Asam Garam Kehidupan: Cerita Cameron lagi, sawan Cameron kot..

Nuffnang

Pages

15 Nov 2016

Cerita Cameron lagi, sawan Cameron kot..

Haruslah cerita lagi, dah sesekala pergi, ye dok. Tapi kali ni nak fokus pada ujian yang melanda, apakah ujian itu, teruk benarkah? Uiii..dahsyat, dahsyat tekau..

Kan malam khamis tu hujan, pagi khamis tu pepagi lagi dah start hujan renyai-renyai. Korang bayangkanlah Cameron masa ni. Dah sejuk bertambah sejuk. Pepagi perut dah nyanyi lagu keroncong. So pepagi den memulakan misi masak sarapan pagi dengan menu alacarte..haha..nasi goreng berjagung, megi goreng berjagung, alaa, jagung hasil jalaan di pasar petang rabu tu. Alhamdulillah..kenyangla sementara nak tunggu makan tengahari.
Lepas sarap, kami mulakan misi berjalan dalam hujan...

Tak payah nak enterprem sangatlah ye.
Depan rumah penginapan, English Cottage.
Berjimba dalam rintik hujan awal pagi khamis. McGyver depan sekali.
Korang ada perasan sesuatu tak? Tak? Ok, bagus2x.
Yummy, dalam sejuk menggelatuk, seleraku tak menolak aiskrim strawberi ni, yummyyyy..nak kono pi Cameron lagi nih.
Ke bawah plak gambar nih, nasi goreng jagung dengan megi goreng jagung misi mengisi perut lapar awal pagi. 
Hai..ingat saya tak? Saya Ajul, saya dah besar, peyut lapar, nak jugak2x..
Kami terperangkap dalam hujan dalam taman bunga Mardi, nasib baik tempat ni cantik.
Tinggal berdua, si Umar Zikri asyik berlari-lari..
Kami check out awal, malas nak tunggu, jadi dalam hujan kami menuju ke kilang teh Boh.
Pegi rabu tu tak dapat masuk, dah tutup, jadi dalam hujan pun kami gigih merentas jalan berliku menuju kilang teh Boh Sungei Palas. 
Hihi..nak pecah rahsia dah ni. Korang perasan tak, tudung den sama je semalam dengan hari ni. Kisahnya tudung selai lagi tertinggal di birai tangga kat rumah..
Ni yang den nak citer ni.
Dah separuh turun jalan Cameron tu, perasan tayar pancit. Ya Allah, dahla hujan selebat-lebatnya, lori-lori kemain laju. Agaknya masa cari parking kat kawasan kilang Boh tu, tayar terpacak paku. Nasib baik ada McGyver ni.

Sebenarnya den impikan percutian satu family kecik kitorang jer. Yelah, rasa leceh plak asyik nak bertudung je dalam rumah. Tapi rupa-rupanya nilah hikmah si McGyver ni ikut, kalau harap toklaki den je nak tukar tayar pancit tu, harus lama lagi nak siap, nasib baik dia ni cekap. Ni si bujang yang dok tengah cari calon nih, sapo berkenan pm yo.

13 comments:

  1. Ha3 alahai kesiannya..

    Ishhhhh NA, kitakn dah booking awal2 anak bujang tu, opssssss, terlebiy sudaa...

    ReplyDelete
  2. Tula, cian kt kite kan, dahla jarang2 dpt mendaki Cameron, dgn hujan tk dapek berjalan2.
    Hihi...copekla htr rombongan minang ha, den ok je.😄😄

    ReplyDelete
  3. ITULAH DUGAAN TIKA TRAVEL NOR KENA BERSEDIA HADAPI APASAJA KEMUNGKINAN BERLAKU

    ReplyDelete
  4. Betul kak, ujian dtg tk diduga, kena bersedia selalu

    ReplyDelete
  5. nasib baik ada Mc Gyver Melayu...tulah, holiday ni penting jugak kalau ada lelaki.if jadi apa-apa senang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. McGyver ni dtg dari nogori semilan yo Sal, takdo jauh do..hihi

      Delete
  6. Alahai kasihannya! Nasib baik ada McGyver tengah bercuti kat Malaysia. Buat McGyver sibuk berurusan di obersi, tak ke naya tayar pancit dalam hujan lebat!

    Kalau tak cakap, memang tak perasan pun tudung yang sama 2H1M katanya. Kehkehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, tak lamo laie nak pi Kemboja lak, misi menggali perigi di sana, haha

      Ingat takmo gak pocah rahsio, tapi kot ado yg perasan, disangko eh tak mandi pagi kang,padahal den bangun kul 5 terus mandi tau., Haha

      Delete
    2. Tulah, tak lamo laie nak pi Kemboja lak, misi menggali perigi di sana, haha

      Ingat takmo gak pocah rahsio, tapi kot ado yg perasan, disangko eh tak mandi pagi kang,padahal den bangun kul 5 terus mandi tau., Haha

      Delete
  7. Ado hikmahnya..nti2 pikior poyi dgn klurga sndiri lak yo. .

    ReplyDelete
  8. Dugaan plak ye kak..turun2 tayar pancit..nasib ada penyelamat...

    ReplyDelete
  9. La....ko tanya tu pasal tudung ke mak. Alah relax ar, aku pun kekadang belasah tudung yg sama je. Kicik punya hallah....
    Tadi pun baca entri Umialya pasal CH ni , ni baca entri ko pulak, buak aku teringin pulak nak pergi mak....

    Mmg le mak, lagi best family kita je ek. Sapa yg ngajak Mc gyver tu ? Dah tentulah abg dia ek hihi...

    ReplyDelete
  10. Aiskrim strobery. Meleleh-leleh bengok.. Nampak banyak. Fuh. Nikmat dpt makan

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign