Asam Garam Kehidupan: Yang ditunggu minggu ini.

Nuffnang

Pages

15 Nov 2016

Yang ditunggu minggu ini.

Geng-gengku sekelian, alah..bukan geng mesyuarat tingkap yo, geng mak yang anak eh upsr and psra 2016 nilah,  sari dua lagi result dah nak keluar. Esok 16/11 keputusan PSRA, khamis 17/11 plak keputusan UPSR.

Rasa eh ramai yang berdobar-dobar ni. Takut ngalahkan anak yang pekso tu. Eshhh...tak payah nak takut sangatlah, kalau anak tu dah usaha, ada rezeki eh, in shaa Allahlah berjaya. Positif aje ok.
Den tak risau anak den si Nadhrah Hannani tu tak lulus cemerlang. Yang den cuak kalau dia berjaya dapat 6A dalam upsr, dan dapat plak mumtaz psra nya. Huhuhu..takyahla, tak dapek pun takpo do.

Den takmo dia pergi asrama. Abah memang dah mintak sana-sini, tapi ibu dia ni dok berdoa dalam hati supaya tak dapat. Sedih tau, anak lima, sekarang dah tinggal tiga je kat rumah, nanti kalau Nadhrah masuk asrama tinggal dua je. Belum pun tua betul-betul dah nak tinggal berdua laki bini, huhuhu..

Tapi kalau dapat, takdelah nak halang. Dapat ok, tak dapat pun lagi ok. Tiap anak ni kan ada ada rezekinya masing-masing.

Eh, satu lagi. Rasonyo semalam ramai yang menunggu kemunculan super moon kan. Tapi super moon bersembunyi di sebalik awan. Nak tengok lagi kenalah tunggu 64 tahun lagi kan? 64 ke 68 tahun ek? 68 tahun lagi den pun dah tinggal nama je. Tapi malam tadi elok plak bulan mengambang. Tak dapat snap gambar super moon, snap gambar separuh super moon pun jadilah.

Nadhrah Hannani, kejap je kau besar nak, ibu pun makin tua...
Hasil snap-an malam tadi, jadilah tak dapat gambar super moon betul-betul pun, tapi malam tadi elok lak bulan ni senyum.
Tanda-tanda kiamat yang hampir dengan tanda-tanda kiamat besar:
" Bulan kelihatan besar"
( Disebut oleh As Suyuthi dalam Al-Jami' ash shaghir dan disebut oleh Al-Quthubi dalam At- Tadzkirah m/s 648 )

9 comments:

  1. Anak2pn dah besar panjang, apa kata tambah sorang lagi, kembar k??? oosssss...

    ReplyDelete
  2. Den nak tunggu cucu jelah geng oii, takdo nak tambah lagi dahhhhh..
    Kalo tmbh kita tmbh sesama nak? Haha

    ReplyDelete
  3. Den nak tunggu cucu jelah geng oii, takdo nak tambah lagi dahhhhh..
    Kalo tmbh kita tmbh sesama nak? Haha

    ReplyDelete
  4. Sedih juga ye kak bila anak2 masuk asrama.. kecik2 dah tinggalkan kita pergi menuntut ilmu...takpelah..pengorbanan namanya... mudah2an adik cemerlang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sape tk sedih atie, mau sawan sedih tau, rasa nyesal plak tak beranak ramai2 masa tgh muda, haha..

      Delete
  5. terima kasih kak bgtahu bila upsr nak kuar...xsabar tunggu result adik bongsu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah cemerlang ye, tengokla adik sape, hihi

      Delete
  6. Sayakan sejak anak masuk Tahun 1 saya dah beritahu dia tak payahlah susah-susah nak masuk boarding school. Dan anak (lelaki) sayakan, siang-siang dah kata dia malas nak belajar berdikari kat sekolah asrama sebab dia sayang bangat dengan emaknya yang dah macam bibik aje kat rumah ni ^_^

    Apa-apa pun result si anak, tahniahlah saya ucapkan ya! Nampak gayanya ni memang macam cemerlang aje!

    Bab supermoon ni, lagi 18 tahun barulah akan berlaku lagi. Yang benarnya, tiap-tiap bulan pun ada bulan penuh tapi yang kedudukannya paling dekat dengan bumi cuma akan berlaku lagi pada Nov 25, 2034. Kita-kita ni, tak payahlah menaruh harapan tinggi sangatkan. Lama lagi tu, macam tipis jerk harapan. Hihihi....

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat Nadhrah Hanani....moga dapat result yg cemerlang biar mak tu seram Nadhrah haha...

    Ohh... ko gitu pulak stylenya ek mak. Aku suka anak masuk asrama biar dia berdikari. Duk rumah semua mak yg buat.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign