Asam Garam Kehidupan: Pejam jelah mata tu.

Nuffnang

Pages

1 Nov 2016

Pejam jelah mata tu.

Malas nak pikir dah. Lantaklah nak naik pun, naikkan jelah selagi tak puas hati, selagi rasa banyak benda lagi yang boleh ditarik subsidi...
Kami nak buat apa? Hidup kena diteruskan juga, pandai-pandailah kami nak hidup kan? Makan nasi berlauk telur kicap ke, berlauk ikan masin ke, sekurang- kurangnya kami masih boleh makan dengan aman kan. Alhamdulillah...

Jom nak share kat sini, dari grup muslimah kat kawasan rumah saya, Alhamdulillah kiranya diorang ni berniaga sambil beramal. Kalau kebetulan suami outstation, datang angin malas masak tu, tinggal empat beranak je kat rumah, saya beli tiga bungkus nasi goreng paprik ni dah cukup dah, kenyanglah. Sebungkus rm5 je. Tak pun boleh beli lauk siap 3 jenis lauk rm10 je, tinggal masak nasi dengan tambah goreng telur dadar ke.

Alhamdulillah..nampaknya kawan-kawan muslimah saya ni pun macam saya, pejam je mata tu, malas nak pikir, yang penting masih boleh mencari sedikit rezeki sambil beramal.
Nasi goreng paprik, rm5 sebungkus.
Puas hati customer camni, bila oder baru
dimasak, siap boleh delivery lagi. Ulangan ye..
SIAP DELIVERY.
Yang ni plak kari ayam 2 ketul, sayur campur
dan sambal tempoyak pucuk ubi, baru rm10.
Jemput makan kawan-kawan, ermmmm...tengok tu, jangan tak caye, yang ni pun siap delivery juga nih. Kat kawasan perumahan saya ni macam-macam ada, nasi beriani, nasi lemak, bermacam jenis nasi goreng, capati pun ada, kuih muih. Ramai yang kaki berniaga, kebanyakannya suri rumah. Yelah dari tak buat apa-apa, berniaga macam ni boleh juga tambah sumber rezeki. Kiranya grup whatsapp kami ni bermanfaat sungguh. Saya nak tempah kuih-muih untuk apa-apa event kat tadika pun senang.

Alhamdulillah..

20 comments:

  1. Boleh dijadikan contoh. Tempat kakak tak ada lagi delivery tapi kalau menjual sana-sini ada. Kalau ada delivery senang Azi, call aje sampai depan pintu rumah..

    Ekonomi dah menjerat kena pandai mengolah..

    ReplyDelete
  2. Tulah kak, ada delivery tu mudah sgt, terutama kalo suami tkde, harga sgt berpatutan, portion besar, puas hatilah.
    Setuju sgt, boleh dicontohi di zaman serba gawat ni

    ReplyDelete
  3. Setuju kak.. Pejam mata. Kita ni cuma rakyat. Hanya ada hak waktu mengundi sahaja.. Lauk pauk yang akk order, nampak sangat menyelerakan.

    Rasa macam dah lama tak makan lauk paprik. Teringin pula nak masak n makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, dari terus membebel, bukan bole bwk apa2 perubahan pun, buat sakit hati je adalah.
      Lauk paprik senang reen, campak2 je jadi, hihi

      Delete
    2. Reen tak pernah masak lauk paprik kak. Heeee kesian kan Reen ni hahahaaa kalau pernah pun mungkin sekali dua. Yang pasti Reen dah tak ingat.. :(

      Yup! Setuju! Buat sakit hati.. Hihihi

      Delete
  4. dah malasa ank komen pasal segala kenaikan tu kan..sebab walau apapun hidup kena diteruskan.. huhu..
    wahh memang berbaloi nak beli klu mcm ni ada jual..mcm2 ada.. bagus group ni buat..
    salam kenal ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, komen bebanyak pun buat penat je kan.
      Mmg macam2 ada, sebut je nak apa, sedia duit je, haha..
      Salam kenal juga atie, trmkasih atas kunjungannya.

      Delete
    2. Ya, komen bebanyak pun buat penat je kan.
      Mmg macam2 ada, sebut je nak apa, sedia duit je, haha..
      Salam kenal juga atie, trmkasih atas kunjungannya.

      Delete
  5. bagus gak idea delivery kan, meh kita berbisnes TAPI.. bila masanya nak masak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, jadi suri rumah sepenuh masa baru boleh UA.

      Delete
  6. Bab2 kenaikan ni, diam jer, udah le BRIMpun tak pnah merasa, sob3

    Nak menangis, meratap, memekik dsbpn, bukannya boleh merubah keadaan cuma ralatnya minyak masak naik terlampau tinggi, urmm patut le ramai peruncit simpan dalam stor jer minyak masak tu, tunggu 1 Nov baru jual.

    Hari2 nak makan ikan bakarpun dalam oven & kuali ajaib, tak lalu juga lain le kalu bakar guna arang ke, barulah ada ummmmmmm tapi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak layak BRIM la weyh, mana nak dapat, huhu..
      Tulah, baru dlm berita ni ha, peniaga kat mane ntah kena dakwa sbb sorok myk masak. Tapi dengarnya gas masak pun nak naik harga gak??????
      Tak lalu mkn ikan bakar, makan ikan rebus, haha..sob3x
      Tawa dlm tangis.....

      Delete
  7. Ralat: Ikan yang dibakar dalam oven###

    ReplyDelete
  8. Betul tu Azimah. Merungut dan mengeluh tidak dapat menyelesaikan masalah. Lagi bagus cari jalan untuk bernafas dengan tenang dengan mencari ruang dan peluang meraih rezeki sampingan

    ReplyDelete
  9. Bagusnya mak taman ko. Aku ni kalau nak bisnes agaknya bolehkan mak tp tulah, tak pandei masak. Kang kalau tak sedap macam mana? Tak pasal pasal mak kena kecam pulak huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko takyahlah buat bisnes masak kalo tak pandai masak, buat cam aku, aku jual laici yusof taiyoob, jual shaklee, jual ivmist..ha, dengo cam kencang je, tapi semua antara nyawa2 ikam je, huhu

      Delete
  10. redha jelah..complain pun harga tetap naik. nak buat cmane

    ReplyDelete
  11. bagus tu kak siap delivery lagi ha.. tempoyak pucuk ubi tu buat terliur je

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign