Asam Garam Kehidupan: Bila orang tak pernah kerja nak kerja.

Nuffnang

Pages

21 Dec 2016

Bila orang tak pernah kerja nak kerja.

Anak bujang seorang ni kalau cuti aktivitinya game je, pc tu dia punya dah. Nak merayap takde kawan setaman, yelah duduk asrama kan. Nak naik motor takde motor. Tapi jangan tak tau dah berani curi-curi bawak kereta abah tu, tu yang eager sangat nak cari kerja lepas spm baru ni. Hajatnya nak amik lesen, nak minta abah support manakan boleh.

Alhamdulillah dah dapatlah kerja.
Pembantu makmal gaji rm900 sebulan. Masuk pukul 8 pagi, keluar pukul 5 petang. Katanya taklah susah kerjanya, tapi penat, banyak naw nak kena buat. Ermmmm...faham, orang tak pernah kerja kan, so rasalah macamana penat lelah abah ibu kerja cari duit kan.

Baru dua hari kerja, hari ni hari yang ketiga. Dah nampak keliatan dan kemalasannya nak bangun awal pagi, sebab nak kena ikut abah keluar seawal pukul 6.30 pagi...hihi..
Tanya nak basikal tak, takmo plak. Kalau motor harus kot mau. Tapi mana kan dapat, awak tu lesen motor pun nan hado!

So, kita tengokla sejauh mana kekentalan semangat anak bujang sorang ni bekerja yea. Ibu harap bertabahla ko yea Muhammad Danish sebelum ko betul-betul menempoh pancaroba sebenar kehidupan masa depan...

Umurnya baru 17, tapi dah sama tinggi dengan abah. Harap semangatnya pun setinggi badannya. Jangan separuh jalan jer..

21 comments:

  1. Betullah Azi anak dah biasa hidup tak tahu susah tak sama mcam kita. So tak payah kata apa biarkan aje samada dia boleh bertahan atau tak. Cuma kalau nak kerja ada pendedahan. Anak dara kakak ni dok kat rumah jadi tukang cuci rumah dan tukang masak. Baru nak ambil lesen kereta. Lesen motor dah ada dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, saya biar jelah, bagi dia merasa susah payah kita org tua cari duit nk membesarkan dia.
      Wah, untung kak, ada ank dara rajin boleh harap dah masak, kemas2, ank dara den si kakak tu tolong2 bolehla, nk lepas kt dia aje sekadar masak nasi, goreng telur bolehla.

      Delete
  2. Tahniah Danish, jgn lupa belanja family ngn gaji pertama nnt.. ~_^

    Anak bujang sayapun sibuk nak cari kerja tapi suh dia dptkn lesen kereta dulu, lepas tu baru le fikirkn nak keja ke apa, kang bajet umi abis, berputih mata le ko anak..

    Lagipun masa rehat ni, biarlah rehat secukupnya, pasni pasti bergelumang dgn buku2 lak..

    Lesen keta shj kt sinipun dah RM1k ++, sib baik dah ada lesen motor, save sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kan Danish, ibu tggu nih. ( Jgn tk tau dia sonyap2 baca gak blog ibu )
      Ummi ada cukup bajet takpe, ni abah ibu duit cukup2 mkn je rasanya, kenalah usaha sendiri.
      Kat sini pun rasanya lebih kurang tu jugak kena byr.

      Delete
  3. baguslah tu, bekerja cari pengalaman...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lebih baik dari tido main game aje, eloklah cari pengalaman kerja.

      Delete
  4. Hihi biasa lh tu kak.. Reen pun klau ibuayah offer basikal namau nya.. Cuba moto. Nak nak nak. Hahahahaa

    Bagus kak cara akak dan suami didik anak. Ye lah. Nak dapat something.. Cari duit sendiri. Biar anak belajar berdikari.. Bila dah dapat apa yang dia nak dari hasil titik peluh sendiri, in Sya Allah akan dihargai barang atau perkara tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, malu agak eh nak naik basikal.
      Kami ni reen, dari dulu lagi tak ajar ank bermewah2, yelah kami pun makpak marhaenπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
      Harap2 ank2 faham kesusahan ibu abah nk menjadikan mereka seorang manusia.

      Delete
  5. Ticer Azimah, baguslah anak bujang ada semangat nak kerja. Budak2 zaman sekarang ni kebanyakan senang lenang, apa yang dia nak, dia dapat. So PH kagum dengan anak bujang ni, sanggup kerja time cuti sekolah. Biar dia dapat pengalaman alam pekerjaan sebab itu lah realiti bila dah dewasa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH, biarlah dia kerja, dok rumah pun tkde nak buat apa, kalo duk kampung bole gak mancing ke, masuk hutan ke, panjat pokok ke, mandi sungai kr, ni duk bandar, ciber cafe adalah, tapi saya tak bagi dorang pegi tmpt camtu.
      Biar dia tahu kesusahan mencari duit hasil titik peluh sendiri

      Delete
  6. ok la tu kak.. hihi biasalah anak muda, darah muda

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentisa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, baguslah. Boleh cari pengalaman bekerja dan duit belanja sikit-sikit. Disamping tu dapat rasa kesusahan dan pahit jerih orsng tua mencari belanja kehidupan. Ada sesetengah budak tak nak bekerja, asyik dengan gajet je. Mungkin orang tuanya berada kut...

    ReplyDelete
  8. Wsalam ustaz, trmkasih doanya, moga ustaz sekeluarga pun sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah jua.
    Setiap parent maukan yg terbaik dunia lbh2 lagi akhirat utk ank2 mereka, yg penting kita didik mereka kenal Allah dan Rasul, tak nafikan dlm kita dok didik2 tu, byk juga pengaruh luar terutama dari gadjet tu. Apapun kita as parent usahalah yg twrbaik utk ank2 kita, betul tak ustaz:)

    ReplyDelete
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  10. Mula2 nak biasakan diri mcm tu lah, lama2 nati mesti dah ok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2nya mcm tulah, apalagi bila dpt gaji nnt, oh..my firzt gaji gitew.

      Delete
  11. wahh besar dah anak akk....hehe...takpe kak..biar dia belajar slow2...teringat pulak memori irda bekerja masih remaja2 dulu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi tapi kurus, makannya tak terjaga, byk tido tu, hrmmn...sbb tu akk suka dia keje.

      Delete
  12. Banyak juga gaji RM900 tu Tin Mah..
    Nanti boleh juga beli barang keperluan untuk ke Universiti pulak kan..

    ReplyDelete
  13. Aku suka jugak kalau anak aku kerja ni...biar dia tau susah payah cari duit. Banyak jugak tu mak gajinya...bolehlah ko tumpang merasa makan KFC duit anak hihi

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign