Asam Garam Kehidupan: Kenapa masuk tahun baru, baru nak berazam.

Nuffnang

Pages

31 Dec 2016

Kenapa masuk tahun baru, baru nak berazam.

Beruntung orang yang bernama Azam ni, setiap kali disebut setiap kalilah jadi doa, doa yang baik-baiklah kan.

Pelik juga dan baru terfikir, kenapa bila masuk je tahun baru mulalah semua orang bercakap tentang azam. Azam tu maknanya tekad, hajat, impian...betulkan kalau saya tersilap, sebab saya malas naw nak membuka kamus dewan mencari makna azam ni.

So, kalau betul makna azam dalam definisi saya tu, hehheh..saya rasa kita kena pasang azam setiap hari, bangun tidur awal pagi je kita niat dah yang baik-baik..contohnya hari ni, ini target saya, saya mesti capai,...hari ni saya nak baca quran satu juz,....hari ni saya nak bersedekah,...dan bila dah berazam tu, buatlah, jangan tak buat.

Sebab tu saya pasang azam nak buat benda yang kecik-kecik dulu, contohnya..setiap hari saya mesti bersedekah walaupun sepuluh sen. Caranya saya buat satu tabung khas, saya namakan tabung subuh untuk memudahkan niat/azam saya tu. Tapi ada masanya saya terlupa juga. Biasalah dalam nak berbuat kebaikan ni, mesti ada halangannya.

So, untuk tahun depan azam saya..alaa..janganlah gelakkan saya. Memanglah azam saya nampak kecik je, tapi effectnya besar pada saya tau.

Ermmm...lantaklah kalau korang nak gelak pun. Ni kan azam saya, so suka hati sayalah kan.

Okeh...

Azam saya...

Setiap pagi pukul 6.30 saya akan bersarapan dengan nasi putih berlauk. Sebab, saya taknak dah perut saya penuh angin macam sekarang. Semalam saya pergi berurut tau bila dah tak tahan sakit bisa seluruh badan, rahim pun turun, kena sengkak untuk betulkan balik, sakit tau.

Senang cakap, azam saya ialah nak terus jaga kesihatan..hehheh..

Memang saya bersarapan, tapi kadang dengan biskut, roti, meehoon, bila time sarapan dengan bebudak tadika pukul 9.00 pagi tu, kadang tu saya rasa macam masih kenyang, atau kadang tu tak sempat pun bersarapan. Jadi sementara nak tunggu lunch hour pukul 12.30 tu, perut tu dah masuk angin.

Jadi kalau saya sarapan nasi putih instead of nasi lemak yang berlemak tu, in shaa Allah rasanya takdelah sampai perut saya masuk angin kan. Jadi in shaa Allahlah saya sihat dan kuat untuk jalankan tugas saya walaupun saya cuma sorang cikgu tadika, eh....tahun depan saya dah jadi guru besarlah korang.

So, apa azam korang? Tak kisahla kan, asal jangan pasang azam yang tak elok, atau pun dah berazam tapi tak berusaha nak buat.

Apa? Azam untuk blog? Sape taknak cari duit dengan blog, tapi dah tak pandai...biarlah takat ni je..

Selamat datang 2017, kami tak tau lagi apa yang akan kami lalui sepanjang jalanmu. Moga kami tak sesat jalan, tak terus leka, tak dibawa arus deras yang akan menenggelamkan...
Usia kami pun meningkat setahun lagi, bukannya semakin muda, bahkan semakin mendekati kematian...sedangkan persiapan untuk perjalanan yang amat jauh dan kekal abadi itu, belumlah seberapa pun...

Ampun maaf kawan-kawan alamaya ku, jika saya selalu komen yang bukan-bukan terutama pada mak okje..huhu..maaf bebanyak  kalau ko ada terasa ngan komen-komen aku, aku tau ko memang selamba je, tapi manalah tau kan..aku dah insap ni..

Walau apa pun azam korang, moga semuanya berjayalah ye. In shaa Allah..
Ni result hasil jumpa doktor Homopathi.
Ni plak ubat homopathi yang saya kena makan.

13 comments:

  1. nampak lain botol ubat tu drp yg saye penah makan. sis pergi haemopathy dekat mana?

    ReplyDelete
  2. Oh ni amik kat doktor homopathi kat arked mara kajang.
    Salam kenal.;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yeke. Saye selalu pergi bangi tu. ubat dia macam gula-gula. Salam kenal n saye follow sini jugak :)

      Delete
  3. Kat pkns bangi tu ke? Kat situ pun akk selalu pegi. Dr Hassan kan? Ubat dia bagus, tapi ni saje nk try tengok.

    ReplyDelete
  4. semoga azam tercapai ye kak...saya pun suka azam kecik-kecik macam tu.nampak lebih realistik dan senang nak digapai, Insha Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, amin..azam besar susah nak capai.
      Akk doakan azam sal utk 2017 in shaa Allah termakbul juga.
      Amin

      Delete
  5. azam apa pun, semoga tercapai ya. tabung subuh tu bagus sangat. Allah pun suka usaha yang kecil2 tapi berterusan. good luck cik azimah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Dr Ain, seronok dpt berkenalan dgn doktor ni tau, hehe..
      Akk pun doakan apapun impian ain akan twrcapai juga, aminn ya Rabb.

      Delete
  6. Satu botol ada brapa biji ubat kak? Banyak juga. Macam ubat Thyroid Reen. Heheheee sengkak rahim.. Aduh. Sakit tu kak. Terasa hilang nafas jap waktu die sengkak. Hahaaaa

    Ni yang seram sejuk ni. Tang sedekah subuh kak, biasa. Kadang kita terlupa. Reen ni.. Ada juga niat nak buat tabung subuh juga. Tapi sampai la ni asyik lupa. Aih.. Sabaq je lah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya doakan akak berjaya merealisasikan azam tu. Insya-Allah azam yang baik dapat pahala walaupun belum buat lagi. Jadi sentiasalah berazam untuk sesuatu yang baik-baik. Tapi mengapa mesti setahun sekali? Tak apalah, janji ada azam..hehe

    ReplyDelete
  8. Azam baru anytime pun boleh, kan? PH berharap ticer Azimah makin sembuh dan kembali sihat.

    ReplyDelete
  9. semoga Cik Azimah sihat selalu dan berjaya menjayakan azam tu ya

    ReplyDelete
  10. Salam 2017 mak....moga ko akan terus istiqomah dengan azam ko. Aku jugak yg tak terazam azam dari dulu mak hihi...

    Rasanya tak de apa pun komen ko yg mengecikkan hati den mak....Insyaallah moga persahabatan kita terus kekal ye mak

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign