Asam Garam Kehidupan: April 2016

Nuffnang

Pages

30 Apr 2016

Menangeh chef Wan..

Ni bakal chef-chef terkenal suatu hari nanti.
Dalam sebulan sekali diorang ni kena belajar masak-masak simple-simple one, semalam belajar buat sandwic. Mudah-mudahan jadi chef yang bertaqwa yea, sediakan makanan yang halalan toyyiban, tak tinggal solat, tak kejar glamer..hi hi.
Concentrate kang salah plak
Ready, seat..go
Eh, nak letak apa dulu nih
Ada gaya chef tak?
Tadaaa

28 Apr 2016

Selimut putih..

Daunku telah gugur disambut Izrail. Kuning dan kering. Tertera di atasnya:

Namaku: Zubaidah binti Muda.
Lahir: 14 Disembar 1941.
Ajal: 29 Disembar 2011.
Jam: 1.37 tengahari khamis.

Turut berguguran dedaun lain yang senasib.. Antara dahan Sidratul Muntaha ada yang hanya tinggal ranting. Dedaun kering telah gugur. Yang tinggal hanyalah daun hijau dan emas kemilau bagaikan sutera.

Gemersik bila dedaunnya bersentuhan. Bila daun bersentuhan, empunya daun akan terdengar  di cuping telinga bunyi desiran, mengingatkan diri agar berzikir kepada Tuhan.

   " Bahawasanya Allah Taala menjadikan pohon di bawah Arasy. Pohon-pohon itu mempunyai daun sejumlah bilangan seluruh makhluk. Jika ajal seorang hamba telah diputuskan, akan tetapi ia umurnya masih ada 40 hari, maka gugurlah daunnya pada tempat Izrail as. Maka dengan hal itu Izrail tahu bahawasanya ia diperintahkan mencabut nyawa orang yang mempunyai daun. Dan setelah itu mereka menyebutnya mayat di langit padahal ia masih hidup di permukaan bumi selama 40 hari."

(Riwayat Ka'bil Akhbar)

27 Apr 2016

Biarkan tingkap itu terbuka..

Biarkan tingkap itu terbuka..
Rembang petang mendung...
Bersama titis rahmat..
Dan angin..
Dan dedaunan kering yang jatuh bertaburan..
Dan dahan bergoyangan..
Dan guruh bersabungan...

Biarkan saja ia terbuka...
Aku mahu menyaksi semuanya..
Mendengar bunyi guruh..
Melihat dedaunan berguguran

Dahan dan ranting saling bergeseran..

Biarkan ia terbuka...
Aku akan rindu pada titis rahmat itu..
Bumi, pepohon, segala mergasatwa..
Juga akan mendambakannya...
Suatu waktu yang entah bila..
Tapi sangat pasti khabarnya..
Melalui lidah Saiyidil Mursalin...
Bahawa fitnah itulah..
Yang paling hebat ujiannya..
Waktu itu bumi mukmin kering tandus..
Merekah...
Pepohon tinggal tunggul mati..

Binatang ternak mati berkaparan..

Orang mukmin makanannya hanya zikir-zikir semata...

Lalu...biarkanlah ia terbuka..
Selama mana titis rahmat itu masih turun..
Selama guruh masih berdentum...
Selagi ada dedaunan kering jatuh bertabur..
Biarkanlah...
Aku akan menutupnya setelah...
Titis-titis rahmat itu benar-benar berhenti...

Ibu juga..

Ibu abadikan di sini,...
moga suatu hari impian ibu .... menjadikan blog ini sebuah buku...
menjadi kenyataan,..
dan buku itu bakal menjadi peninggalan ibu...
untuk kamu semua...
anak-anak yang ibu kasihi..

( banyaknya perkataan menjadi, sorila..ibu kesuntukan masa sebab nak kejar gi kerja pulak, so puisi ibu tak menjadi begitu puitis daa)

25 Apr 2016

Menangeh den dek penangan sambal itang Pahang.

Ni kiriman dari sahabat baik alamaya, tak pernah jumpa tapi Alhamdulillah rasa sangat indah ukhwah yang terjalin, semoga hendaknya Allah panjangkan ukhwah kami hingga je syurga, aminn.

Sampai petang jumaat 22/4/2016, saya bagi alamat tadika. Tengah mesyuarat sambil my boss raikan my belated besday dengan dua orang lagi ticer yang lahir sama bulan april, so ofkoslah kegembiraan berganda gitew..

Tq dear UA, ( sori tak dapat bagi link ), sambal itam Pahang mabeles habis. Pedasss, tapi..haa,  sungguh sedap dimakan dengan nasi panas-panas, tak payah lauk lain dah, cukup sambal itam jer. Rupanya resepi dia senang je, ikan bilis, bawang, cili..tapi kena ada belimbing besi yang dah dijeruk menurut my cousin orang Pahang., so mana nak cari belimbing jeruk?

Sekali lagi, terima kasih bebanyak UA atau puan Martini kerana bersusah payah kirim sambal itam Pahang untuk saya rasa, dalam dok sibuk dengan urusan kerja sempat juga mencuri dan mencari masa untuk mencari pahala...eh, betul ape..

24 Apr 2016

Dulu kalau hujan..

Terkenang masa kecik, taklah kecik sangat, dalam darjah 3 ke 4 camtulah, ermmm, tak tau takut pun, kalau hujan lebat macam petang tadi, apalagi yang best..mandi hujanlah.

Bukan aku saja, bebudak kampung lain pun, jadi cam pesta main hujan. Rumah kampung atap zink masa tu, ada cucur atap, air hujan turun dari cucur macam air terjun. Air tu jatuh ke longkang, siap jadi macam sungai pulak, apalagi dengan kreatif si budak kampung, aku susun-susun papan kat longkang tu buat macam pelantar. Pastu siap basuh baju kat situ. Yang peliknya arwah ma tak marah pun, mainlah kau sampai kecut pun, naik rumah makan ubi kayu rebus cicah gula lawan dengan air kopi, nostalgia sungguh...

Petang ni, ni hujan lebat kali kedua rasanya di sini. Sebelum ni ada gak hujan, tapi tak lebat. Anak aku minta nak main hujan, huh....jangan harap, kang tak pasal-pasal demam, aku ngan laling gak yang susah, kena potong duit lauk jadi duit ubat..

Psssst...ada baca paper musim panas sekarang ni akan berlanjutan hingga septembar,...Masya Allah....ya Allah kuatkanlah iman kami menempuh ujian ini...

23 Apr 2016

Menangeh korang minum air sorai ni.

First time merasa air serai, tapi bukan den yang buat, ni kira pangkat anak sedara belah mylaling, sesekali berjalan ke rumah eh, memacam dibagi makan, ngan mee hoon soto, ngan kerepek, ngan cream puff...sampai senak perut den, habih semua diet den, camanelah nak kuruih camni ha...aduyaiii mewahnya makan kita kat Malaysia ni, tapi kadang tu buang-buang je, bila dah tak habih, sedih tengok anak-anak Syria makan rumput....

Eh...

Takpelah, lupakan yang tu dulu.

Ni nak tunjuk camano rupo air sorai ni. Yang lain tu takyah tunjuk, korang imaginelah sendiri yea.

Bahan-bahan eh:
Serai 4,5 batang ketuk.
Daun pudina diramas sesikit je.
Asam boi.
Lemon potong nipis.
Longan tin.
Ais krim soda satu/dua botol.
Ais.

Campurkan semuanya, siap.

Sakit perut? Cuba dulu, sedapnya minum di kala cuaca panas camni.

Alhamdulillah..


22 Apr 2016

Dunia menipu daya.

Tuhan..
Engkau takdirkan hamba-hambaMu
Tinggal sementara waktu di dunia ini
Pada duri mereka Engkau jadikan nafsu
Nafsu itu pula dia sentiasa berkehendak
Kehendaknya tidak pula terbatas
Bahkan kemahuannya tidak puas-puas
Sedangkan Engkau jadikan dunia ini pula
Serba indah dan cantik
Mempesona dan menarik
Mempengaruh dan meransang
Menipu daya dan melalaikan
Serba sedap dan lazat
Apabila nafsu berkehendak dengan dunia
Nafsu sentiasa sahaja digodanya
Akibat digoda dan dinodanya
Oleh itu wahai Tuhan...
Siapalah yang dapat lari dari perangkapnya
Siapalah yang dapat selamat dari jebaknya
Kalau Rasul dan nabi Engkau pelihara mereka
Mereka boleh selamat daripada tipu daya dunia
Tetapi kami ini bagaimana pula
Apalah yang dapat menjamin keselamatan kami
Sedangkan tipu daya dunia amat dahsyat
Kasihanilah kami ini Tuhan
Pelihara dan selamatkanlah kami
Daripada tipu daya dunia
Yang sudah jutaan manusia ramainya
Yang telah diperdayanya.
Janganlah sampai kami juga diperdaya
Musnahlah kehidupan kami di dua negara
Selamatkanlah kami Tuhan...
Dengan rahmatMu...

21 Apr 2016

Kita sering lupa...

Apabila kehilangan
Nikmat kesenangan
Barulah terasa indahnya kesenangan
Setelah berlaku waktu sibuk
Baru terasa indahnya waktu lapang
Manakala badan sakit
Baru terasa nikmatnya sihat
Setelah datang masa tua
Barulah terasa indahnya masa muda
Kelalaian kita, selalu merugikan kita
Kealpaan kita..
Banyak masa telah dipersia..
Selalunya dunia dan nikmatnya...
Banyak merosakkan kita..
Bila iman lemah..
Ujian kesusahan juga
Menjadikan seseorang itu derhaka..

20 Apr 2016

Haa kau, tertonggeng..

Tido malam sejak cuaca panas ni, takmo dia pakai baju. Dok risau takut paru-paru masuk angin, dahla ada asma. Kalau pakai baju habis naik merah-merah badannya. Tapi tulah, memang panas, den pun tak mampu pakai baju, aipp..tolong jangan imagine bukan-bukan ek. Cubit kang..ha.

Tengoklah tu, sampai tertonggeng ke bawah, punya menggelisah kepanasan, nak pasang acon tak mampu bil melambung kang..tulah kena spare tilam kat bawah, kalau tak harus dia melolong tetengah malam.

~luluh hati dengar si anak ni meminta-minta air awal subuh tadi, terfikir bagaimanalah mampu tegarkan hati bila si anak merengek-rengek minta air, merengek-rengek kelaparan sedangkan zaman itu ummat islam cuma mampu bertahan dengan zikir, tahlil dan tahmid sahaja, sedangkan yang memperakui ketuhanannya, hidup serba cukup dan mewah...Tuhan..kumohon perlindunganMu dari fitnah dajjal~

19 Apr 2016

Karipap gergasi..jom

Jumpa karipap king kong kat rumah mama yan ( aryanazra ), ni meh lawan ngan karipap gergasi, satu biji makan kenyang sampai tengahari..

Kulitnya:
Tepung gandum.
Margerin.
Garam.
Air.
Yis segera / mauripan.

Caranya: Gaulkan margerin dengan tepung hingga rata, masukkan garam, mauripan dan tuangkan air sikit demi sikit, uli sampai doh tak melekat di tangan. Biarkan kembang. Ni bahan-bahan pandai-pandailah agak banyak mana. Cam saya buat sesuku je dari sekilo gandum tu, mauripan tu tak perlu banyak sangat.

Inti.;
Kentang..potong dadu.
Kobis...potong halus.
Bawang besar potong dadu.
Bawang putih diketuk.
Serbuk kari.
Isi ayam potong halus.
Garam, gula secukup rasa.

Caranya: Tumis bawang putih, masukkan isi ayam, bawang besar, kentang, serbuk kari, campur sikit air dan masak hingga kentang empuk. Kemudian masukkan sayur kubis, kalo nak tambah sayur lain cam daun bawang ke, capsicum ke, karet ke bagi lagi meriah, ikutlah kreativiti korang, last.. perisakan dengan garam dan gula.

Haa, nilah rupanya karipap gergasi den. Ni buat sarapan dan bekal en.somi dan anak-anak. Rupo eh buruk lah ket, tapi raso eh, in shaa Allah..

Ermmm...kot esok lusa berenti keje bolelah den buat bisnis kipap gergasi nih, mano tau rezeki den kan, joki orang menego ni kalau rajin, in shaa Allah kan.

18 Apr 2016

Dua kali dilamar cinta " Mat Saleh"

Memang hensom tau korang, bole cair dibuatnya, dengan tingginya, dengan putihnya, dengan bergaya ada kereta mewahnya. Ha ha..saya terlayan. Asalnya saya accept dia sebab nak link dalam Linkedin ( entah..saya tak tau sangat fungsinya, dulu join tu masa awal berblog ). Tiba-tiba dia hantar email panjang cerita pasal diri dia begitu, begini..katanya duda anak satu, siap tunjuk gambar lagi.

Yang pertama dulu, baru je nak berputik, saya dah cantas, yang ni saya biar dia berbunga dulu..

Saya nak tengok sejauh mana auta dia. Panjang email dia. Saya balas pendek je, tanya kenapa minat nak kawan dengan saya. Dia balas lagi, panjang berjela ..dah ada bunga-bunga cinta dah tu, siap panggil saya honey, my sweet heartlah, perghhh..mylaling pun tak panggil ai macam tu tau, boleh dia plak yang panggil.

Saya balas lagi, kenapa panggil honey, awak bukan kenal saya pun..

Dia balas lagi panjang, panjang berjela, ayat dia, memang cintan habeh korang, cinta sejati lah, lahir dari lubuk hati la, asyik fikirkan awaklah, bulan..bintang, bole bayangkan rambut awak terurailah..bla..bla..bla..blahh...

Pastu dah offer jadi isteri dia, siap panggil saya my adorable wife..ha ha..

Haa..korang jangan pikir saya nak menggatai tau, saya ni nak jadi isteri solehah kat mylarling sorang je. Tu saya nak tengok camane cara awang hitam,...saya rasalah, korang rasa? Camane anak- anak dara yang kesunyian, isteri-isteri yang sering ditinggalkan, anak dara yang terlajak umur ( minta maaf, harap jangan terasa ya ) boleh cair dengan begitu mudah, dengan ayat-ayat cinta dorang ni. Memang, ishhh..tak taula nak cakap, memang menggoda habis. Bila hati dah tergoda, tambah dia tunjuk gambar yang hensom kemain, siap posing dengan kereta mewah lagi. Haa, bila hati dah tergoda, dah cair, dah percaya, tu yang bila dorang minta duit senang-senang je bole bagi, ye tak?

Mula saya nak tunjuk email tu kat larling saya, bimbang plak kalo dia marah, yelah...ayat dia siap ada nak kiss, kiss bagai..mampuih saya kalo laling saya marah. Saya dah delete semua email dia..so tokleh nak tunjuk kat sini. .

Kepada anak-anak gadis di luar sana, ni cik akak nak pesan ni, korang berhati-hatilah, jangan cepat terpedaya bila ada mat saleh hensom nak kawan dengan korang, percayalah..tu tak lebih dari nak perdaya duit korang je...duit takpelah lagi, kalau maruah yang hilang....?

16 Apr 2016

Sayang Cini kering airnya..

Hari minggu ada kenduri
Kawen sepupu di Tasik Cini
Bersua wajah bersatu hati
Moga ukhwah terjalin abadi.

Jamu selera gulai kampung
Ikan kering sambal belacan
Kenyang perut mau berkampung
Resort Cini arah tujuan.

Lama sudah tidak berkunjung
Empat tahun senggang masa
Tapi terkilan dan agak canggung
Jelas sudah suasana berbeza.

Tasik Cini lagenda naga
Sudah termasyhur ramai yang tahu
Dulu hijau damai suasana
Kini agak kusam mengundang pilu.

Sayang Cini airnya kering
Musim kemarau sudah terkesan.
Panjatkan hajat doa seiring
Moga turun rahmat Tuhan.

Sayang tasik airnya kering.
Kasihan teratai pudar serinya.
Panjatkan taubat di malam hening
Kerana kita tak lekang dosa..

Tasik Cini sudahlah kering.
Bahang panas juga terasa.
Dulu munajat terasa asing.
Moga kini rutin biasa.

Jauh berjalan lelah terasa.
Dapat berehat sungguh nikmatnya.
Moga Cini pulih suasana.
Tasik yang kering penuh semula.

15 Apr 2016

"Dipeluk ngeri, didakap sepi"

Tidak ada yang akan engkau dapat daripada dunia ini melainkan sedikit kesenangan sahaja. Sedikit kelazatan daripada makanan dan minuman. Sedikit kerehatan dalam tidur. Sedikit senda gurau dengan suami atau isteri. Sedikit senang hati dengan hijaunya padi dan gandum. Sedikit kegembiraan menanti gugurnya buah di dusun dengan harapan dapat menjualnya di pasar dengan mendapat untung yang lumayan.

Sedangkan masa berlalu begitu cepat, meninggalkan berbagai-bagai peristiwa di belakang seperti berangkatnya asap unggun api ke langit. Berlalunya segala duka gembira manusia tanpa ada kesan apa-apa kecuali hanya yang sempat dicatit orang. Orang yang dikagumi, hanya merupakan lagenda di dalam sejarah, orang yang dibenci , tidak sedikit pun memuaskan hati musuhnya bila ia telah pergi dari dunia ini.

Dunia ini tidak lebih dari sebuah bayang-bayang yang bergantung kepada matahari dan pokok. Memanjang di waktu pagi dan petang, memendek di waktu tengahari dan senja...hilang di waktu malam. Dunia ini indahnya hanya sekejap sahaja dan ia akan layu, buruk dan hancur menjadi bangkai.

Telah banyak orang merebutnya. Telah banyak orang merangkulnya. Telah banyak orang binasa oleh tipuannya. Alangkah bertuahnya kalau ada seorang yang mati dapat menggenggam seketul emas di tangannya untuk dibawa ke kubur dan  jasadnya tidak reput-reput sehingga kiamat. Adakah..? Tidak ada.. Sedangkan semasa hidup manusia berebut-rebut mencari harta dan kekayaan, namun semuanya akan ditinggal begitu sahaja di hari kematiannya...

Sehebat manapun kedudukan manusia tidaklah ia dapat lari dari kubur yang menunggunya. Tidak ada lagi di waktu itu yang disebut hasil kejayaannya. Kepintaran dan karisma hanya tinggal dalam ingatan orang untuk beberapa hari saja, setelah itu manusia yang masih hidup akan sibuk dengan urusan masing-masing.

Tinggallah kita seorang diri...dipeluk ngeri...didakap sepi.

12 Apr 2016

Cantiknya la ibu ngan abah;)

Dari hari jumaat lepas dia merengek nak cari gambar satu keluarga. Cikgu suruh bawak untuk buat kerja sekolah dia. Kerja English katanya, rasanya mesti ticer dia nak perkenalkan father/ mother la tu.  Almaklum budak darjah satu si Umar Zikri tu..

Kitorang ni dah lama tak simpan gambar kertas foto. Yelah zaman canggih manggih ni, amik gambar guna tepon, simpan dalam pc, pc meragam, kena tunggu abang besar balik bagi betul semula. Abang besar tu umur baru 17 tahun tapi takat nak programkan balik komputer tu kacang je bagi dia, jangan omak eah ni, takat bukak, tutup, google tu tau la. Tu blog tu, tunggulah abang, kakak balik barulah berubah wajah eah. Tulah, jaman memudo dulu tak maun deh belaja, dah tuo, otak dah bangang mane kan maun lagi..

Takpelah..bukan den nak seyes bona berblog nih, takat cerita-cerita biasa saja, hajat nak buat duit kat blog, besa naw angan-angan eh..penyudahnya camni jelah ha.

Jauh no kona eh.

Ni ha, nak tunjuk gambar ibu abah yang hensom dan comey bebona ni ha,  menanges Dato' Fazley dengan isteri eh kalo tengok nih., Ni dari kulit majalah Mingguan Wanita, macam-macam cerita kat dalamnya, resepi pun ada., sebab tu ibu sayang, biar lama pun ibu simpan, yang baru takdo doh nak beli, dah tak terbaca, tak sompek laei.

Ermmm...bilalah hujan nak turun lagi? Kadang nampak mendung, takdepun hujannya. ( cam merungut jr ). Risau kalau ada catuan air je, nak menakung air dengan tong-tong penuh kat dapur, tapi kalau dah terpaksa apa nak dikata lagi. Sabar jelah dengan ujian, jangan merungut, ada orang lain turun naik tangga flat tau kena angkut air...

11 Apr 2016

Cepat betul Allah menjawab.

Semalam baru terfikir nak beli domino's pizza, selalu nak beli, tapi bila ingat kolestrol...patah semangat.

Aiksss...aleh-aleh hari abang tengah bawak balik pizza domino's..katanya cikgu bagi hasil duit kelas. Kawan lain dapat terus makan, abang tengah bawak balik kongsi rasa sikit sorang pizza mini tu, aduh....terharu sungguh hati ibu atas ingatan abang itu...nak nanges dah ni..

Jom belanja resepi sambal petai spesel.

Tak sesuai gitew, bucuk mulut tau, sape suka tu sukalah, sape tak suka jangan banyak cerita, tengok je, he he..jsngan marah ye korang, gurau petang buat hilang letih orang puasa. Haa..sape suka dan nak buat menu buka puasa hari ni, silalah ye.

Bahan2 ea:
Petai ikut suka.
Bawang.
Bawang putih
Cili kering ( kalo maleh guna jelah cili boh yo)
Ikan bilis.
Santan.
Asam, garam, gula.

Cagho2 ea:
Bawang, putih putih, cili blend...tumis sampai pecah minyak. Petai digoreng sedikit untuk hilangkan sikit bucuk ea, masukkan ikan bilis ke dalam tumisan, masukkan petai, last masukkan santan dan perisakan dengan garam, gula, asam secukup rasa..siap.

Kata orang, entah ye..entah tidak, nak hilangkan busuk mulut makan petai, kunyahle beras..haa, jangan ko telan plak beras tu yo,....ampun, ampun mak Okje, dear Fair, mama yan...gurau aje..

10 Apr 2016

Antara ayam dan manusia.

Seekor anak ayam bertanya kepada ibunya..

" Mak, best kan jadi manusia, kecik-kecik lagi diorang dah ada nama, Atanlah, Boboylah, Sherry lah...yang kita ni, kenapalah dipanggil ayam jer?"

Lalu jawab mak ayam..

" eh, jadi ayamlah best, kita bila mati orang panggil macam-macam..ayam gorenglah, ayam pangganglah, ayam kfclah, ayam rendanglah, sate ayamlah, ayam penyetlah, nasi ayamlah...orang kalo dah mati panggil mayat je,"

" A'ah ek, betul gak tu, kita ni lagi
fames bila dah mati kan mak," senang hati anak ayam..

"Ye nak, lagi pun kita mati tak kena hisab, manusia tak kira miskin, kaya, buruk, cantik..semua kena hisab.."

Ermmmm....ada pepatah baru ni, harimau mati meninggalkan belang, ayam mati meninggalkan jasa..boleg gitew ;)

Apalah yang boleh dibanggakan dengan wajah yang cantik, atau harta yang menimbun, semua tu tak boleh dibawak ke kubur...kecualilah wajah yang cantik berserta hati yang tunduk dan makin takut pada Allah..dan harta yang menimbun tu disedekahkan untuk menjadi jariah yang berpanjangan..

( syer dari wasap, tapi ada tambah asam garam sikit )

9 Apr 2016

Allahumma baariklanaa fi Rajab...

بسمالله الرمن الرحىم.     

Alhamdulillah, dah masuk bulan rejab kan korang. Maknanya In shaa Allah kalau panjang umur kita akan menunaikan Rukun Islam ketiga tak lama lagi. Soklan cepumas...dah habis qadha puasa, hi hi...

Saya bercerita pasal bulan-bulan Islam kat bebudak tadika ni, kat kelas 5 tahun, means bebudak umur 5 tahun..saya kata tak lama lagi kita nak berpuasa..nak tau apa response dorang...yey...saya ingatkan betul dorang yey tu sebab seronok nak puasa, rupa-rupanya...memasing lepas tu cerita pasal baju dan kasut raya sampai gamat dalam kelas...haaaa...tengok mind set dorang...salah sape tu....?

Kata Imam Syafie Rahimahullahu alaih:
" Dan telah sampai kepada kami( perkhabaran ) dikatakan bahawa sesungguhnya doa akan dikabulkan pada 5 malam iaitu pada malam jumaat, malam Idul Adha, malam Idul Fitri, malam Pertama bulan rejab dan malam Nisfu sya'ban."

( kitab Al Umm, jilid 2, ms 485, Athar no. 492, Tahqiq: Al Muhaddith Al Faqih, Syeikh Rif'at Fauzi 'Abdul Sl Mutallib ).

8 Apr 2016

Rebut peluang sebanyaknya..

Saya rindu arwah ma saya saat ini. Mak saya meninggal tengahari khamis waktu zohor, dikebumi sebelum maghrib, jumaat pagi dengan rasa yang tidak menentu, saya menziarahi pusara ma di Sg Kantan, dan jumaat malam sabtu saya balik ke Terengganu menaiki bas dengan dua orang adik lelaki saya, di kampung tinggal dua orang ibu saudara sedang uruskan tahlil untuk arwah ma di surau kampung.

Bila jumaat tiba, saya akan rasa...hari ni baru dua hari ma meninggal..ada masanya sebak menyesak dada sehingga...

Untung korang masih ada mak untuk korang berbakti. Saya dulu pun tak sedar keberuntungan tu, even masa arwah ma sakit sehari di rumah saya pun, saya tak bijak mengambil kesempatan tu, sedikit pun saya tak terfikir. arwah ma akan pergi dalam waktu yang sesingkat itu...

Berkatnya hidup di samping ibu, ada saja rezeki yang Allah murahkan, seperti kata adik saya yang duduk di Dungun, saban minggu semasa arwah ma masih ada, dia akan balik sebab nak hantar dan ambil ma di surau yang ma saya mengajar, sabtu dan ahad, sekurang-kurangnya rm30 untuk isi minyak kereta mesti ada, tapi rezeki tu sentiasa ada, tak tau dari mana datangnya..

Sebab tu bila baca atau dengar kisah anak yang tidak menghargai ibu, saya akan rasa sedih sangat...dan bila tengok natijah dari anak yang menderhakai ibu, saya tidak pelik, memang janji Allah begitu, tak tunggu di akhirat, di dunia Allah dah tunjukkan...kenapalah masih ada yang tak mau mengambil iktibar..( apa agaknya kesudahan lelaki yang menderitai hiv sehingga dimakan ulat badannya...sekiranya ibu yang sedih membawa diri entah ke mana tidak ditemui...)

Pesan buat Aishah Humairah, Muhammad Danish, Muhammad Hilman, Nadhrah Hannani dan Umar Zikri...jadilah anak yang membahagiakan ibu dengan sentiasa menjaga solatmu, berbakti kepada Allah dan Rasul dan jangan sakiti hati ibu...ibu minta pada Allah diberikan ibu umur yang berkat sehingga tidak menyusahkan anak-anak di hari tua ibu nanti...

6 Apr 2016

Di sini jugak yang selesa.

Ada meja study tak nak guna, kat bilik atas ada, kat ruang study bawah pun ada, tapi sorang pun buat tak kesah. Kat mana yang selesa, ni ruang tamu depan tv, sambil meniarap. Tv abah dah avoid tengok, boleh tengok malam minggu je..mula rasa janggal juga, yelah..seronok gak melayan drama sesekali, takdelah menghayati sangat pun,...tapi takpelah...kang bukak tv anak-anak tak jadi study plak.

Semua melepak depan tv, penuh buku Nadhrah, Umar Zikri, Muhammad Hilman...musim panas ni duduk kat bawah lebih selesa, al maklum rumah tak guna acon pun. Lepak depan tv ni, kalo dah ngantuk terus lelap, nak ngejutkan naik tido kat bilik atas, dah satu hal, kan main susah. Itulah masalah ibu dengan Umar Zikri setiap malam, kakak dengan abangnya takde masalah.

Kesian plak nak kejut, penat sangat ni. Kami makan malam sebelum maghrib, lepas maghrib bebudak ni terus boleh buat homework, Nadhrah tu, homeworknya menimbun ngalahkan abangnya yang tingkatan dua tu, tapi abangnya tu memang manjang takde homework, hrmmmm...entahle anakku yang sorang tu, mungkin rezekinya dalam bidang kemahiran kot. Minatnya melukis.

Tidola nak, kang ibu kejut solat isya', homework tu sambung esok kul 5 pagi ibu ye.

5 Apr 2016

Nampak cam nak hujan lagi.

Alhamdulillah, dalam hati dok resah,  gelisah mengharap hujan, akhirnya malam tadi hujan juga. Segar nampak pepokok pagi tadi. Cuaca pun taklah rasa berbahang sangat hari ni.
Ni saya amik gambar tapi guna phone je, sebenarnya cuaca kat luar rumah ni dah nampak mendung lagi, tapi tak nampak sangat dalam gambar ni. Harap-harap betul hujan jadi turun lagi. Ya Allahhh, ya Allahh, ya Allahh..

Dalam dua minggu ni anak-anak tadika saya ramai betul yang tak sihat, dengan demamnya, batuknya, yelah bebudak kan, cepat je terkesan dengan perubahan cuaca..

Kalau kat rumah plak, mandi subuh hari tu pun macam air dah guna heater, mandi petang tu kekadang terjerit kecil jugak bila air yang mulanya suam tetiba jadi panas macam nak buat air milo tu.

Eh, dah hujanla korang, siap ngan kilat petir ni. Alhamdulillah...

4 Apr 2016

Homemade fresh roti by me.

Berbaloi juga la, senang..tu yang penting bagi orang yang tak pandai baking cam aku nih. Dengan benda alah ni, yang kubeli secara online dari Go shop tu, boleh buat roti, kek, jem..ada 12 menu.

Anak aku kata cam mesin basuh, masuk je, siap tinggal jemur. Ni masuk je tepung dan segala makneka tu..keluar seketul roti. Tapi adalah 2,3 kali gak aku fail, biasalah kan. Sekarang ni Alhamdulillah..ok dah, keluar seketul roti, takla penyek macam sekali tu, takla terlebih air macam sekali yang lain tu pulak,..belajar dari pengalaman..heh heh..

Yang best tu, dia punya tekstur roti tu, dengan lembutnya, dengan kenyalnya, makan panas-panas macam tu aje pun sedap weh..
Yang best jugak tu sebab my roti ni bebas dari bahan pengawet dan ofkos la..sooo fresh..dan yang lebih penting tu HALALAN THOYYIBAN.

Ni untuk sarapan esok, aku buat malam ni. Ok..nak tido dah, esok up entri tenet burung hantu Celcom.Selamat malam korang. Ilal liqaq..

Takut untuk mengharap.

Ada nampak awan sedikit mendung, ada ku munajatkan doa agar turunnya rahmatMu membasahi bumi yang kian gersang ni...

Namun, aku tak berani mengharap...
Terasa kerdilnya diri berbanding dengan dugaanMu saat ini....

Dugaan ini bukan dugaan biasa, ini petanda dunia semakin akan berakhir...perlahan-lahan Dia menarik nikmat-nikmat yang diberiNya selama ini...

Lalu...aku membayangkan bagaimana sengsaranya hidup di era Dajjal Laknatullah..yang berikrar taat setia, diberi segalanya, yang ingkar..hidup sengsara..hanya zikir, takbir dan tahmid buat kekuatan diri..lalu ramailah yang terpedaya terutama kaum wanita dan kanak-kanak yang lemah iman, lagi lemah fizikalnya..lalu...selamatkah aku...?
......" Sejak Allah SWT menciptakan Nabi Adam as sampai ke hari Qiamat nanti tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal " ( HR Muslim)....

"Dajjal akan turun di lembah air Murqonah ini, maka orang yang datang kepadanya kebanyakkannya kaum wanita, sehingga seseorang akan pergi menemui sahabat karibnya, ibunya, anak perempuannya dan kepada ibu saudaranya untuk meneguhkan hatinya kerana khuatir mereka akan menemui Dajjal'

Jadi mana jaminannya yang aku akan selamat..? Kalau nanti aku melihat anak- anakku menderita kelaparan yang tidak dapat digambarkan...Kalau nanti aku melihat anak-anakku disembelih dikeronyok, disembelih...kuatkah imanku...aku takut, aku takut...takut tergadai imanku...

Karipap inti ikan Terengganu style.

Mak, mak Okje..jom belajaq buat karipap inti ikan Terengganu style nak?Hi hi..

Dia punya kulit:
Tepung.
Margerin panaskan hingga cair.
Sedikit garam.
Sedikit air.

Caranya: campurkan tepung dengan margerin cair yang tengah panas-panas tu, tambah garam dan gaul rata sehingga jadi macam serbuk roti tu, baru campurkan air, sedikit demi sedikit, uli sampai jadi doh,...sedia untuk dicanai.

Inti ikan.
Isi ikan sardin atau ikan kembung ( ikan direbus barulah senang untuk keluarkan isinya)
Kelapa parut.
Bawang besar.( potong dadu, jumlah bawang bergantung pada isi ikan, tapi lagi banyak bawang lagi sedap, cuma seimbangkanlah dengan isi ikan tu, kata orang..pandai-pandai agaklah )
Halia.( pun potong dadu, tapi saya ni nak buat kerja senang, saya bantai blend je halia dengan bawang besar tu, tapi jangan hancur ye )
Halba.( sangat penting dalam kebanyakan masakan Terengganu )
Garam.
Asam keping.
Sedikit gula.

Caranya: campurkan semua bahan di atas, masukkan dalam kuali, tambahkan sedikit air dan masaklah sehingga kering. Sedia untuk diisi ke dalam kulit karipap.

Kat Terengganu karipap inti ikan ni lebih diminati dari karipap inti-inti lain tu. Ni saya buat untuk sarapan pagi ni.

Alhamdulillah..ok ke mak? Boleh buat tak? Hi hi..try la..

3 Apr 2016

Bersemangat betul mysayang pagi ni;)

Sebenarnya dah 2, 3 hari dia mengerjakan kebun belakang kitorang ni, cehh...kebun la sangat..ada la dapat merasa nangka dua kali, ada pokok jambu madu tu, acu berbunga, buahnya baru sebesar ibu jari habih dibantai monyet, sekali datang bukan sekor dua, habih anak beranak, cucu cicit, tok nenek diangkutnya...patah riuk dahan jambu tu dibuatnya. Sudahnya jarangla sangat dia berbunga, merajuk agaknya. Ada sekali tu mylarling dapat sebiji buahnya..Ya Allah...manisnya.

Ni pagi belum sempat sarapan dia dah ke ladang, ha ha, biaq pi lah..orang tengah semangat tu. Kalau mood dia takde, saya berleteq la lagu mana pun, dia buat tak dengaq ja, hi hi..

Tak ngapalah..tak dapat hasilnya, dapat gak dia exercise keluarkan peluh bagi sihat. Dah dok dalam acon hari-hari kat pejabat tu, naik lemau badan.

Lagipun kesian gak kat monyet-monyet tu, bukan senang diorang nak cari makan sekarang kan, betui dak? Hutan makin sikit, kita amik rumah diorang buat rumah kita, betui dak? Dia makan, kita niatlah bersedekah ja, dapat gak pahala..

1 Apr 2016

Korang jangan kata tak tau yea.

Kebetulan kan, hari ni jumaat...1 april...yang kita zaman jahil dulu-dulu seronok juga nak ngenakan orang, bila kawan tu dah terkena kita pun jerit...april fool....rupa-rupanya siapa yang fool, kitalah, yang mudah sangat ngikut budaya orang, asal nampak seronok, asal nampak dari 'mereka' je mulalah kita rasa semuanya baik, semuanya elok., sape tak ikut tu ketinggalan zaman...jahil dan bodoh betul kita dulukan,..bertepuk tangan 'mereka' tengok begitu senangnya kita diperbodohkan.. mudah-mudahan dengan adanya kemudahan internet kita manfaatkan sepenuhnya, cari kisah-kisah sejarah di sebalik sambutan april fool, sambutan hari ibu, bolehkah kita ucapkan ' selamat hari krismas', ...dan yang sangat menyedihkan kisah perjuangan pahlawan melayu mempertahankan bumi Melaka dari penjajahan Portugal lebih lima ratus tahun dahulu..kata mereka Melaka hendak dijajah kerana hasil mahsul rempah ratusnya, padahal mereka mahu melenyapkan agama Islam yang mula diterima waktu itu, sehingga ramainya para ulama dan al hafiz yang dibunuh, kitab-kitab pengetahuan dan kitab suci Al Quran dibakar.., yang menurut sejarah yang disembunyikan bahawa sekitar bangunan A famosa tu begitu ramai pahlawan melayu yang syahid dikebumikan di situ, kita pun ikut menginjak- nginjak pusara mereka tanpa sedar, yang katanya bangunan A famosa itu juga dibina hasil runtuhan batu-batu masjid di sekitar Melaka itu sendiri..sedih kan...

Begitu banyak fakta sejarah yang diputar-belitkan bagi menutup kelemahan 'mereka', sehingga 'mereka' tetaplah nampak gah di mata kita, padahal telah begitu lama kita diperbodohkan,...mudah-mudahan kita belajar dari kesilapan tak tidak lagi mengulangi kejahilan masa lalu..

Salam jumaat sayyidul ayyam buat semua teman-teman kesayanganku, juga buat sesiapa jua yang singgah di sini, jom...kita isi hari jumaat dengan amalan-amalan yang berkat dan sunnah seperti memotong kuku, memakai wangi-wangian, membaca surah Al kahfi...mudah-mudahan jumaat 1 april ini menjadi hari jumaat yang penuh kebaikan buat kita semua, in shaa Allah...

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign