Asam Garam Kehidupan: July 2016

Nuffnang

Pages

31 Jul 2016

Lagi gambar di sekitar sukaneka.

Dalam satu acara tu, golek bole guna gelung, sorang anak murid den tu, kan main laju larinya, sekali bola tertinggal di belakang..haha..

Sorang lagi..murid tiga tahun, lari bawa bola dalam sudu, omak ea tunggu kat dopan, nampak omak ea terus cembeng  nangis sambil berlari pastu dah takmo join lagi.

Sorang lagi ontah apo kono, tetiba nangis juga, sakit..sakit micit kepala, dah tak boleh join juga, dahla dia ketua pasukan, sian anak buah eh, dah rupo anak ayam hilang omak,mama ea bawak gi klinik, doktor bagi antibiotik dah ok,..aduyaiiii, macam-macam.

Dah habis acara tetiba elektrik short, PA system takleh pakai dah, nasib baik dah habis acara, kalo tak tak taulah camano pakcik PA merangkap pengacara majlis tu nak meneruskan kojo mengacara tu. Yang tersiksa jiwa raga, den lah sebab nak buat pengumuman penyampaian hadiah, terpaksalah menggunakan volume tahap tertinggi masa manggil nama bebudak yang menang tu.

Apa pun, semua dah selosai, boss pun pueh hati amek, sampai belanja makan, tapi den tak ikot do, den poie open house, semalam ramai lak orang buek open house, last kopek agak eh. Hari ni den nak berehat. ( Takdo mano berehat, ada baju mau kena gosok, ada rumah mau kena komeh, ada baju satu bakul tunggu nak lipek tak berlipek-lipek, huhu )
Peratikan budak yang ikat kepala kain biru tu,
kan main laju lari eh, sekali bola tertinggal da..
Ni plak sebelum mula acara dah nangis, jenuh omak eh mujuk, nasib baik mau diam, boleh
meneruskan acara, gabra agak eh, tengok ramai na orang.
Ni sporting je budaknya, umur baru 3 tahun, tengokla tu tuang air dalam botol, banyak tumpah dari masuk, hihi.

30 Jul 2016

Sukaneka I Brain Islamic.

Akhirnya. Selesai satu beban yang den tanggung selama sebulan. Penat lolah melatih, menjorit nak bagi elok, sempurna di mata mak ayah bebudak tu...hari ni, Alhamdulillah, kot ada cacat sesikit tu adatla kan, nama pun bebudak.

Antara acara sukanekanya..lumba lari, acara musang berjanggut, menggolek bola dengan gelung, masuk air dalam botol guna span. Tak ketinggalan acara untuk mak pak yang sporting..masuk air dalam botol menggunakan tangan, untuk mak-mak plak acara kopek limau dan makan sampai habis. Sayangnya saya tak sompek mogang henpon pun, jadi gambar yang ada ni hasil snapan ticer-ticer lain.

Jom kita bersukaneka.

27 Jul 2016

Menumpang kasih lagi.

Kesian Bobo, mati sakit perut, cirit-birit. Lalu video si Bobo, gambar si Bobo menjadi tatapan rindu. Huhu..
Berhari-hari cerita si Bobo mati sakit perut jadi perbualan mereka.

Jiran kiri dah tak mau ambil kucing baru kot. Lalu bila jiran kanan membela kucing, tapi sangkarnya diletak di rumah porch rumah kosong sebelahnya, kasih berpindah pada kucing jiran kanan la plak. Lalu bermacam-macam nama direkanya..along lah, nemo lah, itulah, inilah. Last-last lekat nama along. Bila jiran kanan bela lagi sekor anak kucing..namanya angah pula, dia juga yang mereka nama tu, jadilah along dan angah. Padahal tuan yang membelanya belumpun memberikan nama kepada kucing-kucingnya.

Bila homework karangan BI tentang pets..kucing jiran sebelah juga menjadi inspirasinya. Cuma kali ni namanya bertukar lagi..menjadi Tom and Jerry lah plak.

Umar Zikri, Umar Zikri...
Anak den yang ni pun suka melukis.
Buku tulis sekolah agama kiri kanan atas
bawah penuh lukisan, nasib baik ustazah
tak marah, baru darjah satu kan, ustazah
pun faham.
Tengah sibuk latih sukan untuk sukaneka
hari sabtu ni. Semalam bawak ke padang
mainan dekat rumah den.

Khabar dukakah....?

Dalam seminggu ni mata kiri sebelah atas asyik berkedip. Buat hatiku jadi resah. Petanda duka lagikah? Lima tahun sudah sewaktu mata kiri sebelah atas asyik berkedip kuat, dua minggu kemudian memang aku menerima khabar yang teramat duka...pemergian arwah ma. 

Kali ini...siapa? Siapa antara insan kesayanganku yang akan pergi meninggalkan aku...?

Kenapa percaya? Entahlah. Tapi memang selalu terjadi, bila mata kiri berkedip aku akan menangis, bila mata kanan berkedip, in shaa Allah tak lama selepasnya aku akan bertemu seseorang yang akan membuatkan aku gembira.

Mungkin tanda-tanda begini begini Allah beri supaya aku lebih bersedia.

24 Jul 2016

Open house makin kurang dua tahun ni.

Sebelum dua tahun ni, hari sabtu ahad kami jarang lekat di rumah di bulan raya ni. Mesti ada memenuhi perut di mana-mana open house, jauh dan dekat. Kadang satu hari dapat dua, tiga jemputan. Kat taman perumahan kitorang ni pun macam sunyi je. Kalau tak, ada je road block sebab tuan rumah pasang kanopi depan rumah. Ermmmm...nampaknya semua orang memikirkan bajet poket sekarang ni. Macam kami makpak marhaen ni, memang dah lama nau tak buat open house, cuma kalau ada yang nak datang dan beritahu siap nak datang, masaklah apa patut.
Acar ikan dengan bendi. Lauk tengahari kami.



Resepi mudah. Diajar oleh arwah mak. Ni ajar kat kawan-kawan yang sudi plak. Ishh...apalah..cerita pasal open house, tetiba nak ajar masak. Lost in space la ko ni azimah oii.

Takde, dah takde gi memana, kenalah masak ye tak? Pastu kotla ada yang tetiba nak datang makan malam ke kat umah korang, tengah buntu mikir nak masak apa, cer lah try resepi mudah ni.

Btw, yang kurang dapat jemputan open house tu saya je kot. Dah stalk jap tadi kat blog kengkawan yang bukan dalam bloglist, ramai je yang jalan-jalan memenuhi jemputan open house. 

Back to the point. Resepi acar ikan dengan bendi.
Ikan.( tak kisah ikan apa pun, dapat tenggiri lagi best )
Bawang, bawang putih, cili- diblend.
Halia- racik.
Sedikit gula, garam dan cuka.
Bendi- potong dua atau tiga.

Cara masak:
Ikan digoreng garing. Ketepikan.
Tumis bahan yang diblend tadi hingga garing. Masukkan halia. Masukkan gula, garam dan cuka. Masukkan sedikit saja air. Acar ikan ni kita masak agak kering, so tak perlu letak banyak air. Setelah rempah agak kering, masukkan bendi, biarkan bendi masak. Last sekali baru masukkan ikan. Gaul rata. Siap.
Haa..ringkas dan mudah dan sedap.

Minggu depan saya akan sibuk dengan last preparation for sport day, so tak dapatlah nak ngomehkan laman yang tak seberapa nih. Maaflah kalau lambat dapat balas kunjung ke rumah kengkawan yang sudi singgah sini. Dan terimakasihla pada yang menyudikan diri ke sini ye.

22 Jul 2016

Sambutan syawal di tadika.

Malas nak ceritalah korang. Penat dah. Tengah tersandor di tepi dinding di tengah-tengah keriuhan bebudak ni main belon. Tersandar kenyang dan penat. Peliknya bebudak ni macam tak penat-penat. Selebihnya biar gambar yang berbicara.

21 Jul 2016

BILAKAH...

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Bilakahkah masanya lagi manusia itu akan melepaskan dirinya dari menjadi tunggangan nafsu yang dituntun syaitan? Bilakah manusia itu akan mengakui bahawa penyakit bernama mazmumah yang dipupuk di dalam jiwanyalah penyebab kepada segala kerosakan dan kekejian dunia...

Manusia sebenarnya terlalu kadih pada sifat angkuh, sombong, tidak sabar, gila dunia, pemarah yang memberikan nikmat sementara di dunia tetapi azab di akhirat itu dari sifat rendah diri, sabar, bertolak ansur, pemaaf, bersyukur, berkasih sayang yang pasti mendatangkan 'syurga yang disegerakan' di dunia dan keredhaan serta rahmat Allah tang kekal abadi di Akhirat...

Bilakah manusia itu akan belajar mentaati Allah sebagai Tuhan,sedangkan di setiap tarikan nafasnya dia menggunakan nikmat yang Dia kurniakan tanpa menuntut apa-apa bayaran? Bila lagi manusia itu akan terbit sedarnya, lalu menggunakan peluang hayat yang ada mengejar rahmat-Nya selagi pintu taubat masih terbuka...

Dan sampai bila manusia sanggup berpura-pura tidak mengerti dengan realiti kehidupannya, yang ditetapkan Allah sebagai: " Sesungguhnya kami didatangkan dari Allah dan sesungguhnya kepada Allah lah kami dikembalikan."

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

19 Jul 2016

Alahai, isk..isk..

Ni dah kali ketiga. Menangeh abah. Tapi tak boleh nak kata apa.
Ni tengahari semalam punya kes. Dah banyak kali
pesan, bila bukak spek tu letak atas meja, tak digombe eh. Letak gak atas lantai. Dia sendiri terpijak sebab dah tak tahan nak ke tandas, kali
kedua tu dibawak baring, habis bengkok, yang kali pertama tu, tak silap dia terpijak juga. Membebel-bebel abah, yelah sekali betulkan dah berapa. Tak betulkan camano gayo eh, tak boleh belajar deh, tak nampak.
Tinggal abang tengah je yang tak pakai spek.
Umar Zikri ni saya perasan dari umur dua tahun
dah lain macam masa dia tengok tv. Kakak Nadhrah elok, pandai jaga spek dia, tak patah, tak bengkok.
Demi anak-ana yang mesti belajar, untuk menjadikan korang manusia, ibubapa sanggup berkorban apa saja. Biar poket berlubang setiap bulan, tak mengapa. Semoga korang tau menghargai jasa ibubapa suatu hari nanti. Jangan sisihkan kami. 


Doa ibu sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Semoga korang jadi anak soleh dan solehah yang sentiasa mendahulukan Allah dan Rasul dan membahagiakan kami dengan akhlak mulia. Aminn.

Poket kosong selepas raya..?

Tulah, raya sakan katanya, raya setahun sekali kononnya, padahal ramai yang raya sebulan, open house sana-sini.

Ramai yang mengalami situasi ini. Ha ha..ayat. Tapi betul apa. Contoh paling dekat, parent tadika saya, ramai lagi belum settle yuran bulan ni, padahal  yuran sepatutnya kena bayar sebelum 5 hb setiap bulan. Boss dah garu kepala.

Sapa korang kat sini ada poket kosong sekarang, angkat tangan? Hihi...ish, takdelah kan, semua geng kat sini pandai berhemat punya kan. Takkan nak raya punya pasal semua nak tukar baru? Bagi makpak marhaen macam den ni, bajet mesti mau pandai, yelah...lepas cuti raya, anak-anak sambung belajar, sorang duit poket dua,tiga ratus dah sure punya. Duit raya diorang? Uiiish, boleh tahan, tapi masing-masing dah ada perancangan sendiri dah, tak boleh usik.

Bagi yang takde masalah kewangan kekdahnya kaya raya gitew, takdelah nak pening kepala. Raya sakan ke, open house ke..takde masalah. Cuma nak bagi tazkirah sikit nih, ingatlah...dalam harta kita ada hak orang lain...termasuk makpak marhaen cam den nih, hu hu..
Tak pun dah, dah la berayo ha. Startlah poso lak, poso 6 ko, poso senin komih ko, bawak, bawakla insaf yo. Ishh, apa lak kaitan poket kosong ngan poso, yolah...kan asyik nak berjalan je, kete tu kena isi minyak. Lagi pun dengan berpuasa kan dapat menundukkan nafsu yang berkobar-kobar tu. Tau tak cerita nafsu? Nafsu ni waktu Allah ciptakan, Allah tanya..kau sapa, aku sapa? Nafsu jawab, aku..aku, kau..kau. Allah rendam dalam api seribu tahun pun tak insaf, tanya lagi...macam tu gak jawabnya, rendam dalam sejuk seribu tahun, pas keluar Allah tanya lagi, macam tu gak jawabnya, Allah bagi lapar plak seribu tahun, baru insaf..bila Allah tanya, barulah jawab..aku hamba, Kau Tuhanku...ha, tengok betapa sombongnya nafsu.
Laa...panjang lak bebelnya.
Alamak, tak perasan, yang bawah2 tu tak edit..
Sori ye Datuk, tuk tolong tok, derma sikit.

18 Jul 2016

Kasih Sayang itu..

Aidil Fitri disambut hanya sehari, esoknya jika kita mampu sudah boleh mengerjakan puasa sunat selama 6 hari di dalam bulan syawal. Tapi sudah semakin menjadi tradisi kita, syawal disambut selama sebulan. Kita ambil peluang ziarah menziarahi sesama sahabat, saudara-mara yang jarang dapat kita buat di bulan-bulan yang lain. In shaa Allah...kita niatkan untuk mencari keredhaan Allah merapatkan ukhwah dan mengeratkan kasih-sayang sesama kita.

Kasih-sayang itu suatu tuntutan
Kasih-sayang itu pembelaan
Ia merapat dan mengukuhkan
Membuang segala jenis perbezaan.
Kasih-sayang itu kebajikan
Ia mengundang keredhaan Allah.

Dari hadis Qudsi.
Berfirman Allah Taala kepada rahim ( belas kasihan ) : Aku menciptakanmu daripada kekuasaanKu dan Kuambil nama itu dari namaKu, dan telah Kudekatkan tempatmu di sisiKu. Demi kemuliaanKu dan keagunganKu , akan Aku perhubungkan sesiapa yang menghubungimu dan Aku putuskan pula sesiapa yang memutuskanmu  ( memutuskan kasih-sayang), dan Aku tidak redha terhadapnya hingga engkau meredhainya.
( Ibnu Abbas riwayat Hakim).
Bersama dua orang sepupu, sejak kecil hingga sekarang dah masuk umur 40-an memasing, baru
dua kali berjumpa, Alhamdulillah jalinan ukhwah melalui group wasap.

17 Jul 2016

Setahun sekali baru keluar.

Kalo hari-hari biasa tu, gunalah pinggan biasa untuk makan sekeluarga. Dulu masa ada bisnes tadika sendiri, belum jadi mak pak marhaen, rajin gak buat open house, guna pinggan pakai buang je. Sekarang ni bila ada yang nak datang, baru masak apa patut. Masa nilah baru keluarkan pinggan mangkuk yang cantik sikit ni. Nilah pakai tahun demi tahun.
Hari ni adik ipar and family datang, sampai dalam
kul 11 pagi tadi, den masak nasi lemak. Lontong tu
nanti pas zohor ada kawan plak nak datang dengan sorang lagi adik ipar. Set pinggan nilah
yang keluar setahun sekali tu, habis syawal nanti
baru masuk kabinet semula.
Rempah tumis ni sentiasa ada dalam peti,
bahannya cuma bawang besar, bawang putih
dan cili kering. Senang buat camni, nak goreng bihun ke, masak sambal nasi lemak ke, masak kuah lontong ke semua boleh. Sebulan syawal ni,
bahan kering yang mesti ada dalam stok simpanan tu antaranya mihun, spageti, nasi himpit segera..senang nak masak bila ada yang nak datang. 
Anak-anak saudara suami, eh...ofkosla anak sedaro den juga, sedang menjamu selera. Kuih raya tak beli banyak, tu pun dah habis jamu anak-anak sendiri je. Beli kerepek bebanyak, budak-budak suka, saya pun suka, sodap bona mengunyah dopan tv.

Korang rajin buat open house? Den bukan tak suko, den selalu tak cukup bajet, heh heh. Lagipun ramai bona orang buat open house, kang orang kompius mano satu nak poie, biarlah den tak kusutkan fikiran orang nak datang tak datang ko rumah Azimah ni, 
kang kek umah dio bukan ado masak spesel pun, tak poie kang dio dah jomput, eshhhh...serbo salah den ha..
Jadi tak payahla sesusah buek open house. Sape datang den masaklah apo yang ado, yo tak?

15 Jul 2016

Terbalas kempunan den.

Masya Allah, lazis jiddan. Padan dengan rege dia rm8 sekilo, beli sebiji rm16.50, mbik kau.

________________________________________

Al kisah, bulan puasa baru ni singgah kat satu stall buah tepi jalan, beli buah pulasan dengan cempedak. Cempedak tu kecik je. Rm7 sebiji, jadilah..buat juadah berbuka cadang eh. Orang yang menjual tu bagilah tip, katanya kalau taknak goreng habis jangan belah, tapi potong separuh, in shaa Allah tak busuk. Kato eh lagi,...ni esok ko, luso ko bolehla goreng, suai bonalah..kato eh, den pun yakin seratus persen, yelah orang menjual buah bercakap, tentulah dia tau kan..

Den bungkus ngan surat kabar nak bagi cepat masak, tunggu dua tiga hari, tak bau- bau pun lagi, apo lak lambek bona masak eh...den dah tak sabar. Den nekad potong separuh, la..apo lak putih yo isi eh, cam cempodak mudo..

Den simpan. Sudah eh sampai seminggu, bukak-bukak, kosan eh dah hitam, dah tak buleh makan laei.

Apo nak buek kan, redha jelah. Tapi dalam hati nak marah jugak tuh..

Nak jadi joki orang kempunan, petang ni toklaki den bawak balik sebiji cempedak madu, rege rm16.50 sebiji.Isi eh bosa-bosa, pueh hati. Dengan tak menyompek laei den goreng petang ni jugak. Masya Allah....lazis jiddan, manis sesangat.

Ado la dalam limo koto den belasah.

Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan....

Dunia hanya tempat menanam.

Kalaulah engkau sedar akan mati
Engkau akan bersedia hidup untuknya.

Jika engkau tahu negara abadi itu
Tidak akan ada usaha ikhtiar lagi
Nescaya engkau akan berusaha di dunia ini
Di sana engkau makan hasilnya.

Jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba
Mungkin hidup untuk esok pun belum tentu lagi
Nescaya urusan Tuhanmu tidak ada penangguhannya.

Jika kamu belum tahu apakah syurga
Atau neraka itu tempatmu
Nescaya tidak ada masa untuk kamu ketawa
Nescaya kamu akan bermandi dengan air mata.

Jika kamu kenal dirimu sendiri
Tidak akan sempat melihat kesalahan orang lain
Betapa pula untuk menceritakannya.

Jika kamu tahu tiap-tiap yang haram itu neraka padahnya
Yang halal pula akan diperiksa
Nescaya kamu akan berzuhud di dunia ini.

Jika kamu tahu penderitaan akhirat
Nescaya penderitaan di dunia ini tidak menyusahkan kamu.

Jika kamu tahu nikmat syurga itu
Kamu tidak akan terpesona dengan nikmat dunia.

( Sesungguhnya dari Allah kami datang, kepada Allah nantinya akan dikembalikan )

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

13 Jul 2016

Open house sudah mari.

Elok dah sebulan puasa, kawal nafsu makan, kawal hati jangan ngata orang, pendek kata mujahadah habis-habisan. Tapi bila musim raya je, dengan open house sana-sini, tak pergi serba-salah dah dijemput, bila pegi tulah dia...tengok macam-macam jenis makanan, nak-nak jumpa plak makanan idaman hati, dah lama tak makan, mampu ke tolak..?

Banyak makan bukan je beri kesan buruk pada jasad lahir, tapi....ia adalah juga satu penyakit batiniah yang amat merbahaya.

" Makan oleh kamu akan makanan dan minum oleh kamu akan minuman dan jangan kamu membanyakkan makan dan minum, bahawasanya Allah tidak kasih akan orang yang membanyakkan akan makan dan minum,
"
Banyak makan juga memberi kesan yang besar pada akal dan hati.

1* Makan hingga terlampau kenyang akan mengakibatkan kurang akal, buta hati dan mematikan hati.
2* Kenyang akibat banyak makan akan membuka pintu neraka..begini...bila terlampau kenyang timbullah penyakit-penyakit batin seperti lalai, berseronok sahaja sehingga lupa Allah, perut berat, solat pun jadi malas.
3* Kenyang membuatkan kita lupa orang yang lapar di dunia.
4* Zunnun Al Misri berkata, " kenyang menyebabkan aku bercita-cita untuk membuat maksiat."
5* Imam Al Ghazali berkata, "Banyak makan, banyak minum dan banyak tidur akan memendekkan umur, luput solat tahajjud, mengurangkan akal dan mengeraskan hati.Banyak tidur akan mematikan hati iaitu punca segala kebinasaan."
6* Rasulullah saw bersabda, " Perut yang penuh dengan makanan itu punca segala penyakit. Kosong perut itu punca segala ubat."
7* Banyak makan kenalah banyak duit, nak cari duit banyak langgar pula syariat yang mengakibatkan dosa dan Neraka.

Golongan muqarrobin hanya makan untuk memelihara hidup, memelihara akal dan memelihara ibadah.Saidina Umar misalnya hanya makan tujuh atau sembilan suap sehari semalam. Kita..nan hado, kita makan tujuh atau sembilan kali sehari semalam, ye tak...?

Orang-orang soleh makan hanya sehari sekali, orang mukmin biasanya makan dua kali sehari dan yang parah makan melebihi tiga kali sehari dah sama cam siapa..? Pikir sendiri yea.

Habis camano? Takkan taknak pegi open house, orang dah jemput. Eh, sape lak kata tak boleh pegi, pegilah. Tapi sebelum ambik makanan tu pikir dulu.

1. Makanan yang amik banyak-banyak ni habis ke aku makan, tak habis membazir, membazir kawan syaitan, kawan syaitan masuk api neraka.
2. Aku amik banyak-banyak ni, ada hak orang lain yang datang, amik hak orang, berdosa lagi...
3. Guna pinggan atau mangkuk kecik je, so tak boleh amik banyak, kalo tak cukup nak tambah lagi cer pikir orang dok tengok kita makan bertambah-tambah, malu weyh..
4. Pegi open house yang jauh-jauh, so tak sempat nak pegi banyak open house, heh heh..
5. Satu lagi pada yang sanggup la...puasa..asal gi open house je puasa, asal puasa je open house, amacam..ada bran?

Selagi nyawa dikandung badan, selagi masih ada kesempatan, jom kita berusaha menjadi wanita cantik yang bebas dari masalah kegemukan, juga wanita solehah yang tajam akal dan hatinya sentiasa celik dan hidup.

Makan berjemaah..kelebihannya, dapat
pahala, dapat makan banyak tanpa dihisab,
perhatikan cara duduk bebudak ni, duduk di
atas kaki kiri, kaki kanan ditegakkan bagi
menekan perut, nilah cara duduk yang betul
waktu makan yang diajarkan oleh Rasulullah,
supaya lutut tu dapat tekan rongga perut, jadi
ruang perut pun taklah terbuka, takdelah nak
makan banyak.

12 Jul 2016

Hakikat Hari Raya.

Seseorang bertamu ke rumah Amirul Mukminin Saidina Ali krw di hari raya. Saat itu beliau sedang makan roti kering tanpa sayur atau lauk apa pun. Maka orang itu berkata:

" Ya Amirul Mukminin, bukankah hari ini hari raya, tapi anda makan dengan makanan yang sangat sederhana.."

Maka Saidina Ali pun menjawab..

" Hari ini hari raya, besok pun hari raya, bagiku setiap hari di mana kita tidak berbuat maksiat dan dosa itu adalah hari raya...

Bukankah orang yang berhari raya dengan pakaian baru tapi orang yang berhari raya adalah orang yang bertambah taatnya kepada Allah, bukanlah orang yang berhari raya dengan makan makanan yang enak, tapi orang yang berhari raya adalah orang yang terampun dosa-dosanya.."

Allahuma Aameenn.

( Huhu..jauhnya aku daripada peribadi  sahabat..)

10 Jul 2016

Jom buat pulut lepa.

Pulut lepa( sebut pulut lepe ye), orang key ell panggil pulut panggang. Ni pun terbaikkk air tangan makcik saya.
Ni pokok pisang gala( sila sebut gale yea)
Hanya daun pokok pisang gala ni yang
boleh diguna untuk balut pulut lepa Terengganu
 sebab rasa dan baunya tak melekat pada
pulut bila pulut tu dipanggang. Buah pisang
gala ni banyak sangat bijinya, jadi hanya sesuai
diambil untuk buat acar masa buahnya masih
kecik. Pokok pisang ni dah lama tumbuh depan rumah.
Sila abaikan toto dan kusyen tu ek.Hihi.
Ni plak pulut kampung. Pulut susu boleh juga, tapi
agak lembik. Pulut ni dikukus dua kali, kali pertama kukus biasa. Bila pulut agak kembang
keluarkan dari kukusan, campur dengan santan pekat dan garam, kukus kali kedua. Dah masak bolehla disejukkan. Oye, pulutnya kena rendam semalaman ye.
Ni plak rupanya setelah digulung
menggunakan tikar getah, tu yang
dalam besen kat atas tu, tapi tikar getah
yang bersih tau, makcik saya siap simpan
elok-elok selepas guna.
Ni plak proses membalut
gunakan daun pisang gala tadi.
Kena balut ketat-ketat supaya tak
pecah bila dipanggang nanti.
Nilah rupa pulut yang siap dibalut dan disemat lidi. Dan siap untuk dibakar.
Ok, saya nak ajar buat intinya pula. Biasa makcik saya guna isi ikan selayang atau ikan sardin orang key ell panggil, sebab isinya manis. Ikan direbus dan diambil isinya, campurkan dengan santan, bawang merah yang ditumbuk kasar, halia yang dipotong dan sedikit halba. Jangan lupa garam. Masak hingga kering. Inti ni diisi masa proses menggulung yang gunakan tikar getah tadi. Kalo kat tempat lain biasa gunakan inti kelapa dengan udang kering, tapi di Terengganu hanya gunakan inti ikan. Pulut lepa ni memang sajian mabeles di pagi raya kat tempat kami.

7 Jul 2016

Terbaikkk nasi dagang makcik saya.

Jom makan nasi dagang. Gulai ikan aya lawan acar timun, ni round kedua dah ni. Masya Allah...teruk sungguh kan, camane nak start puasa 6 nih. Kalau boleh nak start awal, bukan apa...lagi lambat lagi berat nak buat. Betul. Tangguh-tangguh sebulan syawal pun berlalu, sapa yang rugi, sayalah..rugilah sebab hilang pahala setahun berpuasa. Ishhhh...tak boleh jadi nih.

Warna-warni Syawal 1437H.

Tak perlu kata apa-apa, biarkan gambar berbicara. Kami beraya di rumah arwah ma saya di Losong Hj Su, Losong yang glamer dengan keropok lekor tu. Tapi sori la korang, tak ingat nak snap gambar juadah rayanya. Tapi saya rasa terbarai diet sebulan puasa, huhu. Tengok ketupat nak raya, tengok lemang ngan rendang rasa sepotong, tengok laksa teganu try semangkuk, orang hidang nasi minyak, makan juga..sekali lagi..huhuhuhuhu...
Korang jangan komen background pokok pisang tu ek.
Tu yang terdekat dengan rumah, tengah syok nonton Syamsul debat, takmo pegi jauh-jauh nanti miss.
Kami takdo tema-tema do, rembat je.
Nilah gaya Umar Zikri dengan sepupu
Muhammad Fateh semalam, tapi tak sempat nak snap, laju je dorang berjalan.
Berkumpul depan tv, penat berjalan raya.
geram tengok bergayut-gayutan, tapi tade sape peduli, berjatuhan atas tanah pun takde sape nak kutip. Tengah musim pelam kat sini. Kalo rajin bole buat jeruk.
Agaknya tahun ni tema biru. Ni gambar
keluarga sepupu saya dari Perak. Biru kan.
Ni plak sepupu saya kat
Sg Ramal, Kajang. Sekeluarga biru.
Ni parent dari Tadika saya, biru juga.
Tak cayo laie, ni bukti eh lagi,
Sekeluarga biru pink, comey la ko mak.

6 Jul 2016

Makan Perah/ peghoh di pagi syawal.

Lama dah tak jumpa. Berpuluh tahun kot.
Nilah buah perah namanya. Orang tak tanam buah ni. Boleh jumpa dalam hutan je. Macam petai tu. Dulu masa kecik aku selalu makan buah ni. Makcik aku kata ni sepupu buah getah.

Korang pernah dengar atau makan ke gulai rom. Asam rom tu dibuat dari buah getah. Tapi adalah proses tertentu yang hanya disanggupi oleh orang tua-tua saja. Gulai rom ni terkenal kat Pahang je. So, selain dari buah getah, buah perah pun boleh digunakan untuk buat asam rom. Asam rom buah perah lagi sedap dari asam rom buah getah. Tapi buah perah ni susah sikit nak jumpa, pokoknya tak banyak, banding dengan buah getah boleh jumpa merata-rata.

Tapi buah perah ni bagi aku sangat sedap dibuat jeruk atau direbus saja. Nak tau rasanya camane? Lemak-lemak lebih kurang rasa biji nangka rebus. Haaaa...tak pernah rasa biji nangka rebus? Pilah boli nangko haa, biji eh robuih, lopeh tu makanla.

Oleh kerana lamo bona tak makan, pagi rayo tadi makcik den hidang, den makan sambil pelawo kat toklaki den, dio lagi tak ponah makan, dapek hujung lidah dah tak maun dah.

Tulah dia kenangan di 1 syawal 1437H.

4 Jul 2016

Buah pelam ma.

Tuan yang menanamnya dah lama pergi. Pokok pelam yang ditanam berbuah lebat, manisnya dikongsi bersama penduduk kampung. Moga jariahnya sampai kepada arwah ma di sana. Catatan Ramadhan 29, di rumah Ma saya.
Ni si abang besar yang tak pernah panjat pokok.
Kena cabar dengan ibu, naik gak akhirnya tolong
petik buah pelam arwah tok ma.
Nilah hasilnya untuk hari ni. Isinya berbau harum
warna kuning, merecik air liur, tak sabar tunggu
waktu berbuka nih.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign