Asam Garam Kehidupan: Adiknya dah move on.

Nuffnang

Pages

9 Dec 2016

Adiknya dah move on.

Ingat tak aritu saya citer pasal adik dan abang, dalam post dia dah jadi abang yang sebenar. Sebenarnya ( banyaknya sebenar ) si abang ni memang ada masalah sikit, cuma saya tak dapat nak perincikan bebetul masalah dia sebab saya bukan doktor. Parent dia memang dah bawak jumpa pakar kanak-kanak. Tapi entahlah, nak kata improve banyak tu takdelah sangat.

Tapi adiknya Alhamdulillah, takde masalah. Normal. So, si adik dalam tempoh seminggu ni nampaknya dah boleh sesuaikan diri. Yang si abang, bila tengok si adik dah boleh bawak diri, dia pun dah tak kisahkan sangat dah adiknya.

Ada satu hari si abang buat perangai lagi. Menangis entah apa puncanya. Terbalik dah, si adik pulak cuba pujuk si abang. Yang si abang lari masuk satu bilik ditutupnya pintu kuat-kuat sampai terkena kaki si adik yang mengekor cuba pujuk dia tu. Dah dua-dua menangis. Cam biasa ticer Azimah kena handle sebab si abang ni takut dan makan saman dengan ticer Azimah je. Dah kena ubat dengan ticer Azimah, si abang peluk ticer Azimah sampai naik luluh plak hati ni. Barulah nak salam dengan si adik, barulah tamat drama air mata hari tu. Fuhhhh...

Alhamdulillah..
Salam 9 Rabiul Awwal.
Adik dah solat dalam saf gegirl.
Tengok si abang nangis, si adik pergi dekat abang.
Si adik cuba pujuk abang.
Abang, dah..dah..diam. Tapi si abang tak makan pujuk plak. Penat adik pujuk abang lari masuk bilik tutup pintu kuat-kuat sampai kena kaki adik.

7 comments:

  1. Ohh...adek dia dah confident. Giliran dia pulak untuk jaga abang. Harap2 doktor pakar dapat kenalpasti apa masalah si abang tu dan masalah itu dapat ditangani. Meantime, ticer Azimah kasi dia ubat :)

    ReplyDelete
  2. Ya PH, seronok dah tengok adik dia, dah bole ikut peraturan, dah nak berkawan. Ermmm..abang dia mmg nak kena kasi ubat lagi tu, hehe..

    ReplyDelete
  3. Kak.. Adik bradik ni nampak macam rapat antara satu sama lain kan kak. Tapi betul ke mereka ni rapat?

    Ada separuh adik beradik, nak nangis ke.. Nak guling ke, tak kisah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata rapat tu mcm tak, si abg sekarang lebih byk buat hal sendiri, sedang si adik plak dh mula nk ikut rule tadika dan nak berkawan. Kalo kt rumah tu tak taula plak camane.

      Delete
  4. Asalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Hmm, macam-macam karenah 'anak-anak' yang mencuit hati. kadang-kadang jadi semacam hiburan, kadang-kadang tu boleh juga hilang kesabaran. Apa pun, moga akak dipermudahkan semua urusan dalam membentuk 'manusia'. Amiinn
    Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut maulid ar-Rasul kepada akak sekeluarga, semoga kedatangan hari yang bersejarah ini meningkatkan lagi kecintaan kepada baginda saw. Allahumma solli `ala saiyidina Muhammad, wa `ala alihi wa sahbihi ajma`in...

    ReplyDelete
  5. Wsalam..trmkasih atas doanya.
    Mmg kalo nak cerita mcm2 kerenah anak2 yg ibaratnya mewarnakan kehidupan akk ni, yg mbuatkan jiwa akk ni sentiasa hiduplah rasanya. Mana yg baik tu moga jadi saham akhirat akk.
    Ya..moga kita beroleh syafaat baginda di sana nnt, Sollu alaih..

    ReplyDelete
  6. Malasnya mak kalau aku melayan bebudak ni tambah lagi nangis nak pujuk bagai....aduhhhmmg tak boleh jadicikgu tadika nampaknya aku ni

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign