Asam Garam Kehidupan: Berterabur melarikan diri bila nak makan Spirulina Elken.

Nuffnang

Pages

20 Dec 2016

Berterabur melarikan diri bila nak makan Spirulina Elken.

Tinggal budak bertiga ni penghibur hati ibu di rumah.
Diorang ni rapat. Almaklum tinggal diorang tiga beradik je kat rumah. Korang, ni ahkak nak pesan sape yang bole kawen tu kawen cepat, beranak ramai-ramai. Rasulullah pun suka umat dia ramai. Macam ahkak ni, anak lima orang jer, masa diorang kecik rasa cam ramai, riuh-rendah tak kira masa, suara maknya pun ngalahkan tarzan jantan kot, terutama bila diorang bergaduh, ya Allah...
Tapi sekarang, yang suka cari pasal si Umar Zikri lah, dialah pencetus suasana terutama masa mandi petang, mesti nak mandi dengan si abang tengah tu, pastu mulalah bergaduh dalam bilik air tu..
Spirulina Elken. Dulu masa pegnant si kakak dan abang besar tu memang den makan benda ni. Larling aktif juga jadi dealer masa tu. Pastu bila orang atas keluar, teruslah tersenyap camtu aje.
Alhamdulillah berkat makan Spirulina Elken ni masa ngandung tu, pastu masa diorang nyusu hancurkan masuk dalam susu dorang, anak den yang berdua tu boleh tahan otak eh.

Tapi untuk anak yang bertiga ni, cuma bagi cam multi vitamin je. Cuma baru ni abah eh teringat nak bagi diorang makan spirulina Elken ni juga. 
Dulu packingnya dalam botol. Sekarang ni dah packing camni plak. Tapi harga masih sama, rm150 isinya 300 biji.

Jadi malam tu abah bawak balik, bagi diorang makan disuruhnya kunyah...
Yang si anak pun jujur je ngunyah difikirnya cam gula-gula kot. Pastu nak tau apa jadi...masing-masing macam nak termuntah minum air bercawan-cawan nak menghilangkan rasa tu.
Padahal patutnya telan jer, takyahla kunyah, memangla tak sedap lansung walaupun khasiatnya tak payah ceritalah...nak tau lebih lanjut tanyalah cikgu Etuza yek.

Jadi malam tadi bila nampak si abah bukak peti sejuk, masing-masing berterabur melarikan diri nak menyorok taknak makan ubat tak sedap tu. Si kakak selamat nyorok dalam bilik gelap, yang si abang tengah
langkah dua mata langkah lari naik atas, yang si Umar Zikri yang nyorok balik kerusi tolak balik kerusi berlari ngikut si abang naik atas..

Tapi manakan sempat, abah dah bersuara dulu, "Epp, sini, makan nih!"
Masing-masing sengih-sengih cam kerang busuk menadah tangan. 
"Ambikla air, dah tau tak sedap, tak payahla kunyah, telan dengan air," den si omak nih memberi tunjuk ajar.

Maka selamatlah diorang makan spirulina Elken tu malam tadi.

12 comments:

  1. Hihi... memanglah kalau dikunyah siapa boleh tahan. Tapi bagus juga cepat bertidak apa lagi minum air bercawan-cawan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya gelak sungguh2 kak smp nk tido, dlm bilik air pun saya tergelak sorang2, even sekarang pun saya masih tersengih sorang2 ni, sbb saya ingat diorg main nyorok2, rupanya nk nyorok sbb tk sanggup mkn spirulina.

      Delete
  2. mmg seronok ada anak ramai ni..sy sendiri ada 6 orang..dah remaja dan sorg dh bekerja..terasa sunyi pun ada bila semua dh masuk kolej..tapi seriously ada anak ni mmg sangat seronok walau dulu kekadang huruhara rumah jadinya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2x, rugi plak rasanya merancang2 masa muda dedulu, rindu teringat zaman diorg dok gaduh2 tu, pastu seronoknya masa berbuka puasa, masak apa je habis semua. Huru hara tu mmg selalulah sangat. Puan menang sorang dari saya nampaknya, hehe.

      Delete
  3. hah..hah..hah...PH pun makan spirullina tapi main telan2 aja dengan air. Kalau kunyah2 tu, jangan haraplah. Bau spirullina kuat tapi kalau kunyah daya penyerapan lebih efektif. Kalau tak kunyah pun ok sebab lepas masuk perut, is diserap juga. Betul tak, ticer Azimah? hee..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, rasanya abah dorang pun nak macam tu, nak tengok kesan yg cepat. PH makan spirulina Elken jugak ke? Bau dia memang kuat kan, rasa mmg tak sedap, tapi khasiatnya mmg banyak terutama utk kecerdasan fizikal dan minda.
      Betul2x, sape nk cuba boleh aje..

      Delete
  4. Setuju kak.. In sya Allah bila reen dah preg, reen nak tiap tahun preg. Hehehee kalau leh dapat kembar terus, alhamdulillah.

    Nak anak ramai.. Meriah rumah walaupun pada mulanya letih jaga mereka. Tapi, in sya Allah berbaloi jaga anak2 ni. :)

    Wah anak2 akak.. Pandai ya. Nampak abahnya bukak peti terus cari lokasi nyorok. Hahahaahaa bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaaAllah akk doakan reen segera preg. Dapat kembar terus, aminnn.
      Takyah rancang2, terima je Allah nak bagi.
      Nak tau, dorang pakat nak nyorokkan spirulina tu plak, mcmlah abah tu akan senyap je..

      Delete
  5. tak pernah makan, tp kalau anak saya memang saya paksa juga makan suplemen. tapi shaklee punyalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi shaklee pun tak mampu lah plak😂😂

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign