mula guna dapur gas masa di tingkatan satu. Tapi tak pernah pun amik kisah berapa harganya, melainkan sekarang, kalau betul naik sampai rm7 sekaligus, dah jadi rm36 setong, pastu campur dengan kos penghantaran lagi?

14 comments:

  1. Sypn generasi yang pernah memasak guna dapur kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kt rmh MIL smp sekarang ada lagi masak guna kayu api, terutama time kenduri masak nasi kawah.

      Delete
  2. HMM SUSAH2 ORG DULU XTERASA DIK RAJIN SUSAH2 ORANG LA TERPKSA IKAT PERUT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak, tapi tulah kat bandar manalah ada kayu api, hehe.
      Org kampung je yg biasa hidup susah ni, guna kayu api, mandi air sungai, tangkap ikan..

      Delete
  3. Hanya mampu bertabah jer lah kak klu betul2 harga gas pun naik.. ya Allah, makin meningkat2 kos hidup skrg...
    sempat jugak kak guna dapur kayu ni masa kecik, mak guna utk masak air dulu2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal, hanya mampu senyum dlm tangis kot, hidup nk kena teruskan, mengeluh pun tak bawa jln penyelesaian, huhu..
      Sabo je la .
      Akk dulu duk kampung atie, kalo sebut dapur kayu tu biasa lah, cuma kalo nk guna agaknya dh tak praktikal kan, lainlah kalo duk kampung.

      Delete
  4. Kakak pun jumpa dapur kayu ni Azi
    Dulu rumah arwah atok kakak ada tau
    Tapi sekarang susah dah nak jumpa sebab kayu pun susah nak dapat

    Rasa kakak memang gas akan naik dah kos apa pun naik mestilah dia pun naik juga. Nasib kitalah Azi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapur kayu ni bole jadi bahan pameran ni, tapi kan kak, kt kampung abah saya kt Pahang sana masih ada tau dapur kayu ni.
      Apapun kita tggu dan lihat jelah..samada naik atau tak gas masak ni, harap2 tak naik, isk, isk..

      Delete
  5. Reen pernah merasa waktu main masak2 gn anak2 jiran lain waktu kecik2. Hahahahaa masak yang jenis xleh makan punya kak.

    Pengalaman memasak real tak pernah, tapi pernah tengok air masak guna kayu api dan rasanya sangatlah pelik. Tak biasa. Sekali tu je reen minum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main masak2, nostalgia setiap budak perempuan, hihi..akk dulu siap masak nasi betul2, guna pot susu, masak guna kayu api, siap makan lagi bila dh siap masak tu, bestnya ingat zaman kecik2.
      Air masak guna kayu api mmg pelik sebab dah masuk asap, reen.

      Delete
    2. Guna pot susu.. Hihihi siap makan.. terbaik kak. Ni kira masak betul2 ni. Hahahaa oh! Sebab masuk asap, patutlah rasanya xsedap.. Heh ;p

      Mungkin sebab xbiasa..

      Delete
  6. Aku buat masa ni belum merasa kenaikan
    beli minyak lagi mak, sebab minyak masak banyak lagi.

    Yelah...dulu masa aku kecik pun aku pernah merasa pakai dapur kayu. Tapi jaranglah kena masak sebab masa tu kecik lagi kot...

    ReplyDelete
  7. Betul-betul dah naik ke? Aduhai, memang parahlah tengok harga makanan dan segala harga barang di pasaran lepas nih! Bukan boleh sebenarnya, barang keperluan ni naik harga. Habis semua yang tak berkenaan pun boleh naik harga juga.

    Saya guna tong 14kg, selalu beli RM32. Kalau betul naik lagi RM7, jadi close to RM40lah gitu....

    ReplyDelete
  8. entah la naik ke tak ni ye, semuanya nak naik nih..guna dapur kayu je la tapi mana pulak nak cari kayu api nanti..huhuhu

    pernah merasa guna dapur kayu ni

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign