Asam Garam Kehidupan: Kurang asam betul kutu babi ni.

Nuffnang

Pages

30 Dec 2016

Kurang asam betul kutu babi ni.

Ahad lepas masa kat umah MIL tu, bila dia cerita pasal kutu babi, diorang sebut cengkonit, sampai saya segan nak sebut, ada cam unsur 18sx sikit pada sayalah, tapi pada diorang biasa je...hihi..rupa-rupanya sebutan yang betul Nadhrah belajar kat sekolah..sengkenit..
Ntah dari mana datangnya, agaknya sebab MIL pun tak larat dah nak mengemas area rumahnya, maka berlarianlah sengkenit ni mencari mangsa. Sampai bawah ketiak MIL yang dah berkedut tu dia bertapa, dalam lubang telinga sampai kena pegi kelenet jumpa doktor sampai bertelur lah deh dalam lubang telinga MIL tu.
Malam rabu tu dah pukul 11.30 tepon ngacau den dah tido, takdo nak layan, rupanya si kakak, dah ibu tak angkat dia tepon abah, terdengar sayup-sayup suara dia mengadu kat abah, si abah suruh letak balm panasla nak kasi tercabut, degil betul natang ni bila dah menggigit tu, nasib baik berjaya gak kakak mencabutnya.
Malam tadi Nadhrah ngadu sakit telinga suruh abah tengok. Tu dia belakang telinga Nadhrah dia bertapa. Dah gemuk dia ngisap darah. Pun degil ya amat, susah nak mencabutnya guna ketip kuku, sampai hancur dikerjakan dek abah.
Saya pulak teringin nak nengok ropa sengkenit ni sehensem manakah. Buka google, mak aiii...meromang bulu telinga den, serta-merta meraba celah telinga...hahhhh...sudah..dan tu juga menjerit, rupanya celah-celah telinga saya pun dia dah bersarang. 
Jenuhlah abah malam tadi berperang dengan sengkenit ni. Nasib baik abah berjaya buang, kalo tak ingat nak gi klinik juga. Tu yang gambar atas tu yang dari telinga sayalah tu. Dahla degil, laju jr jalannya. Sampai sekarang terasa sakit kesan gigit dia tu, tapi yang pelik tu dari hari ahad sampai malam tadi baru perasan, sebab tak plak rasa sakit, lepas dicabut baru rasa sakit.
Agaknya dalam ramai-ramai cucu wan ni sape lagi yang terkena serangan sengkenit aka kutu babi nih?

31 comments:

  1. Mungkin berpunca dari binatang belaan. Mcm kat rumah saya, kutu banyak kat kucing

    ReplyDelete
  2. MIL tkde binatang peliharaan, dah tak larat dah nk menjaganya.

    ReplyDelete
  3. Keluarga kakak sebut cengkenit. Biasa kalau ayam mengeram ada Azi. Anak buah kakak pernah kena Azi. Dia duduk di pusatnya. Bengkak merah. Katanya sakit dan gatal. Dah besar baru nampak. Takut kan...

    ReplyDelete
  4. Rumah mak mentua tu sekor ayam pun takde kak, ntah dari mana datangnya. Dah tu suka nyorok kat celah2, celah telinga, celah ketiak, celah pusat, degil pun ya, susah nak cabut.

    Hihi...berbagai jenis binatang ciptaan Allah kan, ntah apalah hikmahnya binatang ni.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tau pun pasal sengkenit ni mak. Mungkin kg aku panggil tungau kot. Dulu dulu tungau ni rajin jugak gigit kemaluan anak sedara aku yg lelaki lelaki ni. Tau tau pagi dah bengkak je...mungkin sama spesis kot.

    Boleh tak perasan ek mak. Tengok tu tak delah kecik sangat benda alahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lainlah mak, kalo tungau tu merah kalernya. Ni hitam. Yang konferm dua2 ni suka menggigit di celah2.

      Tulah bole tak sedar, tapi benda ni jalannya laju, kiranya jauh gak dia merayap sbb nk masuk celah telinga, nasib baik celah telinga, kalo celah lain, haishhh..naya

      Delete
    2. Celah lain asyem kot baunya mak sebab tu dia tak mau haha...

      Delete
  6. MMG SAKIT N GATAL KALAU DIGIGIT CEKENIT, SUSAH PULA NK TANGGALKANNYA LBH BAHAYA KALAU DIA MASUK DLM TELINGA KENA DPTKAN KHIDMAT PEMUSNAH SERANGGA KOT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg susah kak PI nk menanggalkannya, kesan gigitnya pun sakit.
      Hrmmm..mungkin juga kot.

      Delete
  7. Kutu babi ni memang banyak kat kawasan semak samun kak.. Kat kampung ladang kelapa sawit mertua reen, ada juga.

    Pernah anak buah sorg ni kena.. Menangis-nangis dia. Merah dah telinganya. Kutu babi ni memang suka agaknya duduk dalam telinga..

    Tempat strategik untuk bersembunyi agaknya. Anak buah kena g klinik untuk buang kutu babi tu.. Memang liat nak keluarkan..

    ReplyDelete
  8. Yelah kot, sbb rumah mak mentua dah tak sebersih dulu dia dah larat menebas semak semua tu, masa dia sihat, siap meracun sendiri je. Ni kena harapkan ank2 la blk kg tolong kemaskan.
    Tulah kan, akk bayangkan dia mengembara di badan akk sementara nk smp ke telinga tu, naik geli geleman badan ni.

    Nasib baik suami akk boleh kuarkan kalo tak akk pun ingat nk gi klinik jr. Kesian ank sedara reen tu.

    ReplyDelete
  9. Yalah Azi biasanya yang ada reban ayam je ada kutu babi.
    Menatang tu kalau dia landing tpt selesa memang kita tak sedar ...tau2 dah muncit je:-).

    ReplyDelete
  10. Dahlah dah muncit, pastu dogil ya amat taknak dicabut, betul parasit dia ni tau.
    Kalau pacat tu dah kenyang mau dia jatuh sendiri kan, cer bayangkan kalo kita tak sedar smp dia beranak pinak, ishhh.. Nauzubillahiminzalik..ngeri

    ReplyDelete
  11. kat kampung masa kecik2 dulu pun banyak. dah la kenit sangat, kuat plak tu dia boleh melekat. huhu

    ReplyDelete
  12. Oo, tu pasal nama dia sengkenit kan, blm hisap darah kenitlah, dah kenyang muncit perutnya.

    ReplyDelete
  13. Oo, tu pasal nama dia sengkenit kan, blm hisap darah kenitlah, dah kenyang muncit perutnya.

    ReplyDelete
  14. Betul lah... bunda pun rasa tungau kot... hish.. bahaya jugak tu kalu dah sampai berumah tangga nanti dalam telinga..

    ReplyDelete
  15. Tungau rasanya warna merah, ni hitam.
    Tu yg takut tu, ni saya dok rasa mcm merayap2 je atas kepala, janganlah ko naik atas kepala ye

    ReplyDelete
  16. Gelinya! PH tak pernah nampak sengkenit ni. Yang pernah nampak ialah kutu kat anjing, tapi yang tu kira besar dan tak kecik macam sengkenit. Kena berhati-hati ya, ticer Azimah. Bahaya tu kalau boleh masuk telinga. Cuba lap lantai dan permukaan meja dsb dengan dettol atau apa2 jenis cecair anti-kuman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah tu rasanya PH, kat binatang. Mmg lps ni kalo balik rumah MIL ai akn lebih alert, takmo kena lagi, sakitt.

      Delete
  17. Replies
    1. Meremang bulu telingaπŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  18. belum pernah dengan cerita pasal cengkenit ni Zimah
    ke kaknoor yg tak peka entahlah
    bahaya jugak ya walaupun benda tu kecikkkkkkkkkkk sangattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkde kat brunei kot, hihi. Kalo akk nk tengok rupa sengkenit tu akk google.

      Delete
  19. boleh terbatal air sembahyang tak jika terkena kutu babi ni? heh...heh...

    ReplyDelete
  20. pandai dia menyorok ditempat-tempat tersembunyi..bahaya tu..kalau kutu rambut mmg ralit dok cari & tekan, tapi kutu babi ni..ishh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tkdelah nk cari pastu nk tekan2, geliiii.

      Delete
  21. Alahai kesiannya..

    Yg tahan tu, berparut pada tempat gigitan manja si kutu b*b*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nmpk kot, sbb dia gigit tu kt tmpt yg tersembunyi, so parutnya tersembunyi jugalah.

      Delete
  22. Alahai kesiannya..

    Yg tahan tu, berparut pada tempat gigitan manja si kutu b*b*

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign