Asam Garam Kehidupan: Sape tau macamana nak buat toge.

Nuffnang

Pages

2 Nov 2016

Sape tau macamana nak buat toge.

Dah lama tak makan toge tau. Sejak terbaca satu artikel tu. Tak taula korang pernah baca atau dengar. Tapi terpulanglah pada korang nak percaya atau tak. Bagi saya bila dah baca, tapi tak tau sejauh mana betulnya, rasa tak sanggup dah nak menyentuh sayur yang satu ni. Bayangkan toge dibaja dengan air kencing. Nak cari toge buatan orang islam pun payah. Camni raso nak pencen pastu bukak bisnes buat toge la plak.

Saya suka toge tau. Dahla murah, sedap, macam-macam boleh buat. Goreng mihun, goreng mee, ulam nasi kerabu, ishhh...kalau nak senarai persatu kang panjang berjela plak entri den ni kang.
Jadi saya pun cubalah buat toge sendiri, sebab dah craving nak makan mihun pink taruk toge macam kaknoor buat tuh, huhu..
Dah empat hari ni macam nilah rupanya. Koraaaaaang, janganlah gelak. Den ngaku den bukan petani yang bertauliah, nak buat toge pun tak pandai, takdo ilmu eh. Sape boleh ajar den, ko nak kono poie kursus buat toge?

12 comments:

  1. kak nanpak ada dlm blog yati atau saniah kot yg ada n3 buat tauge...nampak elok taugenya julur panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat lagi nak ke sana kak PI, tapi dah google dah. Nnt nk try lagi, mana tau kali ni jadi kan, hihi

      Delete
  2. Google Azi... tapi dulu almarhumah mak kakak dulu selalu buat toge.
    Apa yg kakak nampak dia letak atas guni jut kacang hijaunya. Tutup juga dgn guni (sekarang macam tak pernah jumpa guni kan). Lepas tu selalu renjis air. Betul jadi cantik..

    Sekarang beli lagi senang haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah google semalam kzakie, hihi..camano lah boleh tak terpikir mak tya pakcik google.
      Taknak beli toge cina kak, takut dia guna baja air kencing. Kedai kt umh dulu ada jual toge melayu, tapi tak laku agaknya skrg dah tkde.

      Delete
  3. Kak.. Kat Google dan Facebook, akak search je. In sya Allah jumpa pelbagai tips dan info tentang cara tanam toge.. Toge memang sedap! Paling suka waktu masak tumis goreng biasa. Fuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, bila kengkawan kata google baru teringat nk google, tak terpikir pun sbl nak buat tu, pikap dah slowla reen, heheh.

      Delete
  4. Kikiki... kenapa togey ko kontot mak? Mak aku dulu dulu pun suka buat togey sendiri. Tp aku tak ingatlah camne mak aku buat dulu dulu...
    Aku pun suka togey mak. Kalau buat meehoon ke kueh teow ke mee ke aku suka buh togey banyak banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik ko tanya mak ko sekarang, kalo tak takdelah toge aku kontot, tau dah mesti ko nak gelakkan aku.
      Arini aku goreng mihun adalah sejemput dpt toge aku tu.

      Delete
  5. Nantilah saya cuba dulu, kalu berjaya baru kongsi...

    masa remaja dulu, pernah juga buat, tak gemuk, panjang + halus jer batangnya, kzm kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, bagus2x, cuba jgn tak cuba, hehe..
      Takpelah panjang kurus panjang pun, at least jagi jugak kan.

      Delete
  6. dah jadi nanti boleh ajar anak-anak kat tadika.saya dulu pun belajar masa sekolah rendah.dah lupa.huhu

    ReplyDelete
  7. rajin akak buat toge sendiri tu, saya pun ada baca kak pasal toge tu

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign