Asam Garam Kehidupan: Ibu abah gembira.

Nuffnang

Pages

23 Nov 2016

Ibu abah gembira.

Hari ni nak berkongsi rasa bahagia seorang ibu. Ibu kepada Nadhrah Hannani la CH oii, bukan Tasya.

Cuma terkilan la jugak bila bayangkan Nadhrah naik pentas takde makpak dia dapat saksikan. Last minit dia bagitau ada majlis khatam Quran dan anugerah pelajar Mumtaz psra malam semalam, ate camane gayenya, ibu ada meeting, abah plak kata mana boleh amik cuti last minit camtu. Ishhhh..terasa betul bahawa kami lah makpak yang sangat mementingkan kerjaya macam dalam drama melayu tu. Sian Nadhrah. Tapi ikhlas dari hati ibu ni, gembira dan bahagia ada anak bernama Nadhrah ni, takde pun amik hati atau merajuk sebab ibu abah tak datang tengok Nadhrah dapat anugerah. Ibu abah minta maaf sesangat ya sayang..

Sampai kat rumah petang tadi ( rabu 23/11 ) Nadhrah dah sampai dulu naik bas cik Berahim. Ibu abah masuk rumah terus memasing snap anugerah yang Nadhrah dapat. Ibu dah tentu-tentu nak share rasa bahagia ibu dengan teman-teman alamaya ibu, abah plak nak tunjuk dalam group adik-beradik dialah tu, tau sangat kan abah.
Piala kecemerlangan periksa upkk, plak tu sebab dapat mumtaz dalam psra, rm100 dari pihak sekolah.
Dapat juga senaskhah Al Quran dan sejadah kecil.
Ibu kalo dah masuk hari rabu, khamis ni mulalah rasa letih semacam. Cakap kat Nadhrah ibu nak berenti kerja, pandai pulak dia bagi nasihat kat ibu.." ibu berenti kerja, sape nak bagi ibu duit, ibu kerjalah sampai umur ibu 50 tahun, pastu berentilah.." 

Pandailah kau, tu 4,5 tahun lagi ibu nak tunggu tu nak oii.  Ini malam ibu penat rasa macam nak pengsan ni, dah dua hari ibu tak dapat tidur siang sebab kena stayback kat tadika tu, pinggang ibu pun rasa macam nak patah ni.

Jadi ini malam ( malam tadi le cek oiii ) ibu masak nasi goreng je. Ibu tak peduli kalau abah nak mogok taknak makan pun, abah tu lidah nesilan jati tu, perut eh nak konyang nasi berlauk je, bah... tu tengok tu, kan ada tolo dadar, ikan goreng lebih lauk malam sebelum tu pun ada, dah gorengkan semula kira halal la  kan walaupun yang sekor tu dah tinggal separuh, sayur kita takyah masak ye, cukup ulam kacang boto tu ye, jimat minyak bah oiii, minyak kan dah mahal. Ngehhh..

16 comments:

  1. Alhamdulillah kak.. Hihi bab makan tu pun dah nampak sedap kak. Fuh dengan ulam kacang botolnya. Nasi gorengnya.. Fuh. Nak sikit! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadilah buat alas perut reen, asal kenyang.
      Mehla sini ha, kita mkn sesame yr😁

      Delete
    2. Hahaha dah habis lauk akak.. Tak de rezeki Reen nak join. Eceh ceh ceh hihihi

      Delete
  2. Maafkanlah kawan kita CH tu, Kak Mah. Level ahkak-ahkak macam kita ni memang selalu pelupa jadinya. Lagi-lagilah masa tu CH sibuk tengok sardin dalam periuk Noxxanya, itu yang dia tersilap nama anak orang. Hahaha!

    Untunglah dapat duit RM100. Dapat beli beras 10kg, minyak 5kg dan gula beberapa peket ^_^ Cakap kat Nadhrah, banyak tu RM100 walaupun kalau kita emak-emak yang pegang duit banyak tu tak nampak pun apa barang yang dapat dibeli!

    Oh, kita pun kalau tiba hari Rabu aje asyik sangka hari Jumaat. Hari Khamis dan Jumaat tak payah katalah, memang sangka hari Sabtu memanjang. Memang nafsu kerja takda lagi dalam badan! Nak berhenti, HD kata lebih afdal bininya kerja. Kalau duduk rumah, macam Tarzan jerk kekdahnya; itu tak kena, ini tak kena. Lagi baik duduk pejabat, senyap sikit mulut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. First janganlah panggil ai kak mah, dah rasa cam kak mah lain da.Oppss..

      Hihi,kalo ikutkan omak eh mmg mau ajak nadhrah belanja ke ep se ke, satay ke, tapi abah dah selamatkan utk masuk tabung ptptn dah, tak dapekla.

      Napelah sama je kita ni, asal isnin je dah monday blues, asal rabu, kamis pun blues juga, jumaat je baru tak blues tapi dok tengok jam dah kul berape, kan, kan..takyah nak pusing citer la.
      Kalo jadi maktarzan gak kat pejabat mau psktarzan dtg selamatkan, haha.

      Delete
  3. Sedap. Makanan tu.. nasib anak2 fahamkan.. Byk hadiah dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unni rajin masak tak? Jawab rajin2, haha..boleh jadi bakal adik ipar.

      Delete
  4. Tahniah Nadhrah,bijak pandai..

    NA, kasilah tip ntuk jadikn anak cemerlang, mklm le cikgu2, byk ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh..takyahla mta tips kat den, lebih afdal mta tips kat kzakie.

      Tapi nadhrah mmg rajin ngaji.

      Delete
  5. tahniah nadhrah..

    kemain meriah makanan tu haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trmkasih E'in.
      Nasi goreng je, Alhamdulillah..kenyang juga

      Delete
  6. Tahniah Nadhrah, moga terus cemerlang di hari2 mendatang..takpe dia faham kak..bukan saja2 tak nak hadir majlis hari cemerlang tu...
    masak simple2 pun jadilah kan.. cik abe makan pun bertambah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trmkasih atie..in shaa Allah dgn berkat doa kawan2 ibu nih.

      Masak simple2 atie kalo hari keje, tak sempatla nk menggulai bagai.

      Delete
  7. tahniah jugak dari maktok utk Nadhrah
    tang makanan tu nampak sedappp walaupun simple dimple
    kadang2 yg simple tu lah yg sedappp Zimahh

    ReplyDelete
  8. Trmkasih maktok ( dari nadhrah )
    Camtulah masak kalo hari keje knoor, goreng2, sup2 je, nk masak yg cerewet2 tak sempat dan tak pandai, haha

    ReplyDelete
  9. Tahniah Hanani, tahniah mak .....
    Rezeki namanya tu. Macam macam dapatnya tu ha.

    Nak buat mcm mana, bukan tak nak pergi tp keadaan tak mengizinkan...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign